JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Wednesday, July 17, 2013

Tumblr best giler

bismiLLaH.. hehe, assalam ,

best giler !!
aku fOLLOw entah siapa-siapa tak dikenali tetapi masing2 mempunyai tujuan yg sama,
tumblr is for simple things not critical reading,
untuk santai2 boleh ar! di samping benda bermunafaat and Islamic text/photo/quotes/video/link.
leh gedik2 hantar mesej, salam ukhuwah bla bla, padahal tak kenai.
awesome there are indonesian, bruneian, bla bla.
sikit2 dulu follow, tak explore habih lagi, byk lagi untuk diterokai,
all u need is TiMe...









Thursday, July 11, 2013

gajus bukan pistachio


-------------------

Permasalahan tidak menerima perbezaan
kerana terlalu cenderong 
-------
kalo nk makan pistachio kena hentak dan ketuk pakai hammer kulitnya,
tidak seperti gajus campak aja dlm mulut,
tapi pistachio boleh beli yg dh siap kopek kulitnya, tapi mahal sikit laa..
  
  
Plymouth, UK
Kuala Kubu Bharu, Malaysia

Tuesday, July 9, 2013

jiwa rahmah


Ada beza antara jiwa-jiwa, jiwa rahmah
bila hatinya ada sifat kasih, 
seluruh tindak bersifat kasih, pandangan kasih.
tertarik dengan yang memandang dengan kasih,
kerana ada yg memandang mata melirik , tak selesa sb bukan pndangan kasih.
- tak pandai nak react, hanya mampu ngeii :D
- walau kenal mcm biase2 je, tpi akhlak peribadi y baik tu tetap dpt menawan hati sesape jew..

mata-mata jaga hati. ngeii :D

nota: tak reti nak react tapi dlm hati terpatri.

Monday, July 1, 2013

sibukkan diri

Nota:

-dosa - takot org tahu, gelisah,
-pahala - tenang
-solat - cegah kemungkaran,  luar dan dalam solat, khusyu'

-sibukkan diri dgn pelbagai perkara, jgn kata bosan, mmg kau bosan kau tak buat apa-apa dok melongo je.. haha.
-jangan sebut word 'bosan' , pandai2 la hang buat kerja banyak benda boleh buat haha..

-sabar -manusia mmg tak perfect -maafkan.

-masing2 tahu apa nak buat, tak payah la kau bising mcm orang tu tak tahu apa nak buat...

-fitrah mcm2

-teruskan, sibukkan diri, Bila penat tido je ! kau nak paksa diri kau wat ape, kau jugak yang sakit kang,  Mcm aku, pakse2 diri, dah rasa nak demam la itu la haha.. Tapi mind set la, katakan pada minda "keep cool bebeyh!" selain kau buat benda tu mgharap redha ALLAH semata, buat sume benda kerana ALLAH kan, kalo tak, kau mmg tak buat pemalas.

-jgn nk mengada2 merungut membebel, haha. BYE.

Friday, June 28, 2013

selamat hari lahir kpd saye hehe

28 Jun,
HAHA , salam, ucapan syukur ALHAMDULILLAH, masih menikmati udara dan diberi masa untuk bertaubat. huhu.

ucapan terima kasih jugak kepada mak dan abah kerana telah menjaga saya semasa kecik2 dahulu, mesti cute giler aku masa kecik hahaha..

 gambor sikit masa kat UK mei 2012, x sompat nak ditatapkan ke keuarge tercinta. lupe, balik nanti yeah !

awek tunggu bas

try pakai tak beli


menahan nak terber**


park
rehat lepas shopping
















Saturday, June 22, 2013

||Ucapan Takziah Kepada Mangsa Kemalangan Pelajar Malaysia di Jordan||

"Sesungguhnya hanya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kebangkitan, dan yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada beroleh kebaikan atau malapetaka), dan tiada jiwa yang mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Meliputi Pengetahuan."

(Surah Luqman: 34)

Ucapan takziah kepada keluarga Al-Marhumah Sumayyah bt Romli atas pemergian beliau ke rahmatullah lewat petang semalam, 21 Jun 2013. Jenazah telah dihantar ke Hospital Prince Hamzah untuk tindakan susulan dan dijangka akan dihantar pulang ke Malaysia pada 23 Jun 2013. Masa dan tempat solat jenazah akan diumumkan selepas mendapat pengesahan daripada pihak hospital dan agensi pengurusan jenazah.

Pihak MPMMJ telah dimaklumkan bahawa :

1) Saudara Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin telah dipindahkan ke Hospital Amman Surgery, Amman, Jordan.

2) Saudara Shukri Bin Alias buat masa ini masih lagi ditempatkan didalam Wad ICU, Hospital Queen Alia, Petra dan mendapat kawalan rapi daripada pihak hospital.Beliau cedera ditempurung kepala dan tulang belakang.

3) Saudari Humairak Binti Ibrahim yang mengalami keguguran berada dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di Hospital Queen Alia, Petra.

4) Saudari Nur Ili Dayana Binti Mazlan, pelajar di London School Of Economy juga mengalami kecedaraan di bahagian bahu dan bahagian pinggang dan sekarang masih ditempatkan di Hospital Queen Alia, Petra.

Sehubungan dengan itu, pihak MPMMJ melancarkan tabung derma kilat diseluruh persatuan zon di Jordan bagi meringankan beban kos pembiayaan rawatan mangsa kemalangan. Mohon doa rakan-rakan semoga dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Arif Amin Bin Rushihi.
Presiden.
MPMMJ sesi 2013/2014.


http://educationmalaysia.co.uk/en/home-2/8-news/224-pelajar-ucl-terlibat-dalam-kemalangan-maut-di-jordan.html

Sunday, June 16, 2013

spot the differences game


Family Day gathering mEc (middle east commerce) April 2013
mEc01 programme, INTEC Shah Alam April-August 2010.