JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Friday, October 5, 2012

Family


Kinah, mia, mak..
lokasi: KLia
--time ni abah gi solat, anas tak ikot, Bhahaha.. abg asyraf pun tak ikot.. 

mak! mak! jgn lupa exercise~~"
---------------------------------------------------------------------------------------

hADith pilihan kiteee hari ini ialaaaaah:

1) Menyara Keluarga Lebih Afdhal

Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang-orang miskn dan wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala yang paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu”.

2) 
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Dan akulah yang 

paling baik dari kalian terhadap keluargaku.” (HR Ibnu Majah)

Thursday, October 4, 2012

habbatus sauda' / jintan hitam


“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit kecuali As Sam(mati).” 



Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)

Manfaat habbatus sauda':

1. Menguatkan sistem kekebalan

2. Meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan kewaspadaan
3. Meningkatkan daya ketahanan hormon
4. Meneutralkan racun dalam tubuh
5. Mengatasi gangguan tidur dan stress
6. Anti histamin
7. Memperbaiki saluran pencernaan dan anti bakteri
8. Melancarkan air susu ibu
9. Tambahan nutrisi pada ibu hamil
10. Meremajakan sel-sel kulit dan menunda proses penuaan
11. Nutrisi bagi makanan tambahan
-------------------------------------------------
Kebaikan habbatus sauda berdasarkan kajian
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3. Selsema Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic) Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile) Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis) Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
 Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
14. Rheumatisme
15. dan baaaaaanyak lagi.. semua..








*cari sendiri laaa... 

Friday, September 28, 2012

Hak Anak Yatim dan Orang Perempuan

Daripada Abi Syuraih Khuwailid bin Amru RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,

 “Ya Allah Sesungguhnya aku sangat mementingkan hak dua orang yang lemah iaitu hak anak yatim dan orang perempuan”.

*apa hak mereka?
:D

Tuesday, September 25, 2012

Selamat Belajar :D

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh !

Semester : Semester 1 2012/2013..
Status      : 3rd year student of Islamic banking & finance. zzz......

oh nampaknya maddah(subjects) buku-bukunye bukan main meneBAL..

Tulisannye bukan main berjELA.

hoho, makin lama mano la ado makin senang ye dak? zz..

just go on.. i'm gonna be bz..

so korbankan sume benda twittER, bloG, apo lagi sume benda la..
haa...

babai....

haa.... babai!!




Wednesday, August 15, 2012

an old diary of mine

salam :D 
Tiba-tiba rasa nak baca diary lame... and then.... i terbukak page bertarikh... 4/6/2009
masa ni ana form 5 ahaks..

"4th of June, 2009
10:00 am
Sometimes, mase aku tengah 
sidai kaen, aku nampak roket.... laju je 
dia terbang ngan membentuk asap yg 
panjang... Sometimes gak, helikopter bomba 
lalu, dia terbang rendah je kan... roket 
tu panjang halus je... Sometimes gak, 
aku dengar bunyi kapal terbang, pastu aku 
nampak la kapal terbang tu... Betol2 ngah 
sidai baju tibe2 tenampak... Bile aku nampak 
tu, aku terus menanam cita2, suatu hari 
nanti, aku akan flight somewhere and
I can see the world ... Selama nie, I just 
could see it up at 
the sky away from me.. 
Mase tu, xtwu la... wlaupun mse kcik pnah naik tapi x 
ingat la... ntah la... nk gi 
ke xnak luar negara..."

hak hak banyaknye kenangan terimbau kembali..
--------------------------

okay ak terbukak balik post ni pada tarikh 04 Jun 2014.

Thursday, August 9, 2012

doa ketika rasa terganggu / sepi / terjaga dari tidur ; terkejut / rasa tak puas hati / rasa di aniaya / ...


Hati ini akan tenang dgn mengingati ALLAH, u just perlu yakin …
[image-30.gif]
Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.
———————————————————————————————————————-
               بسم  الله  الذي  لا  يضر  مع  اسمه  شيء  في  الأرض  ولا  في  السماء  وهو  السميع  العليم
“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”