JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Thursday, December 24, 2020

Postgraduate Diploma in Teaching

 

.

Assalamualaikum,

dah lama tak tulis blog,

bila ada perkara besar-besar ja baru kita update,

PGDT

Post Graduate Diploma in Teaching

Diploma Lepasan Ijazah dalam Pengajaran


Bertempat di Open University OUM Tanjong Malik, Perak.


Sep 2018 hingga Sep 2019

[Setahun]


Disember 2020 [ konvo ]


Aku dah apply dah hari tu dua job yg require PGDT, doa je lah dapat.

Sebelum ni adalah appy Guru Interim, apa ka hal nya tak lepas ujian psikometrik? 

Lepas tu kawan aku cakap, soalan berulang sebenarnya , jawapan kene tele🤔.


Kena buat persediaan dengan lebih kukoh gamaknya.


Taqwa pada Allah, rezeki akan dtg, jalan mana sekalipun, kalau bukan jalan Interim, tak pa lah.


La ni my shopee: aliakinah ordere sokmo masuk tapi komisyen biasa² ja sebab tak pegang stok haha.


Yg penting kena rajin, hai.. sibuk keja skolaaaah.


Aku dah nampak kalau aku buat betul² bussiness online walau tak pegang stok, aku boleh dapat lebih lagi. Tapi aku buzy keja skolaah hehe.


tak apalah.. Bersyukur

Monday, November 18, 2019

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI KL TOWER
SRA KUALA KUBU BHARU 2019

1.0 NAMA PROGRAM
    1.1 PENGENALAN
        Nama program ini ialah Lawatan Sambil Belajar ke KL Tower Sekolah Rendah     Agama Kuala Kubu Bharu 2019.
    1.2 MATLAMAT
    Lawatan sambil belajar ini diadakan bermatlamat memenuhi aktiviti ko–kurikulum Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu. Lawatan ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada murid melawat sambil belajar dan menimba pengalaman yang berharga. Lawatan ini dikhususkan untuk murid tahun  tiga dan empat yang diharap dapat mengembangkan pemikiran dan sebagai hiburan hati selepas menghadapi peperiksaan akhir tahun 2019 agar mereka lebih bersemangat di dalam pelajaran di masa akan datang.
    1.3 SASARAN PESERTA
        Sasaran peserta ialah murid darjah tiga dan empat beserta guru-guru darjah 3 dan     lain-lain guru SRA Kuala Kubu Bharu.
    1.4 BILANGAN PESERTA
        Bilangan peserta adalah seramai 44 orang peserta iaitu 8 orang dewasa dan 36     orang murid-murid.
    1.5 TARIKH LAWATAN
        Tarikh lawatan adalah pada 09  November 2019 bersamaan hari sabtu.
    1.6 JANGKA MASA LAWATAN
        Jangka masa lawatan adalah sehari dari jam 5:30 pagi hingga 4:00 petang.
    1.7 DESTINASI LAWATAN
        Destinasi lawatan ialah Kuala Lumpur Tower, Mini Zoo, dan Blue Coral     Aquarium.




2.0 OBJEKTIF LAWATAN
    1.    Memberi pendedahan kepada murid tentang pemandangan alam sekitar yang             indah menunjukkan kebesaran Ilahi.
    2.    Menambah ilmu dengan belajar mengenai pelbagai haiwan dan menghargai alam             dan makhluk ciptaan Allah.

    3.    Menimba pengalaman baru dan membuka minda murid-murid.

    4.    Mengeratkan silaturrahim antara guru-guru dan murid-murid agar timbul perasaan         kasih sayang dan saling hormat-menghormati.

3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI
    Pada tarikh 9 November 2019 bersamaan hari sabtu, murid-murid berada di sekolah pada jam 5:30 pagi dan berkumpul di surau untuk melaksanakan solat subuh berjemaah. Bas kemudian bertolak dari SRA Kuala Kubu Bharu pada jam 6:00 pagi. Semua murid-murid dan guru sampai awal di KL Tower pada jam 7:00 pagi. Murid kemudian berkumpul untuk sarapan di Theater KL Tower pada jam 8:00 pagi dan seterusnya meneruskan aktiviti naik ke KL Tower pada jam 9:00 pagi. 

    ATURCARA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL TOWER

05.30 pagi                : Berkumpul di SRA Kuala Kubu Bharu. 
06.00 pagi    : Bertolak dari SRA Kuala Kubu Bharu.                   
08.00 pagi    : Sarapan Pagi.
09.00 pagi    : Tayangan Menara Kuala Lumpur
10.00 pagi   
  • Observation Deck
  • Sky Deck
  • Sky Box
11.00 pagi                : Lawatan ke Mini Zoo
12.00 t/hari                : Lawatan Ke Blue Coral Aquarium.

1.00 t/hari    : Makan T/hari
2.00 petang    : Solat Zuhur di Masjid Negara 
3.00 petang    : Minum petang & bertolak balik 
4:00 petang    : Sampai di SRA Kuala Kubu Bharu.
   


4.0 SEKITAR AKTIVITI LAWATAN 
    Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti lawatan di KL Tower:
    1. KL TOWER 
   
    Para guru dan murid-murid bergambar di mercu tanda KL Tower.
  • Gambar di Sky Deck

  • Gambar di Sky Box




  • Gambar dari Observation deck


2. MINI ZOO
    

3. BLUE CORAL AQUARIUM
   





4. MASJID NEGARA
Murid-murid singgah solat Zohor di Masjid Negara.

5.0 PENUTUP
    Program lawatan ini amat menarik minat para pelajar untuk belajar perkara yang baru, seperti mengatasi gayat di tempat yang tinggi, belajar mematuhi arahan guru di luar kawasan sekolah serta berkerjasama antara satu sama lain. Di samping itu pelajar telah dapat mengenali dan meneroka pelbagai haiwan di samping mendapat sijil melawat zoo. Program lawatan ini diharap dapat memberi faedah berterusan kepada semua pihak terutamanya kepada semua warga sekolah dan individu yang terlibat.

Disediakan oleh,                                  Disemak oleh,


.................................................................                           ...............................................
( ALIA SAKINAH BINTI AHMAD TERMIZI)          ( ROSLIZA BT HASSAN)
Guru Tahun 3,                              GPK HEM,                                
SRA Kuala Kubu Bharu,                      SRA Kuala Kubu Bharu,                                                                                         Hulu Selangor,                          Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan.                      Selangor Darul Ehsan.                                             


Disahkan oleh,



........................................................................
(NORMAH BT MD SAIH)
Guru Besar,
SRA Kuala Kubu Bharu,
Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan.

Saturday, October 26, 2019

SETAHUN BERLALU

Setahun berlalu, habis dah belajarrrrr.. 

BTW, hari tu aku kena buat moodlecloud.com untuk pembelajaran interaktif, lepas tuu buat untuk assignment jerr,, lepas tuuu,, moodle cloud bagi notification you dah lama tak aktif, by 3 Nov akan delete account tu if tak aktif.

LOL, aku memang nak aktif, hari-hari fikir, tapi hari-hari sibuk benda lain, sibuk PIBG sekolah, sorry tak minat, tapi terpaksa. Lantik tanpa musyawarah, memang ada aku kisah kalau ada orang bising pasal keja tu.

Yang penting, aku buat je kerja tu, lepas tu 14 dan 15 november nie ada pemantaun PIBG, erm.. 4 sekolah pertama yang dipilih untuk pemantau PIBG kali pertama dalam sejarah.

Setahun berlalu. Lalu lalu.

okay bye, bye, kebetulan aku tengah bukak laptop nie, jadi seronok lah sikit taip blog. Takda perancangan pun untuk tulis blog secara teratur, Main tibai ja setahun sekali, done.

 2 benda penyebab masuk syurga, 1. taqwa 2. akhlak yang bagus. Cuba je buat tu dekat tempat yang betul sampai mati.

Tuesday, October 23, 2018

Sambung belajar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
sedang sambung belajar,

doakan
.
Malaikat menaungkan sayap,
yg di bumi dan di langit,
berdoa memohon agar diampunkan.
.
:)
.
Subhaa nALLAH,  tak sabar nak rasa graduate bersama parent,  dulu di Jordan,  parent tiada di sisi...
.
:D
.
Taking PGDT with my sister Ain.  OUM Tanjung Malim Learning Centre.
.
11.49pm
esok kursus di ILDAS ..
3 HARI.
Kursus Kewangan PIBG.
.
Lamanya tinggalkan rumah,  huhu.
huaaaaa... 
.

Saturday, September 8, 2018

Kerja

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Sibuk dengan kerja.
.
Macam-macam buat, 
dah takda masa free nak fikir ayat-ayat gramatis untuk tulis kat blog.
.
Tumblr ja tulis bila ada masa.
.
Reja macam-macam cepat lah cuti sekolah.
.
Huhu.
.
.
Sabtu ahad full sampai bulan 9, dan bulan 10. huhu.
.
huaaa.
.
Quote from the Holy Qur'an: Al-Inshiqaaq (84:6)

يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

http://get.muslimpro.com

Wednesday, July 11, 2018

Banyak Ilmu

Jika banyak ilmunya,
maka kurang protesnya dengan manusia.
.
Jika cetek ilmunya,
kasarlah bahasa nya,
tiadalah akhlak Quran padanya,
tiadalah kasihnya pada manusia,
tiada lembutnya dalam bicara,
tiada rahimnya pada wanita.
kurang, malah lebih teruk tiada langsung
.
Maka,
aku takkan layan orang yang kasar.
.
Di dunia zahir tampak indah sifat batinnya yang busuk,
di akhirat, terbukak segala hijab.
.
Maka aku dah lama buang wey,
orang hafal Quran,
tapi kasar, takda akhlak al-Quran.
.
Hati aku tak boleh terima langsung orang buruk akhlak nie.
erm..
.
Selemah iman ialah membenci mungkar.
.
menjauh ja aku mampu.
.

Friday, April 13, 2018

Fasa Muhasabah

Tulisan ini siap pada jam 1:00 am,
unsur, isi, nada, dan bunyi,
berkait, terkait,
perasaan,
semOga tidak menampakkan meroyan,
sebab kena tegur kat whatsapp status meroyan ke status whatsapp,
.
Tapi tengah PMS,
Pre Menstrual Syndrom.
.
Assalam alaikum wbkth
Bismillah irrohman irrohim.
.
Bismillah,
.
Entah macam mana,
pada tarikh 11&12 April 2018,
aku ganti orang kursus
Intensif bahasa Arab,
di Institut Murabbi , IMANS,
Kg Jawa, Klang.
.
Dan pada dua hari yang itu,
aku mendapatkan satu fasa muhasabah,
aku muhasabah,
muhasabah diri,
dari terus terasa dengan manusia jilaka,
.
terus menerus aku senyum,
tapi tak pernah senyuman aku tu di balas dengan muka yg ceria,
muka jilaka ja di tunjuk pada aku.
*sekor manusia yg ak maksudkan
.
haha!!
so, aku takkan senyum dah wey!!
kau x pernah tengok muka aku jilaka mcm kau, so, rasakan lah,
aku tak buat kat org muka macam jilaka,
kecuali bila ekau terlalu lalu jelata.
.
Aku takkan buat jahat,
kecuali aku nekad, dgn bsikan syaiton & tanpa ilmu,
setelah terlalu pelik lah dengan kau.
.
Weyh, buang masa aku tulis pasal manusia jilaka, haha.
.
Cuma nya nak gitau, hari ni dia pndang aku, tapi 1st time aku tak senyum pd dia,
first time aku buat mcam tu,
setelah 3 tahun aku tak pernah tak senyum pd dia.
Kau rasa?
.
Aku bukan nak riak,
tapi aku senyum kat pOmpuan ja wey,
ak x senyum kat lelaki, eceh,
bajet lah.
.
Manusia ni, kalau dia buat lekeh pada kau,
kau buang ja dia,
pasti kau bahagia,
dan pasti berjuta manusia yg hati nya kasih,
cuma aku belum ada kekasih,
hari tu ada lah jugak,
.
Tapi aku tak dapat tgkap taQdir ALLAH tu,
tak dapat nak fikir kenapa,
pelik,
dia mai macam yg aku nak,
tapi dah ada anak,
oh My God, aku dah tamatkan cerita itu.
Tak dikata beriman seseorang, selagi tak di uji.
.
Berat ujian,
jiwa dia macam jiwa aku,
kau yg sdg baca tulisan aku ni pun tak nak faham jiwa aku,
tapi dia x perlu faham aku,
dah memang sejiwa sangat~…
Haha, alasan aku ja sejiwa tu.
Walau rasa hilang separuh dada,
alasan lagi.
.
Aku dah tamatkan kisah itu.
.
Pengajaran:
Jangan memulakan sesuatu yang kau
taknak pun benda tu.
.