JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Thursday, November 9, 2023

TAHNIAH MY SISTER JADI CIKGU

 Assalam,


Tahniah adikku dapat jadi Cikgu sama macam daku, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41.


Semoga cemerlang di tempat baru, dah biasaa kan uruskan program-program 😆 di tempat kerja lama.


Kalau kat sekolah niee, kena uruskan budak lah, program yg melibatkan budak-budak, layan je laaah..


Tak sia-sia lah dulu belajar sama-sama, setahun tak pergi berjalan mana-mana, hujung minggu je masing-masing siapkan assignment 😆. 










SIAPAKAH ORANG YANG KEJAM

 Siapakah orang yang kejam?


1) Orang yg kejam ialah dia boleh kawin sampai beberapa kali,

TAPI orang lain nak kawin 1 kali pun tak boleh.


2) Dia boleh tak bekerja kerajaan,

TAPI orang lain kerja sendiri dia tak suka.


3)  Dia ada keinginan nak berkahwin, 

TAPI orang lain nak kahwin dia tak bagi.


4) Dia ada baanyak kesalahan, 

TAPI orang lain salah satu je, orang tu di label neraka.


5) Dia cakap jangan percaya orang luar, TAPI dia sendiri lupa apa dia cakap. Dia yg percaya pada org luar lain.


6) Dia berharap sesuatu dari orang lain, TAPI dia buat tak tahu dengan permintaan orang lain tu.


7) Dia jer betul, orang lain semua salah, SAMPAI bila pun tak tahu ler..


Semoga jiwa orang-orang yang kejam tidak tenang.

Saturday, December 24, 2022

RINGKASAN PERJALANAN

 Assalamualaikum ~


Blog kali ini merupakan ringkasan perjalanan 2022, memandangkan aku takda idea nak tulis atau post apa-apa sepanjang tahun 2022, 

sebenarnya ada sahaja idea nak post tapi sedikit terbengkalai kerana kekangan masa dan kerja yang banyak untuk pemula.

Al maklum tahun ini merupakan tahun pertama mendapat pekerjaan baru yang sama macam tahun-tahun lepas cuma berbeza jabatan 😄😄

SK Pasir Puteh, Pasir Gudang Johor
With parents


Tahun pertama sehingga 3 tahun atau 5 tahun atau 😂😂
merupakan tahun yang kritikal untuk aku atau sesiapa sahaja untuk  memasukkan segala jenis maklumat dalam kepala secara tenang disusuli tindakan yang mantap😢😢 perkara tersebut telah menyebabkan aku tak berapa nak ambil masa untuk blog, 
Manakala dalam perkahwinan, 5 tahun pertama adalah tahun yang mencabar, kekal atau lerai, argh tiber.

Sekolah tepi laut nampak Singapura


Gambar-gambar yang disusulkan di bawah ini pun ter"sedia" disebabkan gambar-gambar tersebut adalah untuk Fail Pembangunan Guru Baharu 2.0.

Semoga cepatlah berlalu dan berakhir menyiapkan fail PPGB 2.0 tersebut 😜


Hantar murid ke Karnival Sukan Rakyat PPIM

Hari Terbuka Sekolah (PBD)

Sambutan Maulidur Rasul

Hari Sukan Sekolah

Kelas Jawi kat Taman Perumahan ku

Perkhemahan SK Pasir Puteh

Fasilitator perkhemahan kumpuan 8

Petugas PRU di SK Pasir Puteh
PAPM
Karnival Keusahawanan SK Pasir Puteh


Johan Perbarisan Rumah Merah

The students

The Teachers

    Sesungguhnya tiada yang indah, melaksanakan kerja-kerja yang banyak, melainkan penat dan lelah tu bersama-sama orang yang kita sayang. 

Monday, November 22, 2021

TEMUDUGA S P P PEGAWAI PENDIDIKAN DG 41 TETAP


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada 18 November 2021 hari Khamis

daku telah interview job s p p untuk Pegawai Pendidikan DG 41 Tetap untuk subjek Pendidikan Islam...


 Temuduga S P P


Calon tidak dibenarkan menyebarkan maklumat berkaitan sebelum, semasa dan selepas temuduga dilaksanakan di mana-mana ruang sosial media.


😁 🙈 🙈



============

UPDATED:


Pada 09 Disember 2021 result telah keluar,

alhamdulillah den dapat jawatan PPP DG41,

takda kata-kata gaiss, hanya mampu ku bersyukur pada Allah...




Lain macam perasaan nak memulakan kehidupan baru nie,, secara bujang 😭,

Perjuangan job dah tenang, perjuangan jerawat pun dah tenang, alhamdulillah, perjuangan nak kawin plak,, 💪💪.

Lain-lain perjuangan, boleh difikirkan nanti 🤭🤭. 


Gonna leave town KKB 🥺


*  Sekolah Penempatanku di : 

SK Pasir Puteh, Pasir Gudang, Johor. 

[ 1 Mac 2022 ]

Wednesday, November 3, 2021

GAMBAR PELAKU PELAKU 90 TEKAPAN STERIKA WAP 2017

.

.

.

Kisah penuntut UPNM Zulfarhan yang menjadi mangsa manusia kejam

tidak berhati perut,

semoga syurga tempat Mu kerana menanggung seksa dizalimi manusia.


Di sertakan di bawah gambar-gambar pelaku, yang kejam, 

untuk di ingati perbuatan mereka.








Semoga anak cucu kita dijauihi dari sifat sebegini. ameen.


Sungguh kejam perbuatan mereka, perbuatan yang tidak mempunyai akal .


 SUMBER DARI FB

Monday, November 1, 2021

Period Pain feeling bad when at work

 .

Period pain is so freaking bad

when it comes at school.

menanti murid dgn perasaan murung haha, perasaan caner lau aku sakit jap lagi, tapi aku cuba untuk kuat


murung tahap gab4n,

where at school no extra teachers who can take your place when you are sick or whatever.


I am so freaking murung tahap gab4n,

how can i teach ma students when i am sick??


ada 1 part dulu, paling teruk, sakit gila aku nangis,

aku bagi student latihan bertulis,

then aku duduk belakang kelas, nangis-nangis sakitt,


aku cakap dengan student, jangan pandang belakang. buat kerja .


"awak semua diam ya jgn bising, ush sakit perut, kalau awak bising, esok ush dh sihat, siaplah awak"


aku dah doa, "Ya Allah janganlah bagi sakit senggugut tu datang ketika sdg bekerja"

lepas tu semalam sekolah mmg tak datang lagi, tiber hari ni datang, harap tak sakit lah.


sekarang 1:58 petang, 1 org Murid sudah datang


Benda ni sebulan sekali ja, waktu sedang sihat, den memang aktif kerja, waktu sakit, menangis-nangis haha. 


MULA SAKIT

Maka bermula lah rasa sakit pada jam 2:30 tu dah rasa sakit dah
sakit dan sakit dan sakit
sakit perut
sakit belakang, pinggang
sakit yang sampai nangis-nangis
nangis tu start jam 4 lebih



MUNTAH

Kemudian pada jam 4:40 petang den pun muntah dalam plastik, terus ke tandas,
terserempak dgn kak Ain yg kaget melihat ku muntah haha, kemudian jumpa miza dlm tndas. 


PANADOL

Kemudian makan panadol , sebelum makan panadol makan kuih dulu, mak murid beri kuih puteri ayu? versi red velvet, den makan separuh, lepas tu baru makan panadol.




panadol diberi oleh Miza, kemudian kak Su suruh rehat jika sakit.

Murid diserah ke tempat lain.

Muka mmg nmpak mcm elok, tapi baring atas tikar tuu
Mengadu kat pakwe sakit.

Selfie sakit senggugut.



kemudian sakit berkurangan,

kemudian balik rumah mengenang nasib hehe.


Wednesday, September 8, 2021

CUCUK VAKSIN COVID 19 DOS KEDUA

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


.

.

Hari ni 8 September baru ada kesempatan update cucuk ke-2 , maksudnya dah lengkap vaksin (dah lebih 14 hari dari tarikh cucuk) 


Tarikh Vaksin Dos Kedua pada 13 OGOS 2021


KESAN SAMPINGAN


Hari tu daku tiada apa-apa kesan sangat untuk dos ke-2, alhamdulillah, cuma ada pening sikit sahaja, itu pun sekejap sahaja.


Yang ada kesan sampingan nya , badan makin berisi, pula dah, rasa macam makan banyak, begitulah. 


Lain-lain kesan sampingan tiada. 🤲


COVID 19 HILANG DI MUKA BUMI

Covid 19 ini tak tahu lah sampai bila akan hilang, tiba aku rasa macam sepanjang kehidupan ini, tak hilang Covid-19,

tiber, tapi boleh ja negara lain bebas Covid 19, ini bermakna sekiranya penduduk bumi bersatu, melaksanakan cara yang sama dengan negara yang dah bebas Covid-19, pasti Covid ini akan hilang,


tapi apakan daya, penduduk bumi tak kan pernah bersatu, bersatu hati melaksanakan cara yang sama seperti negara yang telah bebas Covid-19.


SEKOLAH DAN RUMAH


Daku sebagai manusia biasa, pastilah rasa bosan, tak dapat jumpa murid-murid, mengajar, memberi, mengerahkan tenaga di SEKOLAH,


Disebabkan tak dapat pegi sekolah,

terpaksalah daku mewujudkan suasana di RUMAH yang menggembirakan haha,

dah habis indah dah bilik aku, aku kerjakan agar menjadi tempat terindah untuk didiami haha. Selepas sekolah tempat untuk berkarya tak dapat diduduki..


Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, Selangor

Starlight Lamp

Yellow lamps. (decoration lamp)