JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG
Showing posts with label aliabebel. Show all posts
Showing posts with label aliabebel. Show all posts

Monday, April 26, 2021

PENGALAMAN BUKA AKAUN ASNB di PEJABAT POS KKB

 .

.

Assalam


Aku nak cerita pengalaman sahaja,

aku ni tak pernah buat urusan asb, tapi hakak kaunter tu marah-marah macam kita ni tahu benda tu, tapi kita tak buat benda tu. Padahal kita tak tahu apa-apa. Aku citer kat skolah, kakak kat sekolah kata, kau sound je org prangai mcm tu. Aku ni jenis terkesima kalau pertama kali, tapi kalau kali ke-2, siap lah kau.


26 April 2021

Isnin

12:15 tghari (lebih kurang)

Aku ambil nombor giliran dan pergi kaunter no 2 Pejabat Pos KKB.


Me: Saya nak buka akaun Asb

Akak kaunter: Untuk siapa ?! 

Me: Saya

Akak kaunter: Dah isi borang belom??! 

Me: Belum. 

Akak Kaunter: Isi borang ni bla bla bla,

Me: ok, ni boleh hantar esok lah ye?

Akak Kaunter: (angguk dengan dahi berkerut)

Me: (hidup kat dunia ni, kalau rasa layan orang dengan muka berkerut dapat masuk syurga, teruskanlah buat macam tu pada orang yg perlukan khidmat awak)

.

.

Aku terkesima dengan sifat makcik kaunter tu :D ,, 

hai lah makcik kaunter, tak jaga adab sopan santun bermasam muka dengan pelanggan, kalau nak buat aduan, malas pulak kan. 

Bila dalam dada takda sifat sabar di bulan Puasa, macam tu lah jadinya, bertambah pahala puasa.


 Aku penah je buat aduan tentang sikap pekerja dekat restoran terkemuka, aku buat aduan terus pada hQ dia, semenjak dari itu, bersopan santun sikit pekerja nya.

.

Aku pun tak boleh sabar nie, kalau dia buat kat aku ja takpa, tapi kalau dia buat kat semua orang, kat orang tua ka, semoga insaf lah ya.

.

.

Silap, lain kali kena rakam baru elok sikit, nampak penampakan. 


Borang daftar

Borang masuk duit


Sunday, February 18, 2018

Pertama Kali

Bismillahirrohmanirrohim.
Assalam 'alaikum.

Ekau penah dengar tak perkataan pertama kali?
Jadi aku perlu masa untuk benda yg aku pertama kali,
sampai nanti aku jadi org yg terakhir kali selepas semua yg pertama kali, haha.

Wednesday, October 11, 2017

Lembut FragiLe denDam Benci

Hati aku lembut,
paling lembut,
tapi kau kasar,
selalu kasar,

hati aku terluka,
hati aku benci,
paling benci,

sebab kau,
kau cipta kebencian dalam hati aku,
kau cipta jurang,
sebab kau yg cipta jurang,
dan sebab aku tak pernah berhak bersuara supaya kau tak terasa,
dan supaya jurang kita tak lebih teruk.

aku benci,
benci kasar,
tak pernah boleh rapat,
dengan si kasar.

aku tetap lembut,
dan bersama dengan orang² yg lembut hati,
lembut cakap,
tak tinggi suara, tak kasar.

pompuan tak pernah suka,
org yg tinggi suara.
event baby pun terkejut,
apatah perempuan yg dah tumbuh dewasa,

walaupun aku ganas luaran,
aku tak pernah suka org kasar cakap,
tenuk org macam tuuu~~…

*Hati aku dah cukup puas, dengan kebencian & jurang yg kau cipTakan.

Lagipun aku ada baca beberapa buku, dan aku dah faham tentang kebencian itu memang adatnya wujud, dalam kehidupan, sama ada simpan/luahkan. Jika diluahkan, orang akan faham, akan dapat ambil iktibar, pedoman panduan hidup, tak semua dalam dunia ini orang baik. Akan ada orang yang kurang baik, maka kiTa, hidup je lah, teruskan hidup, gagahkan jiwa menghadapi orang gila, bahagiakan hati bersama orang tak gila.

Like seriOusly , alia sedang membebel, kalau kau nak tahu lah kan, orang yg pendiam ni dia obsever. Lepas dia observe, dia boleh buat conclusion, dia boleh review yang kemain berkias, dia boleh jadi manusia yg common sense tinggi, haha~ whatever~~ dan org pendiam ni boleh jer benci org dalam diam, kau tuu,, sila jaga-jaga, sebab aku takkan pernah cakap aku benci kau,

kalau kau rasa kau tak jahat, takpayah risau, sebab aku takkan benci dalam diam dekat orang yg tak jahat.

Dan aku tak sedap hati nak buat jahat, walau aku rasa nak balas kejahatan orang, org yg buat perangai buruk, tolonglah~~ tapi aku selalu fikir, manusia boleh berubah kepada kebaikan, gi mampus lah time dia buat perangai jahat/hodoh, yg penting aku terus sebarkan kebaikan dekat manusia yg baik.

Saturday, September 16, 2017

Teman Lama

Assalam 'alaikum,

Saja nak cOret, sebab rasa macam lama sesangat tak jumpa Nila Suria, my old friend,, perkenalan yg sangat singkat,
3 tahun jer,, 2005-2007..

Lepas PMR, Nila pun pindah ke SAMBEST kan? So, tahun 2017 cam jumpa dekat Karnival Sambutan Hari Malaysia, dekat Padang Awam Bukit Sentosa,,

tapi my memOry first time kenal dengan beliau ialah,,, semasa di tingkaTan 1,,

ada kegiatan kO-kurikulum pada sebelah petang persekolahan, masa tu macam I baru first or secOnd time ambil wudhu' di surau asrama perempuan, I budak luar, bukan budak asrama, I tumpang solat ja,,

nak dikatakan masa tengah ambil wudhu' tuh, I letak tudung kat tebing dinding tuh, tiba² tudung tu jatuh ke belah belakang dinding tu plak, blah belakang tebing dinding tuh asrama lelaki, takkan la den yg pakai serkup tuh nak gi amek kang aurat haha! So,, pada ketika itulah, Nila yg belum dikenali menghulurkan bantuan, meng ambikkan tudung haQuw yg terjatuh habis kotor kena tanah ckit.. Sekian,, itu detik perkenalan pertama,, caner tah aku boleh ingat, mungkin sebab cuak dalam hati, woi tudung ak jatuuuh, toloong,, haha..

Sekian,, :) ..


Saturday, August 5, 2017

Enjoy yOuth time as anak Dara

Haha,,

Bebas, nak wat apa ni?
traveL ka?
jOm~

Tambah iLmu seLalu. ~
Jadi waniTa yang cerdas walau suka melawak dan bergurau, tapi dalam hati ada ilmu~…

Biar orang tak tahu, tapi kiTa tahu,
tujuan dan matlamat hidup,
melawak, tetap melawak, tapi bila bab deep, aku deepkan kat matlamat-matlamat aku, biar orang nampak hasilnya, bukan nampak 'appearance' aku.

ALLAH telah menetapkan setiap orang berlainan, jalan cerita, jalan taQdir, dan jalan rezeki. Kerana itu adalah yang terbaik untuk kiTa, jika kita bandingkan jalan cerita, taqdir dan rezeki kiTa dengan orang lain,
semestinya cahaya kau tak jumpa dan tak nampak sangat.
Tapi kalau kau hanya fokus jalan yang ALLAH tulis untuk diri kau, kau akan tenang. BERHENTI MELIHAT DAN MEMBANDING DENGAN ORANG LAIN.

Dan BERHENTI AMBIL KISAH DEKAT ORANG YANG 
TAK KISAH PASAL KAU.
Kerana sesungguhnya manusia yang hidung tinggi, yang dia tinggikan itu akan pusing balik kepada dia menyebabkan dia jadi rendah.

Kita ni hidup walau tinggi, harus merendah diri, jadi orang biasa, tapi bila buat kerja biar berjasa, jangan jadi orang sombong, bila buat kerja takda rasa tanggungjawab, dan takda rasa ganjaran akhirat.

Takpe orang anggap kita ni biasa, takda apa, biar kita sedih, biar ALLAH tahu, biar kita dapat berjasa pada orang, biar ALLAH balas kebaikan dengan kebaikan tepat pada masa.


Biar kita bergaul dan buat baik pada orang, biar orang tak buat baik juga pada kiTa. Biar kita memberi, tapi orang tu tak pernah memberi pada kiTa. Kerana ada suatu keyakinan, bila kita buat baik, walau orang tu tak buat baik pada kita, kebaikan itu akan datang balik pada kita, tapi kita tak perasan..

Teruskan keyakinan, jadi manusia yang dapat beri manfaat pada manusia, dan kita pun menjaga diri dari dimanfaat manusia jahat, sebab kalau mereka jaha*  , benda tu akan pusing balik pada dorang, jangan isaw lau orang jaha* nieyh.

Keep cool.
Dan banyakkan doa, jauhkanlah aku Wahai Tuhan, dari orang yang mempersiakan aku, dan aku pun dengan izinMU, mempersiakan dia.
TQ ALLAH..

25 years old and lots more of achievements to be achieved. :)
for hereafter. 

Thursday, July 20, 2017

Sumbangan untuk masyarakat

Assalam,

aPa yang boleh aku sumbangkan untuk masyarakat?

choi choi chochoi chochoi.
haha!

erm,
1. Through sOSIAL media, hantaQ artikel kat pubLic pages yang famous? wah~
2. Tolong orang susah.
3. paling cikai, tulis benda-benda baik kat soSIAL media kan.
4. fahami orang yang behaviour disorder, cuba faham dan takpayah bantu, lol.
aku ni jenis tak faham orang yang behaviour disorder, mulut dan hati kemain mengata, tak suka itu, tak suka ini, bosan itu, bosan ini, taknak buat itu, taknak buat ini, tapi bila depan-depan?? omG SYAITANnya dia.. ish , ish, hah lantak~ *sumbangan masyarakat ke ni? lol

5. .. moga dapat ilham lagi, stay tuned erk?

______________________________________*****

Permasalahan:

Sekarang ini aku ada masalah, aku ada masalah benci dengan seseorang,
acaner tah aku nak hilangkan rasa benci tu, sebab aku memang benci orang tu,
sebab aku rasa sifat dia tak adil dengan semua orang.
mungkin aku kena berhadapan dengan dia dan baca serta tengok muka dan badan dia , posture, gaya dia yang hipokrit tu kot??

aku memang rasa dia hippo krik krik,
aku sebenaqnya teringin nak cakap dan nak tanya dia pasal hipokritnya diri dia tuh, tapi aku rasa, dia cuma akan semakin hippo krik krik, dan jugak membosankan,
Tuhan,, apalah doosa ku iniiii, membenci orang sebegitu sekali.
Mungkinlah iman paling lemah membenci kemungkaran , kan~

_____________________________________**

sumbangan kepada masyarakat seterusnya, entah bye, heheh.



Tuesday, June 13, 2017

Banyak cakap

Cakap,

Banyak cakap ni sebenaQnya laa kan, berkaitan sel otak saraf urat di otak haha!!

sebabnya ada yang semulajadi sebab dalam otak dia lain macam cikit sel semulajadi berhubung. haha!
Ada aku kisah? Jadi, banyak la cakapnya.

Tak banyak cakap, diam..
Banyak fikir, haa tu bagus.

Tapi cam aku lak sebelum merantau belajar, memang seorang yang pendiam fikir zikir. kecuali dengan family mak adik adik.
Lepas tu,
11 jam naik fLight dari KL ke Jordan.
membuatkan aku terpaksa cakap macam-macam nak bagi member 1 rumah faham tentang aku, supaya depa tak pelik kenapa aku ni intrOvert lah dulu. Lepas tu, berkawan dengan org yg banyak cakap.

And then member sekolah lama jumpa aku, pastu dia kata dulu Alia tak macam ni, dulu Alia pendiam. kan? haa.. haha.
Lantak pi la aku diam ka aku bising ka,

Iza tam al-'aQaL naqis al-kalam, wa iza yatakallam, al kalam allazi yahruj minhu nur. Lol
Apabila telah sempurna aqal, maka berkurang lah (mulut) berkata,
dan kalau dia berkata, kata² yg keluar darinya ialah cahaya*mutiara.

Eleh bekeng bajet beLa diri sendiri haha.
bekeng tu apa wey?

Aisyah jangan ragu² dengan cinTa ini.
ALia jangan ragu² dengan kurniaan iLAhi.

Wednesday, April 12, 2017

Common Sense

Serious laaa, aku suka orang yang cOmmon sense dia tinggi,
benda tu biasa nya natural semulajadi tanpa pengaruh..

biasa budak-budak yang keluarga sederhana,
budak-budak yang tinggal dengan family TIDAK tinggal di asrama sebab asrama banyak pengaruh yang tak natural.

Lepas tu, mungkin juga sebab tinggal di kawasan yang tak pesat membangun, tinggal di pekan, bukan di bandar pesat..
dan juga seseorang yang eQ dia tinggi walau tinggal di bandar pesat / keluarga kaya pun last-last kurang jugak common sense dia.. lol..

dalam aku menyampah orang yang kurang cOmmon sense, jumpa jugak org yang kuat cOmmon sense, tapi pOmpuan la bukan lelaki.. lelaki ak tak jumpa lagi.

Pastu lagi satu, biasa cOmmon sense nie boleh hilang kalau terpengaruh dengan kawan-kawan yang selfish,
tapi pada akhirnya hati yang bersih jugak sebenarnya rahsia kepada common sense ini..

erm...

Common sense is a basic ability to perceive , understand ,
and judge things that are shared by ("common to") nearly
all people and can reasonably be expected of nearly all
people without need for debate. [1] -wikipedia

Sunday, March 19, 2017

Habit normal

Assalamualaikum, 

hari ini Isnin cuti sekOlah,
aku nak tulis pasal diri aku suka hati aku lah kan bLog aku kan,
hari ini nak tulis pasal habit.

Aku jenis ithar, common sense sangat dengan orang lain, tapi last-last tak payah nak ithar sangat, kena fikir untuk diri sendiri jugak, utama, takyah fikir orang lain, kecuali orang tu boleh dibuat ithar, mana yang bongkak tu pegi mampus diaaa...

Okay, berbalik kepada cerita utama, habit aku yang aku rasa normal ialah, setiap kali lepas habis sidai kain kat ampai, aku suka tengOk hasil kain yang di sidai tu kat ampai, tengok satu-satu sampai rasa puas, puas hati. Susun sidai kain tu ikut jenis tuh biasa la kan. tapi hasilnya itu, aku suka tengok haha.. Tengok lama-lama sikit satu-satu dah letak penyepit belum. then okay settLe.
itu jah, kbai haha.

*point penting: suka tengok hasil sendiri, banyak kali.
*ada hadis nabi pasal zaman akhir dia boleh tengok diri dia balik tu nanti aku cari, memO dulu sini.