JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG
Showing posts with label srakkb. Show all posts
Showing posts with label srakkb. Show all posts

Tuesday, October 23, 2018

Sambung belajar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
sedang sambung belajar,

doakan
.
Malaikat menaungkan sayap,
yg di bumi dan di langit,
berdoa memohon agar diampunkan.
.
:)
.
Subhaa nALLAH,  tak sabar nak rasa graduate bersama parent,  dulu di Jordan,  parent tiada di sisi...
.
:D
.
Taking PGDT with my sister Ain.  OUM Tanjung Malim Learning Centre.
.
11.49pm
esok kursus di ILDAS ..
3 HARI.
Kursus Kewangan PIBG.
.
Lamanya tinggalkan rumah,  huhu.
huaaaaa... 
.

Sunday, December 3, 2017

Sunyi

Sehari lepas hari akhir bertugas kat sekolah,

malam atau pagi,
rasa sunyi,
erm sebab rutin biasa persekolahan
tiba-tiba cuti kan,
pastu tiba-tiba dah murid baru,
murid lama tinggal kenangan,
kerinduan sebentar,
berganti dengan kehadiran baru,

tapi sekejap ja sunyi tu,
lepas tu peduli apa wey,
bahagia cuti,
laa ni aku dok fikir pasal nak cat kelas,
aku ingat nak upah orang ja, senang sikit kerja, tapi dok fikir kos upah , out of budget lak,
ada part dalam kelas tu yang susah nak cabut kertas ber gam di dinding atas lagi dari whiteboard , erm.. Kelas aku tu buruk sungguh dinding kena cat, erm haha.

Saturday, November 18, 2017

Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu

Bismillah hirrohmaanir Roohim.
Assalam'alaikum,

Meh sini aku citer cikit perjalanan hidup aku.

Jun 2014 - Konvo
Nov-Dec 2014 - Kerani&s/u Peskubu
Mac 2015 - dapat surat Guru Ganti Bersalin.
Mei 2015 - Ganti Guru Bersalin untuk Ustazah Zarina, bekas guru masa tahun 2003
Ogos 2015 - Guru Ganti Guru Pergi Haji Ustazah Jamilah
September 2015 - di Offer untuk Guru Ganti Bersalin bulan Jan 2016 untuk Ustazah Mulyani
15 Oktober 2015 -Officially dilantik jadi guru SRA KKB
Jan 2016 - Darjah 2 Ibnu Sina
Jan 2017 - Darjah 3 Ibnu Rushd

*updated
Jan 2018 - Sambung DPLI , OUM
Mei 2019 - Tamat belajar
Dis 2020 - Konvo
Dis 2021 - Dapat tawaran job KPM (PPP DG41

Jawatan-jawatan yang dipegang di sekolah? dirahsiakan dulu. :P

Website SRA Kuala Kubu Bharu http://srakkb.blogspot.co.id/?m=0

Yang disebut hanyalah berkaitan sekolah sahaja, benda-benda lain yang banyak dan macam-macam anugerah, nikmat, yang ALLAH berikan pada aku, syukur ku panjatkan padaMU TUHANku,

TUHAN... segalanya telah ENGKAU tentukan,
terangi saja hatiku,
maaf ku selalu terlupa 
mensyukuri semuanya...

-Caliph Buskers feat Faizal Tahir


Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu
SRA KKB

Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu

Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu

Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu

Ustazah Alia Sakinah & Ustazah NorHana
ketika menjadi juri Azan KAMIL Peringkat Sekolah.
HAKP SRA KKB 2017 bersama Tok Penghulu Mukim Serendah En. Rusmi bin Minhat merangkap YDP PIBG SRAKKB 2017-2019
Dan ustazah Normah Bt Md Saih, Guru Besar SRAKKB

ditugaskan di bahagian AJK Hadiah

Majlis Graduasi Tahun 6 dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2017 Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu.
18 November 2017.

Pengalaman yang nice bahagian AJK hadiah, tahun lepas 2016 AJK disiplin, mOga bertambah lagi ilmu & pengalaman. Aameen. Tenanglah hati, muah!

Friday, November 10, 2017

Cerita tadi

Cerita tadi kat sekolah,

Lawak sangat wey,

Boleh pulak aku terkunci Semail (*Ismail*) dalam kelas. Tak boleh tahan.

Hari ni Jumaat, dalam 5 lelaki dan 1 perempuan ja datang kelas aku; 3 Ibnu Rushd.

Alkisah nya, pukul 3:00 pm semua kena pegi dewan Ar-Raihan,
aku pun suruh dorang beratur kat luar kelas.
Dan aku suruh Ismail, awak tolong tutup pintu belakang kelas, (*dari dalam).

Tiba-tiba kat luar hujan selebat-lebatnya habis lah kena hujan basah-basah, aku pun cepat-cepat tutup pintu depan kunci selak atas, dari luar. Aku memang kunci selak atas pintu depan kelas.

Dah tu nak gi dewan lah cepat sebab hujan basah an, aku kira kat koridor tu apasal 4 ja lelaki, patutnya 5? mana Ismail? aku bajet Ismail dah lari dulu turun bawah gi dewan. Pahtu aku tanya semua, mana Ismail? aku pun dok pandang depan, belakang sepanjang koridor, takdak pun Ismail. *Hujan masih lebat mencurah.

Tiba-tiba, aku nampak tangan keluar dari tingkap kelas goyang-goyang tangan dia.
" Ustazah~……"
Muahahaha!!!
Ekau kat dalam ke Semail?? hehe, sorry lah ustazah tak perasan terkunci awak kat dalam, dia gelak-gelak ja, Ismail tu jenis suka gelak-gelak; kelakar. dan rasanya dia nak dekat sama atau lebih tingggi dari aku, tapi perangai cam budak la..

Itulah dia cerita tadi.

Friday, October 6, 2017

Bersangka baik


Bersangka baik,
kerna apa yang kita sangka terhadap orang lain, itulah kita,

bersangka baik,
walaupun orang yg disangka itu tidaklah sebaik yang disangka.

muahaha~~!!

Hari ni depaa wat lawak,
Watak: belakang ckit, me, kak Shu, 
depan ckit,  cik Pah & mizaa

Lokasi: Lorong nak gi bilik guru,

Kak Shu: Awat cik Pah jalan macam robot,
Me: haha!!
Mizah: Robot tak cukup bateri,
Me: muahahaha~!!
(terbahak-bahak aku gelak woi!!)

*Cik Pah sakit kaki,,

Nasib la sapa yg dengar aku gelak kuat, sbb memang kelakar gila, kbai.

Lagi kat rumah,
Me: "malam kang pasar malam",
Sister: "benda lak mlm ni bukan tarikh pasar Malam",
Me: "Pasar Malam Kalumpang",
Mom/sister: "KuLempaang kaang~~" ...

Semoga adik-adik membesar dengan cemerlang, haha. 

Thursday, August 17, 2017

Cerita muriD Ujian Prestasi

Assalamualaikum,

nak ceriTa sikit je lah,
I bukan jenis cerita banyak.

Nak katanya kelas yang saya mengajar ni kelas yang paling hujung,
jadinya kebanyakan mereka adalah lemah membaca jawi.

Makanya bila ujian Prestasi ke Peperiksaan pertengahan ke, diaorang suka main tanDa √ je kertas periksa tanpa membaca, dapat je kertas terus √√√ jawapan ا ب ج د kuang asam betol dak dak nie.

Dah tu aku pun duk ugut la depa, aku kata lebih kurang cam gini, sazah nak u all baca sOklan duluu paHtu baru tanda jawapan, lau tak sazah roTan!!
okay.. sazah nak tengOk sapa yang dah mula jawab mukasurat 2, maksudnya dia tak baca soklan!!

*Semua cuak,, buat² baca soalan,
I pun pOei la cek sorang²,, jumpa la sorang dah masuk mukasurat 2,
Adam :
"sazah, saya mmg baca soalan",
pastu aku cek jawapan, okei anda terselamat.

15+- minit berlalu.

Aku pun pusing 1 kelas cek,
ada la sorang budak asli lelaki baru masuk sekolah Mei yg lepas,
dia dOk tenung jaa muka surat kertas tuh,
tau dia tenung apa??
mukasurat 1 dari 15 minit yg lalu, tak jawab apa-apa langsung.

Aisey man~~
" Ekhsan...
kes awak ni lain macam,
awak takpayah baca soalan pun takpa, awak hentam je lah,
takpayah baca soalan,
dari mukasurat 1 sampai habis pun, hentam je lah, ustzah tak marah kalau awak tak baca soalan,
nanti kita usahakan ye Adi, Ekhsan, Azwani n Shila supaya mampu
membaca jawi. "

LoL,, punya la lurus dia pegi tenung sampai dia boleh baca soalan macam aku suruh, padahal dia tak boleh mengeja jawi langsung, hai lah murid~…
mungkin aku perlu bacakan soalan tuk mereka??

ok.
Friday,
8:16 am.

Thursday, June 22, 2017

Diberi kepercayaan

Assalamualaikum!!
Haaha..

macam biasa,
small achievements,
big appreciation..
to me...
:D

Majlis di Ambang Syawal SRA Kuala Kubu Bharu.
Sebagai Pengerusi Majlis atau dikenali sebagai Master of Ceremonies. MC.

Muridnya tak ramai, dah balik kg semua.

BTW ramai guru sekolah aku pindah sampai 7 orang.
apasal dia tak buat semua sekali pindah, dengan sekolah² murid² sekali pindah. baru ocem. haha.

Haa aku target cuti seminggu ni habiskan baca buku buku pinjaman perpustakaan awam jalan syed mashor selangor kuala kubu bharu.


Tetap kan kesabaran, hadapi dengan ketenangan, bersyukur, dan tetap memuji TUHAN.

Dalam keterpaksaan ada pengalaman,
dalam benci ada kebaikan.
Maka bertasamuhlah duhai hati,
yang sifatnya suka memberOntak,
dan juga sifatnya hati suka mengadu kesusahan,
Berlapanglah, dan berkawan dengan mereka yang lapang,
usah dibiarkan diri dengan mereka yang tak sayang kiTa.
aik? hehe. 

Saturday, June 3, 2017

Tenanglah aduhai hati

Hati..

Tenanglah aduhai hati,
ke mana pun kau pergi,
pandailah membawa diri,
usah berhasaD dan dengki,
ditempat orang nilailah diri,
Yang mana satu hakiki,
yang mana satu perlu dijauhi,

Tenanglah aduhai hati,
manusia takkan pernah berhenti membenci,
jika tidak membenci namun di hati berhasad pula dengki,

Aduhai hati,
engkau sudah pun tahu manusia itu bagaimana!
jadi, jagalah dirimu dari berhasad sesama manusia pula!

2 sahaja hasad,
org berlimu, ilmu dimanfaat.
org kaya, harta dibelanja kebaikan.
kan?

*Mood mengenang rakan-rakan kerja yang akan dipindah *paksa* oleh yang berkuasa.

*Kak Siti Maisarah
*Kak Rosnani
*Kak Siti Fatimah
* Kak Suhaida
* Kak Aziah

Aku tak tahu, tapi aku cuma nak cakap satu,
rasa macam tak puas, dan baru sebentar mengenali dan menilai kebaikan kalian.
Yang selalu aku muhasabahkan adalah kebaikan manusia.
Yang kurang, muhasabah juga. Apa aku tidak kurang kah?

Puncak ketenangan itu ada pada hati.
Jika hati tidak merasa tenang, pegi kat tempat yg tenang.
Waspada jika tidak tenang itu disebabkan tidak bersyukur.
Yang tenang itu ialah mensyukuri pemberian ILAHi.

Kesimpulan, tenang ialah berada dalam lingkungan yang tenang.

Wahai Tuhan, bantu aku jaga hati. jaga mulut, jaga kata.

hati yg sedang tumbuh panas,

selamat tinggal kakak-kakak yg mengenali aku suka :D,
tapi dalam hati aku beginilah. Aku appreciate walau tingkah aku tak menunjuk ke arah itu. Mungkin, takpa orang tak tahu, tapi TUHAN tahu.

---------------------------

UPDATED..

** pesanan Kak Su , SuhaiDa:

Mude belia yg msh di kkb...

✓Sentiasa kekalkan kemenangan yg sedia ada

✓jauhi yg negatif teruskan positif..

✓keringkan hati demi kemajuan

✓ringankn tulang, kite tau nawaitu kite...

✓nilai kawan sebaiknya.

** Kata-kata Kak Siti, Patimah:

Tak yah sedih sgt...
nanti alia boleh jumpa kawan baru..

Saturday, April 15, 2017

Kalam Jamaei

Ok. assalam. muhasabah semalam.

Benda 1st time kan, sedangkan AzizulHasni Awang pun mencuBa selama 10 tahun untuk dapat CHAMPION WORLD.

1. Isi kalam Jamaei, pasni nak tukar tajuk & buat teks yang banyak isi, plOt penceritaan menarik. YAng penting isi tuh banyak markahnyaaa.. 20m

2. Gaya dan kreativiti. Mesti pelbagai & menarik. Lepas tu keseragaman pergerakan gaya mesti sama maa.. 15m
*sOrry tu say, students yang gaya tak sama adalah salah guru sebab tak tegas dan tak didik sampai dia pengsan haha.

3. Kepelbagaian nada suara, ada lagu? ini masih dalam no 2 okay .

4. Mesti ajOr dari mula sebutan arab yang betul kepada students, MESTi.

5. Tengok semua youtube pasal kalam jamei arhh.. SEmUA.

6. Guru kena prepare teks mOnths before start training haha. juhud.

7. Selepas training, tunjuk kat orang lain biar mereka komen terima dengan hati terluka tapi kuat haha.

8. Bawak students pegi studio/gym? yang ada cermin besar. k .

9. Hilangkan gugup students dengan buat persembahan di pekakn kKB haha...

10. Gigih je. huaa... Okay ada masa 1 tahun untuk buat kajian.. mOga juhud dan tak cakap ja lebih. muahehe..

Tolonglah tengok kat my youtube channel link sebelah kanan blog page, xsempat nak linkkan kat blog post ni.

Friday, February 3, 2017

outdOor learning sessiOn

Assalam, bismillah..

Outdoor learning session sangat,
padahal firQah Saidina Ali sedang membuat pemilihan peserta untuk acara KAMIL *kemahiran amal Islami*

Seriously masa meeting hari sebelum kejadian, aku tersilap catat kat kertas nota aku bahawasanya aku ialah guru untuk Firqah Alia.
hehe, firQah Ali laah..bukan Alia.. mentang² nama nak dekat dah sampai tertulis firQah Alia.. Ali & Alia.. wOw haha..
Ali+Alia = Alialia. (+_+)

SeriOusly skolah di dlm gambar adalah tempat aku belajar menjerit tahap giGa terutama biLa mendatang buLan. Bahaya betol menjerit-jerit niey, membawak ke rumah, huhu. Masa memula mengajar dulu, aku selalu rasa bersalah, ya ALLAH apalah dOsaku ini perlu marah² garang mendidik, padahal kat rumah tak pernah aku meninggi suara menggertak marah, sekarang, dah tak rasa bersalah menggarang kat muriD walau still depa kata napa ustazah suka senyum²? caner entah nak explain kat dorang, dah mmg dari kecik ustazah camtu? awak mmg cantik sejak kecik ke?

Erm, taknak cakap lelebih, setakat pengalaman 10 sen je I citer ni taw..

DaLam 120 lebih murid darjah 3, adalah sOrang budak laki tu kata kat aku, ustazah kena betulkan cara senyum. Aku cam, .. .. ..
sazah jawab kat blog ni ye,, sazah mmg senyum camtu sejak kecik, merecik hawau. Ada gambar masa kecik ngan besar mmg cam gitu lah rupanya, :D lau xsuka, bLah. ;)

gasak la, bOsan la asik cerita aku ja, nak baca ceghita orang lain. wuu..

Tuesday, November 22, 2016

Seqadar cOretan Buat Kenangan

BismiLLahirrohmaanirrOhim.
AssaLamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Seqadar cOretan buat kenang-kenangan.

Memang dah pLan tak berapa lama sangat lah nak leTak dalam bLog niey gambar whatsapp grOup icon 'mis amigOs' sejak terpisah dengan Kak Azizah yang berpindah ke SRA F3 (Sekolah Rendah Agama Bukit Sentosa Fasa 3) pada buLan April yang lepas.
kLik untuk blog kak Siti Azizah

Jadinya, bulan November niey, kitaorang bertemu semuLa di FRIM (Forest Research Institute Malaysia) atas urusan kerja. Ceewah, kerja sangat. Pertemuan yang singkat jew, tapi dapat diabadikan kenangan secara berabad, kan..

Walaupun cerita untuk gambar ini terjadi mengambil masa seLama 7 bulan (april - nov) dan adalah tanpa disengajakan, namun begitu ia adalah sesuatu yang menarik untuk dikOngsikan. Skema ayat saya.

Nak ke nama² mereka ini? :P
kat caption okay..

En. Shaiful Bahri, kak Siti Azizah, Cik Alia Sakinah, kak Nur Asilah.

Tuesday, October 4, 2016

Bila Ustazah Happy


Bila ustazah Alia happy, anak-anak muriD pun happy,

muahHahahha. he.. he..

Cerita disebalik gambar, *gambar no. 2 ..

2 Ibnu Hayyan.

Aku sebenaQnya suruh Anas tangkapkan gambar aku sensOrang sambiL pegang rOtan pink arh, pasTu biLa aku tengOk balik gambar yang Anas tangkapkan tuh, terkejut aku ada manusia-manusia rupanya dibelakang aku, ha.. ha.. biLa masa entah dOrang menyelinap masuk belakang aku uhh..

Kemain poSing dak-dak ni, mentang² ak tengah buat² happy, dOrang pun nak jugak..

2 Ibnu Sina.

u. Alia : Sape yang bOsan masa cuti seminggu minggu lepas (cuti PSRA) sila angkat tangan.

mUrid : *ad la dalam 5 org angkat tangan.

u. Alia : why?

murid² : duduk rumah je Ustazaah, bOsaan.

*kesimpuLan: Aku pun sebenarnya bOsan gak, hee... duduk rumah sahaja berhari-hari memang bOsan kut. LoL

*I just feel secure tutup muka dengan bunga mawar, sekian terima kasih..

*caner enTah nak resize picture dalam app bLog nieyh guna Tab aku nieyh arww..