JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Saturday, April 13, 2013

budak kecik dh besar

mak & kinah
kinah & abah

mak & kinah & abah

darjah 5 n tingkatan 5 (hbis tingkatan 5 la)

Friday, April 12, 2013

hak

Salam,


Hak orang kita kena mintak izin supaya org tu redha ,
kalo tak mintak izin orang tu tak redha, acaner?
hak hak ni jangan main2 ,
hak ALLAH kena kita tunaikan.

hak manusia pun jangan main2 ,
 jangan amik remeh,
nk pinjam pemadam secuit pun kena mintak izin tauu.

takot org tu tak redha kita pakai hak dia kan,,

hak ituu walaupun budak kecik punye barang kan,
lagi satu consider .

Wednesday, April 10, 2013

Esok exam waaa.

hehehe 12:24 am esok exam fiqh muamalat (2) .


waaaa!!!
                                                             esok last paper untuk 2nd exam, 
                                                                       after 2 weeks struggle and 'fighting' for 6 papers
                                                                                          what de la kaan.



Selalu aku rasa ada hikmah setiap apa yg aku dapat apa yang aku tak dapat.
--------------------- 1) rezeki masing2
-----------------------2) usaha masing2 itu ALLAH tengok.

1) usaha sungguh-sungguh - satu ibadah kepada ALLAH
2) tawakkal  - satu ibadah lain kepada ALLAH

So, rasa tak best bila dengar orang kata ,
tengok dia tu study biase2 dapat bagos.
tengok orang tu bukan main study banyak markah sama je mcm org study biase2.
Ko sape nak mempertikai?? 


that is way too rude, else "kerek"
biase sangat hidup senang, biase sangat memandang rendah ke orang,
biase sangat hati keras terima benda baik,
biase sangat anggap benda baik temeh,
biase sangat tak amik berat ilm deen,

maka -------------------------------------- rendah kan sayapmu ke orang2 mu'min..

just imagine, u have a very high and big 'sayap' walking all the way to school? and when u meet people,
u put all your 'sayap' down onto the ground.

note- if u have any comment or opinion or wanna fight me? oh i would love to hear/read it. because i would like to know something new, love yaa. i love 'diskusi ilmiah sesama akhawat face to face' or alamaya 

Tuesday, April 9, 2013

Bahasa bahasa bahasa

assalamualaikum :D hee

nak buat kenangan seumur hidopkuuuu ..


Buat kenangan, haku hingat doktorah kata boley jee letak contoh luar dari ayat quran yang dia kasi. hampeh! sebenaqnye ak nak tanya doktor masa exam betol ke boleh, tapi apasal erk ak tak tanya (bisikan)? ak rasa doktor kata:
'' sekiranya awak2 tak jumpa contoh brdasarkan hukum tajwid dalam ayat yg diberikan , boleh la letak contoh luar...''
ak hanya tertangkap :
” boleh jaa berikan contoh di luaq ayat quran yg diberikan… “

Mostly i lost mark/s kadang2 tak faham apa maksud word itu ni ATAU terlepas pandang eh ''maksud dia macam ni laaa weyyyh'' apa ka bengong sangat LoL.


ni lagi satu apa ka hal boleh terlepas word 'رواج' tuuut. dengan yakinnye baca dan tanda betol. :D jwpnnya 'كسد'



Thursday, March 28, 2013

astaghfiRULLAH

Assalamualaikum, saya kena hafal surah nuh, ma'arij, haqqah, mulk, qolam

ni surah NUH. tibe2 doktor ibrahim Batoineyh sebut dalam subjek iqtisod ijtimaeii..

doktor kata kalo kita istighfar, apa yang kita dapat, apa yg ALLAH kasi..



فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠
يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا ﴿١١ 
وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا


10. maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-,

11. niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,

12. dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.


Wasilah dari-NYA

SubhaanALLAH, alhamduLILLAH.

Jika kita hidup merasakan sentiasa hadir-NYA di sisi kita, insyaALLAH kita akan mendapati setiap perkara yang berlaku disekeliling kita adalah sentuhan - sentuhan dari NYA untuk menegur kita dan sebgainya.

Setiap perkara yang berlaku disekeliling kita, kawan-kawan kita, family, guru-guru, arab-arab,
hal dunia, adalah pelbagai 'bahasa' untuk berbicara dengan kita.

Cumanya kita kena sedar dan nampak dan kena cepat tangkap akan 'bahasa' 'bahasa' itu.
SubhaanALLAH.

DAYS before, member saye sebut pasal kelebihan solat dhuha ngan surah al-waqiah. I said that ya I know.
dia pun cerita la macam ni macam ni, saya pun ha ah betol-betol dia punya kebaikan camtu camni.
ok... HOURS later. subhaanALLAH, baru teringat yang cam dh brapa hari tinggal tak buat, huhu.
Tu lah antara cara 'bahasa' bicara-NYA, nak ingatkan kita, teman2 kita wasilah dari-NYA untuk memberitahu kita, menegur kita..

"haruuna akhi" surah TOHA ayat 30.
nabi Musa bersama-sama dengan saudaranya, menuju kepada Firaun yang berlaku zalim kpada kaumnya.
Mereka bersama-sama , ya ! Kita juga harus bersama-sama dengan sahabat seperjuangan kita, dapat sama2 membantu , sama2 faham . cerita pasal nabi Musa  sangat menarik....

Sebenarnye ada buat liqo' usrah semalam pasal surah toha "haruna akhi"
Pastu bile pergi kelas esoknye kelas iqtisod ijtimaei lecturer/doktor sebut pasal ayaat ni. huhuuu
SubhanALLAH, selalu sahaja berkait kaitan sehari harian.

Dan sebelom tuu jugak ada terasa bersedih hati jugak pasal manusia,
manusia ukur manusia melalui pangkat jawatan sandangan, apa sumbangan.. sedih hati...
tapi ALLAH sentuh gak hati ni bila lebih dekat dengan DIA lagi bahagia.....

Saturday, March 23, 2013

ALLAH..

moga sentiasa hati ini disentuh oleh-NYA... hati kita semua,, ya'ni moga kita sedar dan pilih jalan/cara yg benar.



petikan dari : http://786masterkopi.blogspot.com/2013/03/tersenyum-menerima-kesusahan-dan.html

Katalah ada orang menyusahkan kita. Mungkin suami kita, isteri kita, ibu ayah, anak atau orang lain. Waktu itu kita perlu rasakan di hati, "Rupanya ALLAH nak berikan pahala kepada aku, jadi buat apa aku susah-susah hati. Bukan aku yang bersalah, dia yang bersalah."

Jadi kalau kita tak redha dan tidak sabar, sebenarnya itu satu kepelikan kerana orang lain yang lakukan kesalahan, kita yang susah hati. Patutnya perkara yang membolehkan kita masuk Syurga menjadikan kita redha dan sabar. 

Apabila orang curi duit kita umpamanya, orang itu yang patut susah hati sebab dia yang bersalah dia akan masuk Neraka sedangkan kita akan dibalas dengan Syurga. Tapi kita pula yang nak marah dengan orang yang nak masuk Neraka. Kerana kita tak tahu kerja ALLAH!

Bila kawan silap sikit dengan kita, kita pun marah-marah. Patutnya kawan itu yang marahkan kita,

"Tengok, aku dah termarahkan engkau, kalau tak kena gaya, boleh masuk Neraka..."

Tapi kita pula yang marahkan dia. Sedangkan kita patut susah hati,
'Jangan sampai aku yang tersalah dengan orang. Bila bersalah atau silap dengan orang, aku boleh masuk Neraka. Kalau aku menjaga daripada membuat kesalahan, aku boleh masuk Syurga.'

Patutnya kita sedar tentang hal ini.