JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Saturday, December 24, 2022

RINGKASAN PERJALANAN

 Assalamualaikum ~


Blog kali ini merupakan ringkasan perjalanan 2022, memandangkan aku takda idea nak tulis atau post apa-apa sepanjang tahun 2022, 

sebenarnya ada sahaja idea nak post tapi sedikit terbengkalai kerana kekangan masa dan kerja yang banyak untuk pemula.

Al maklum tahun ini merupakan tahun pertama mendapat pekerjaan baru yang sama macam tahun-tahun lepas cuma berbeza jabatan 😄😄

SK Pasir Puteh, Pasir Gudang Johor
With parents


Tahun pertama sehingga 3 tahun atau 5 tahun atau 😂😂
merupakan tahun yang kritikal untuk aku atau sesiapa sahaja untuk  memasukkan segala jenis maklumat dalam kepala secara tenang disusuli tindakan yang mantap😢😢 perkara tersebut telah menyebabkan aku tak berapa nak ambil masa untuk blog, 
Manakala dalam perkahwinan, 5 tahun pertama adalah tahun yang mencabar, kekal atau lerai, argh tiber.

Sekolah tepi laut nampak Singapura


Gambar-gambar yang disusulkan di bawah ini pun ter"sedia" disebabkan gambar-gambar tersebut adalah untuk Fail Pembangunan Guru Baharu 2.0.

Semoga cepatlah berlalu dan berakhir menyiapkan fail PPGB 2.0 tersebut 😜


Hantar murid ke Karnival Sukan Rakyat PPIM

Hari Terbuka Sekolah (PBD)

Sambutan Maulidur Rasul

Hari Sukan Sekolah

Kelas Jawi kat Taman Perumahan ku

Perkhemahan SK Pasir Puteh

Fasilitator perkhemahan kumpuan 8

Petugas PRU di SK Pasir Puteh
PAPM
Karnival Keusahawanan SK Pasir Puteh


Johan Perbarisan Rumah Merah

The students

The Teachers

    Sesungguhnya tiada yang indah, melaksanakan kerja-kerja yang banyak, melainkan penat dan lelah tu bersama-sama orang yang kita sayang. 

Monday, November 22, 2021

TEMUDUGA S P P PEGAWAI PENDIDIKAN DG 41 TETAP


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada 18 November 2021 hari Khamis

daku telah interview job s p p untuk Pegawai Pendidikan DG 41 Tetap untuk subjek Pendidikan Islam...


 Temuduga S P P


Calon tidak dibenarkan menyebarkan maklumat berkaitan sebelum, semasa dan selepas temuduga dilaksanakan di mana-mana ruang sosial media.


😁 🙈 🙈



============

UPDATED:


Pada 09 Disember 2021 result telah keluar,

alhamdulillah den dapat jawatan PPP DG41,

takda kata-kata gaiss, hanya mampu ku bersyukur pada Allah...




Lain macam perasaan nak memulakan kehidupan baru nie,, secara bujang 😭,

Perjuangan job dah tenang, perjuangan jerawat pun dah tenang, alhamdulillah, perjuangan nak kawin plak,, 💪💪.

Lain-lain perjuangan, boleh difikirkan nanti 🤭🤭. 


Gonna leave town KKB 🥺


*  Sekolah Penempatanku di : 

SK Pasir Puteh, Pasir Gudang, Johor. 

[ 1 Mac 2022 ]

Wednesday, November 3, 2021

GAMBAR PELAKU PELAKU 90 TEKAPAN STERIKA WAP 2017

.

.

.

Kisah penuntut UPNM Zulfarhan yang menjadi mangsa manusia kejam

tidak berhati perut,

semoga syurga tempat Mu kerana menanggung seksa dizalimi manusia.


Di sertakan di bawah gambar-gambar pelaku, yang kejam, 

untuk di ingati perbuatan mereka.








Semoga anak cucu kita dijauihi dari sifat sebegini. ameen.


Sungguh kejam perbuatan mereka, perbuatan yang tidak mempunyai akal .


 SUMBER DARI FB

Monday, November 1, 2021

Period Pain feeling bad when at work

 .

Period pain is so freaking bad

when it comes at school.

menanti murid dgn perasaan murung haha, perasaan caner lau aku sakit jap lagi, tapi aku cuba untuk kuat


murung tahap gab4n,

where at school no extra teachers who can take your place when you are sick or whatever.


I am so freaking murung tahap gab4n,

how can i teach ma students when i am sick??


ada 1 part dulu, paling teruk, sakit gila aku nangis,

aku bagi student latihan bertulis,

then aku duduk belakang kelas, nangis-nangis sakitt,


aku cakap dengan student, jangan pandang belakang. buat kerja .


"awak semua diam ya jgn bising, ush sakit perut, kalau awak bising, esok ush dh sihat, siaplah awak"


aku dah doa, "Ya Allah janganlah bagi sakit senggugut tu datang ketika sdg bekerja"

lepas tu semalam sekolah mmg tak datang lagi, tiber hari ni datang, harap tak sakit lah.


sekarang 1:58 petang, 1 org Murid sudah datang


Benda ni sebulan sekali ja, waktu sedang sihat, den memang aktif kerja, waktu sakit, menangis-nangis haha. 


MULA SAKIT

Maka bermula lah rasa sakit pada jam 2:30 tu dah rasa sakit dah
sakit dan sakit dan sakit
sakit perut
sakit belakang, pinggang
sakit yang sampai nangis-nangis
nangis tu start jam 4 lebih



MUNTAH

Kemudian pada jam 4:40 petang den pun muntah dalam plastik, terus ke tandas,
terserempak dgn kak Ain yg kaget melihat ku muntah haha, kemudian jumpa miza dlm tndas. 


PANADOL

Kemudian makan panadol , sebelum makan panadol makan kuih dulu, mak murid beri kuih puteri ayu? versi red velvet, den makan separuh, lepas tu baru makan panadol.




panadol diberi oleh Miza, kemudian kak Su suruh rehat jika sakit.

Murid diserah ke tempat lain.

Muka mmg nmpak mcm elok, tapi baring atas tikar tuu
Mengadu kat pakwe sakit.

Selfie sakit senggugut.



kemudian sakit berkurangan,

kemudian balik rumah mengenang nasib hehe.


Wednesday, September 8, 2021

CUCUK VAKSIN COVID 19 DOS KEDUA

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


.

.

Hari ni 8 September baru ada kesempatan update cucuk ke-2 , maksudnya dah lengkap vaksin (dah lebih 14 hari dari tarikh cucuk) 


Tarikh Vaksin Dos Kedua pada 13 OGOS 2021


KESAN SAMPINGAN


Hari tu daku tiada apa-apa kesan sangat untuk dos ke-2, alhamdulillah, cuma ada pening sikit sahaja, itu pun sekejap sahaja.


Yang ada kesan sampingan nya , badan makin berisi, pula dah, rasa macam makan banyak, begitulah. 


Lain-lain kesan sampingan tiada. 🤲


COVID 19 HILANG DI MUKA BUMI

Covid 19 ini tak tahu lah sampai bila akan hilang, tiba aku rasa macam sepanjang kehidupan ini, tak hilang Covid-19,

tiber, tapi boleh ja negara lain bebas Covid 19, ini bermakna sekiranya penduduk bumi bersatu, melaksanakan cara yang sama dengan negara yang dah bebas Covid-19, pasti Covid ini akan hilang,


tapi apakan daya, penduduk bumi tak kan pernah bersatu, bersatu hati melaksanakan cara yang sama seperti negara yang telah bebas Covid-19.


SEKOLAH DAN RUMAH


Daku sebagai manusia biasa, pastilah rasa bosan, tak dapat jumpa murid-murid, mengajar, memberi, mengerahkan tenaga di SEKOLAH,


Disebabkan tak dapat pegi sekolah,

terpaksalah daku mewujudkan suasana di RUMAH yang menggembirakan haha,

dah habis indah dah bilik aku, aku kerjakan agar menjadi tempat terindah untuk didiami haha. Selepas sekolah tempat untuk berkarya tak dapat diduduki..


Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, Selangor

Starlight Lamp

Yellow lamps. (decoration lamp) 

Monday, July 26, 2021

CUCUK VAKSIN COVID 19 DOS PERTAMA

 ASSALAMUALAIKUM


Pada 23 JULAI 2021, bersamaan hari JUMAAT

daku telah ke TROPICANA GARDEN MALL

untuk mendapatkan vaksin dos pertama iaitu 

VAKSIN SINOVAC.


BAGAIMANA VAKSIN BERTINDAK


https://youtu.be/uWGTciX795o


KESAN SAMPINGAN

" Reported side effects to COVID-19 vaccines have mostly been mild to moderate and short-lasting. They include:

fever, fatigue, headache, muscle pain, chills, diarrhoea, pain at the injection site

The chances of any of these side effects following vaccination differ according to the specific COVID-19 vaccine.

More serious or long-lasting side effects to vaccines are possible but extremely rare. Vaccines are continually monitored to detect rare adverse events. "

SUMBER : WHO


    Antara kesan sampingan yang aku hadapi ialah rasa macam nak demam, panas dalam badan tapi cek suhu tak melibihi suhu normal

dalam 2 hari rasa macam tu.


    Manakala pada hari ke-3 daku rasa sedikit letih,

    Hari ke-4 daku dah tak rasa yang macam nak demam tu, tapi aku dapat lihat mata aku masih macam tak sihat, daku tau lah kalau badan aku tak sihat, mata tu macam tak segar. Ini bermaksud menatang tu still fighting in my body. haha menatang amek kau daku sebut.


Ambil masa 2 minggu untuk vaksin bina immunity ya.

" It typically takes 2 weeks after vaccination for the body to build protection (immunity) against the virus that causes COVID-19. You are not fully vaccinated until 2 weeks after the second dose of a 2-dose vaccine or 2 weeks after a single-dose vaccine."

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/keythingstoknow.html


MY NEXT DOSE : 13 AUGUST 2021




Jangan Bersedih

 .


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jangan bersedih wahai kekasih hatiku,

teman dunia & akhirat,

dan tetap meyakini janji Tuhan pencipta kita:


1) Perintah Allah, kahwinkan lah orang bujang

An-Nuur 24; Ayat 32 :

 

وَأَنكِحُوا۟ ٱلْأَيَٰمَىٰ مِنكُمْ وَٱلصَّٰلِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْ ۚ إِن يَكُونُوا۟ فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌۭ ﴿٣٢﴾


“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”


2) Perasaan mawaddah dan rahmah

Ar-Rum 30; Ayat 21 :

 

وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”


3) Jika pasangan miskin

An-Nuur 24; Ayat 32 :


إِن يَكُونُوا۟ فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌۭ ﴿٣٢﴾

 Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”


4) Damaikanlah di antara dua orang yang berselisih

firman Alah SWT yang bermaksud: "Tidak ada kebaikan pada sebarang usaha melainkan usaha untuk menganjurkan sedekah, berbuat kebaikan dan meleraikan permusuhan antara dua manusia. Maka sesiapa yang berbuat demikian kerana menuntut keredaan Allah SWT, akan mendapat ganjaran yang besar." (Surah an-Nisa', ayat 114)


5) Jangan pernah jemu berdoa

Dia [Nabi Zakaria] merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.

Surah Maryam ayat:4


6) Fitrah hidup berpasangan

Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49 :

 

وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ﴿٤٩﴾


“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.”


7) Menjaga kehormatan diri

Rasulullah SAW pernah bersabda:

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَوْنُهُمُ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ

MaksudnyaTiga golongan yang Allah SWT menetapkan atas diri-Nya untuk membantu mereka: orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba yang mukatab yang ingin membayar harga tebusannya dan orang yang berkahwin dengan sebab mahu menjaga kehormatan dirinya”

Riwayat al-Tirmidhi (1655), al-Nasa’I (3218)


8) Jangan jadi pemarah


Di dalam sebuah hadis: seorang laki-laki berkata kepada Nabi, "Berilah aku wasiat?" Beliau bersabda,"Janganlah kamu marah." Laki-laki itu mengulangi kata-katanya, beliau tetap bersabda,"janganlah kamu marah." - [HR Bukhari 5651].


9) Doa tidak hidup sendiri

Al Quran Surat Al-Anbiya Ayat 89

"Dan (ingatlah kisah) Zakaria, ketika ia menyeru Tuhannya: 'Ya Tuhanku janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik'"


28 Jun 2021

Akan ku kenang kesetiaanmu selama bertahun, walau andai nanti bukan lagi untukku. 

Tidaklah antara 2 org yg nk menikah tu bercita-cita nk masuk api neraka

DAN

bagus ke antara muslim tu bergaduh, dan suka masing² masuk api neraka,

"Kita dulu semasa di dunia bergaduh, apa engkau tak suka aku masuk syurga, apa engkau sorang je ke masuk syurga? org lain semua neraka erk??"