JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Thursday, February 16, 2012

Doa diberi petunjuk/ilham untuk bersyukur

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ  
(surah an Naml 19)
"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh."


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ 
(surah al ahqaf 15)
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)"

amin,amin yaa rabbal'alamin..

Sunday, February 12, 2012

wadi Rum part:bukit pasir beralun

Salam, pda 31 Jan saya telah gi Wadi Rum..
Kitaorang kena naik jip sepanjang melalui/melihat lembah padang pasir ni. SubhaanAllah, awEsome ^_^  i'm so happy got to see amazing places , alhamdulillah.
Kenangan cop tapak tangan dan tapak kaki :D
Yang ni adalah pasir beralun yeww, agak jerlus.
Tapi subhaanAllah awesome la, kalo tgok kat blakang pic ni ada gunung(bukit).. best gak ar mnyentuh pasir ni.. bermain dgn pasir huhu..

Apakah yg ku cari di sini..... guide me ya Robbi.
Kat pdang pasir pun bley sesat peww huhu hii :D
 Oh, this is me Alia.. I used to make 'peace' while taking pic.
(.^_^ ) V peace ..
Kitaorang sebenarnya mendaki pasir beralun ni.. we were so excited.. tgok 2 orang akhawat tu dowang sgt teruja untuk smpai ke puncak.

Mendaki menuju puncak cinta Ilahi :D
Perasaan?? just awEsome. :D
(O_o)" <<--- mak marah saya buat mata camni..
hihi (~_~)"

Yeayh, kembara padang pasir..
Bukan mudah menuju puncak, angin menderu, kasut masuk pasir, berat jadinya perjalanan, sekali hg berenti sat dok take2 pic org lain dh sampai atas , tapi takpa slow2 pastu sampai gak atas..
Huh, kena sngat tabah bukan senang pijak pasir jerlus mcm pijak lmpur tapi
lmpur lagi grr..

Melihat fokus ke atas menuju puncak

Suatu kepuasan bila sampai ke puncak.. penat kak?
Terduduk hg ke tanah, bekas 'footprint' ahaha kesan sejarah ni, sejarah akak sakinah ..
Boley jadi tarikan pelancong tapi tak kekal.
mum n dad!!
Sollu 'alannabi

Tuesday, February 7, 2012

apabila merasa kurang brbanding org lain

assalaamualaikum, kurang di sini brmaksud mungkin dari segi akademik,hartabenda,beratbadan, tapi... kurang berat badan?? ada kaitan ke..

Rasulullah brsabda " Lihatlah orang yang rendah daripada kamu (supaya amalan bersyukur menjadi kebiasaamu), dan jangan melihat mereka yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, jika tidak, mungkin kamu akan memandang rendah nikmat-nikmat Allah yg telah diberikan kepadamu "
kitab Fadhilat Amal, fadhilat al-Quran m/s 51,

seriously kadang2 rasa down bila mana merasakan kekurangan tapi tetap tabah dan mencari sesuatu alhamdulillah bertemu jawapan memujuk hati brsyukur atas nikmat yg diberi alhamdulillah.

TABAHKAN HATI , TABAH !!


Monday, February 6, 2012

wadi rum ... part:tengok sunset


Lalalalalalalalalalala, assalaamualaikum, mgambil masa mg update blog yg takda habuk tapi mmg 'berhabuk'.
Tak suka sangat dok tayang pic sendiri kat orang?? baguih ar..
Salam, macam biasa.. peacee (.^_^ ) V

Tengok sunset kat wadi rum, nice ^_^ siyesli saya kat hujung sekali buat peace, ^_^ v


Melihat 'sunset' sambil minum syai(teh).. sangat awesome :D subhanAllah.. sambil brzikir. 

 maka hilanglah sang mentari dari pndangan mata dan beralih pula kpada malam :D 

1. Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,
2. dan bulan apabila mengiringinya,
3. dan siang apabila menampakkannya,
4. dan malam apabila menutupinya
5. dan langit serta pembinaannya,
6. dan bumi serta penghamparannya,
7. dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. 
9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
Asy Syams:1-10



Thursday, January 26, 2012

ciri-ciri orang bertaqwa

Assalaamualaikum.. apa kabau? eh ap khabar (.^_^ )  hehe
saja nak kongsi ciri-ciri atau kata lain natijah perlakuan atau sifat2 org yg berTAQWA. huhu, moga ad manfaat walau tak seberapa.

1) tidak mudah marah apabila org lain melakukan kesilapan iaitu sentiasa brlapang dada dan memaafkan kesalahn org lain

الذين ينفقون في السراء والضراء والكاظمين الغيظ والعافين عن الناس والله يحب المحسنين

Yang bermaksud: (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang mahu pun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan


2) bersedia mmberi sumbangan walau dalam apa jua keadaan, sumbangan kpada msyarakat.

Orang yang bertaqwa akan tetap memberi walaupun dalam masa kesukaran kerana dia tahu bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah dan dia berpegang kuat pada janji Allah dalam Surah At-Talaq ayat 2-3:


وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً*وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِب
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya


3) kesedaran bahawa setiap tingkah laku kita diperhatikan oleh Allah.

  nama lain muraqabatullah, yakin bahawa Allah mngawasi dan melihat segala hal yang kita lakukan.

وكان الله بما تعملون بصيرا 
Yang bermaksud: dan adalah Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan


4) next mnimbulkan rasa amanah/tggungjawab 

sama ada sbagai ank,parent,pelajar dan sbagainya natijah dari merasakan bhawa Allah mmerhatikan stiap      tgkah laku kita.

5) saling mengasihi sesama manusia

mengasihi org lain sprti kita mngasihi diri kita sendiri, sekiranya kita ingin org bersikap baik kpada kita maka kita haruslah brsikap baik kpda mereka dahulu.
  
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Maksudnya: Tidak sempurna iman seorang di antara kamu sehingga dia menyukai bagi saudaranya apa yang disukai buat dirinya. 


6) sentiasa berusaha melakukan yg terbaik dalam apa jua pekerjaan 

sama ada pkerjaan brkaitan ibadah atau pkerjaan brkaitan sesama manusia.
Itqan atau ketekunan dlm melakukan sesuatu pkerjaan dtuntut dlm Islam:

إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه

Ertinya: Sesungguhnya Allah suka seseorang kamu jika dia melakukan sesuatu, dia melakukannya dengan sungguh-sungguh dan teliti. 


sumber :D : khutbah jumaat :D
semoga saya n dema dpt mmpraktikkan :D rindu pkok nyor, air nyor. sollu 'alannabi

Saturday, January 14, 2012

mari merenung, jgn termenung.


SEKEJAP2 SAJE
Sebuah renungan..
‘Usahlah kau menagih belas kasihan dari manusia,
kerana belas kasihannya sekejap sekejap saja.
Bila kau sebatang kara dan menangis,
mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap sekejap saja.


Mereka akan bosan pada satu ketika,
kerana itulah tabiat manusia.
Lebih parah bila kau di uji si muka-muka
yang gelumang nifaq dan cinta dunia


Kecuali mereka yang telah dikurniakan Allah
rahmat pada jiwa-jiwanya.
 (Quran, 12:53)
Palingkan wajahmu hanya kepada Dia -
yang lebih dekat dari urat lehermu,
yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu..
walaupun kau sering saja lupa taat,
sujud dan bersyukur di atas segala nikmat,
yang telah zahir kepadamu dan yang tidak terlihat
..bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat.


Jika sedikit ditarik nikmat-Nya,
kau pasti terduduk, ternganga.
Tiada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa Allah.

Jangan kau zalimi diri.. jangan kau berulah,
jangan kau zalimi orang yang lemah,
kerana Yang Membalas dan Membelanya adalah Allah.
Al-Jabbar, Yang Maha Gagah


Bila sakit, ingat.
Bila suka, lupa.
Sedarlah.
Malulah.
Beradablah kepada Allah.
Sebelum berakhir perjanjian,
antara jasad dan jiwa.’


Duhai Tuhan Pemilik Arasy yang Agung,
kepada-Mu kuserah jiwa dan raga,
Apa yang telah Kau tetapkan sebagai anugerah,
akan tetap sebagai anugerah.
Tanpa-Mu aku kan hilang segala-galanya.
Pandangan Kasih dan Rahmat-Mu, yang kurayu dan kudamba,
sehingga ke penghujung nyawa.


رب اغفر وارحم وأنت خير الراحمين
"Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik."

mengharap rahmat-NYA

Mgharap rahmatNYA

   Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah telah menjadikan rahmat dalam seratus bahagian, maka ditahan pada-Nya yang sembilan puluh sembilan dan diturunkan dibumi satu bahagian, maka dengan satu bahagian itumasing-masing makhluk berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana khuatir memijak anaknya".

Abul-Laits berkata: "Rasulullah s.a.w. telah menerangkan kepada kaum mukmin rahmat Allah s.w.t. supaya mereka bersyurkur kepada yang telah memuliakan mereka dengan rahmat-Nya dan rahmat amal soleh, sebab siapa yang mengharapkan rahmat Allah s.w.t. harus beramal mengikut petunjukNya untuk mencapai rahmatNya"

Allah s.w.t. berfirman:

"Inna rahmatallahi qaribun minal mukhsinin."                                                                                                         
 Yang bermaksud:
"Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat pada orang-orang yang berbuat baik."

"Faman kana yarju liqa'a rabbihi fal ya'mal amalan shaliha"                                                                                 
Yang bermaksud: "Maka siapa yang mengharap mendapat rahmat dan bertemu kepada Tuhan-Nya, maka hendaklah beramal soleh."

**BERAMAL BUKAN SEMATA MNDAPAT FADHILAT ATAU PAHALA DARI AMALAN TERSEBUT, TETAPI BERAMAL UNTUK MENDAPAT RAHMAT ALLAH


Muhammad bin Almunkadir dari Jabir r.a. berkata: 
"Nabi Muhammad s.a.w. keluar kepada kami dan bersabda: 
"Malaikat Jibril tadi datang kepadaku dan berkata: 
"Ya Muhammad, demi Allah yang mengutuskan mu sebagai nabi yang besar, 

Sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama lima ratus tahun diatas sebuah bukit yang lebar, panjangnya tiga puluh hasta kali tiga puluh hasta dan dikelilingi oleh laut seluas empat ribu farsakh dari tiap penjuru, 
disitu Allah s.w.t.  mengeluarkan sumber air yang segar selebar satu jari dari bawah bukit, juga pohon delima pada tiap hari berbuah sebuah delima, 

maka bila siang hari turunlah orang itu untuk wuduk dan memetik delima, lalu dimakannya, 
kemudian berdiri sembahyang dan ia minta kepada Tuhan supaya dimatikan dalam sujud, dan supaya badannya tidak disentuh bumi atau lain-lainnya hingga bangkit dihari kiamat sambil sujud, 
maka Allah s.w.t.  telah menerima permintaannya, kerana itu tiap kami naik turun dari langit selalu melaluinya ia sedang sujud. 
Jibril berkata: "Kami dapat dalam ilmu, bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. 

lalu Allah s.w.t. menyuruh: "Masukkanlah hambaKu itu kedalam syurga dangan rahmatKu.
Maka berkata orang itu: "Dengan amalku." 
Maka Allah s.w.t. menyuruh Malaikat supaya menghitung semua amalnya dan nikmatKu iaitu nikmat melihat (penglihatan), 
tiba-tiba nikmat penglihatan itu telah mengelilingi ibadatnya selama lima ratus tahun, sedang nikmat-nikmat Allah s.w.t.  yang lain-lainnya belum. 
Maka Allah s.w.t.  berfirman: "Masukkan ia kedalam neraka." dan ketika ditarik menuju keneraka,
ia berkata: "Masukkanlah aku kedalam syurga dengan rahmatMu."

Maka Allah s.w.t. berfirman kepada Malaikat: "Kembalikanlah ia.
Lalu ditanya oleh Allah s.w.t.: "Hambaku, siapa yang menjadikan kau daripada tidak ada?
Jawabnya: "Engkau Tuhan." 
Lalu ditanya: "Apakah itu kerana amalmu atau rahmatKu?
Jawabnya: "Dengan RahmatMu." 
Lalu ditanya: "Siapakah yang memberi kekuatan kepadamu untuk beribadat lima ratus tahun?" jawabnya: "Engkau Tuhanku." 
Lalu ditanya lagi: "Dan siapakah yang menempatkan kau diatas bukit dan ditengah laut dan mengeluarkan air segar yang tawar dari tengah-tengah laut yang masin getir dan menumbuhkan buah delima tiap pagi, padahal buah itu hanya berbuah satu tahun satu kali, lalu kau minta kepadaKu untuk mati sujud, siapakah yang berbuat itu semua?
Jawabnya: "Engkau Tuhanku." 
Firman Allah s.w.t. : "Maka semua itu dengan rahmatKu.
Malaikat Jibril berkata: "Segala sesuatu terjadi dengan rahmat Allah s.w.t.."

23:118  قل رب اغفر وارحم وأنت خير الراحمين
Dan katakanlah: "Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik."