JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Sunday, February 18, 2018

Pertama Kali

Bismillahirrohmanirrohim.
Assalam 'alaikum.

Ekau penah dengar tak perkataan pertama kali?
Jadi aku perlu masa untuk benda yg aku pertama kali,
sampai nanti aku jadi org yg terakhir kali selepas semua yg pertama kali, haha.

Saturday, February 3, 2018

Koleksi HAMKA

Koleksi HAMKA
.
Karya beliau tidak pernah mengecewakan.
Karya beliau indah bahasanya.
Karya beliau 1001 perasaan dan emosinya.
Karya beliau hidup dalam kehidupan seseorang.
.
SENARAI BUKU HAMKA
.
Tuan Direktur RM 13
Merantau Ke Deli RM 15
Ayahku RM 26
Di Bawah Lindungan Kaa'bah RM 12
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck RM 22 *cover tulisan biru
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck RM 20 / RM35 (Hard Cover)
SejaraH Umat Islam RM 35
Falsafah Hidup RM 24
Lembaga Budi RM 15
Lembaga Hidup RM 21
Lembaga Hikmat RM 10
Tasawuf Moden RM 20
HAMKA RM 27
Peribadi RM 12
Tafsir Al-Azhar *ikut juzu' RM 25
.
NAK ORDER?
. tekan whatsapp link 👉 mesejonlinebookstorealia.my

Thursday, February 1, 2018

Diktator

Diktator merupakan seorang pemimpin negara yang berkuasa mutlak. Diktator biasanya bukan dipilih secara demokratik oleh rakyat negaranya, dan merampas kuasa melalui cara kekerasan. Seorang diktator berupaya melaksanakan undang-undang sendiri tanpa perundingan dengan pihak atau badan lain. Biasanya, diktator merupakan ketua tentera atau parti dominan satu negara.

Katanya dia jenis tak boleh dibawa bincang; hampir kepada diktator yang tak berhati ehsan. Lebih baik, tak pernah cakap, atau berurusan kalau tak boleh bawak bincang.

Jadinya, aku nak abadikan di sini supaya aku tak pernah lupa manusia yang tak mengaji kitab adab, tak hikmah, ehsan .
Terima kasih.

The ConversatiOn:

That person: K
Sy x bgi kata ptus lgi ye alia
Klau korang rujuk kak ***
Sy pun akan bncng ngan kak ***
Klau sesuai..proceed
Klau x sesuai..mntak akur dgn arahan kami🙂

Me: astaghfirullah

That person: 😇

Me: لا حول ولا قوة إلا بالله
Me: ونعوذ بالله من الشيطان الرجيم وجنوده

That person: 😇

Me: واعلم ان الله قد احاط بكل شيء علما

That person: 😇

Wednesday, January 10, 2018

Peribadi dan Buku

Sifat dan Buku.

Haha, apa lah wey tajuk aku.

Pada pendapat aku, orang yang suka baca buku nie peribadi dia jenis tak mudah marah, sebab dia dah baca banyak benda, banyak benda dia tahu, jadi apalah sangat nak marah-marah pada benda yang entah apa-apa, berbanding berjuta lagi perkara yang membahagia, tak gitu?

Tapi kalau dia jenis marah, or lanjiyau bahasa kasarnya, atau lancang jugak mulutnya, memang dia lahabau, as known as Abu Lahab.

Dah tu tadi, agak first time lah aku dapat customer yg marah sebab parcel buku dia tak sampai, dia macam tak sabar langsung, macam tak pernah menghadapi dugaan pun ada gak,
lepas tu bila aku fikir, oh rupanya dia belikan buku nak hadiah pada kawan dia, bukan nya dia sendiri yg mahu beli/baca buku.

Aku pun apa lagi, aku tau aku tak salah, dia macam ingat aku ni tipu duit dia, barang takda. Aku jenis bagi 10 000 kebenaran, sampai terdiam sudah. Kita bagi fakta, bukan auta. Fakta yang kau terdiam nak kata kita ni dok tipu tak jual barang. huhu..

Dah tu, tak mampu dah dia nak balas. melainkam redha dengan jalan taQdir pOsmen tak dapat hantar tempat dia sudah lah, silalah call, suruh hantar balik, or amek your parcel kat pejabat pOs ye.

Kesimpulannya, peribadi orang yg suka baca buku, lebih tenang cikit, berbanding orang yang tak suka membaca,
sekian terima kasih.

Visitlah IG oNline booksTore saya ya, hehe.
@talihatiteam_alia

Thursday, December 7, 2017

Besar Jiwa


 Dengan nama ALLAH Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Salam sejahtera ke atas kamu semua.

 Aku dah puas rasa besarnya jiwa bergaul dengan orang yang beribu batu yang sebelumnya tidak pernah jumpa aku,
dan aku tidak faham bagaimana orang yang lahir di tanah yang sama dengan aku dekat Malaysia ini, dia tidak boleh rapat dengan bangsa dia sendiri.

 Itu jenis yang tidak boleh rapat lah, yang jenis rapat, bagus lah.

Aku minat psikolagi tetapi tidak dapat aplikasi hadapi orang yang bermasalah saikologi. 🤔 minat,, tetapi belajar ilmu nya takat mana sahaja,, haha.

Atas gambar dalam surau, bawah dekat bangunan Kuliah Syariah. 
Nusaibah and her friend.
Qomar my Somalian friend then sambung belajar kat UIA.

Rindu merantau

Aku nak merantau lagi, nak duduk jauh dari Malaysia, Brunei ka, hehe..
.
Rindu perasaan besar nya jiwa bila kita merantau tempat orang,
sesuatu yang baru, semuanya baru!!
.
Aku rindu, aku rindu Jordan,
semua tentang Jordan,
takda yang sama tentang Jordan dan malaysia,
tanah, warna, cuaca, makanan, udara, orang, bahasa, rumah, semua tak sama!!
.
aku suka semua tu!!
.
satu ja yg aku rasa sama dgn orang Arab yang besar dan kasar masa kat Jordan, agama, yaa agama Islam membuatkan satu rasa yg satu bila bergaul dgn org Arab yg kuat pegangan agama Islam. :)
.
alhamdulillah bumi itu bumi barakah, segala apa yang aku berhajat, tiba-tiba termaqbul sentiasa bila kat bumi barakah tu, tu salah satu yg aku rasa semua student rasa, cuma tak dinukilkan, dan alhmdulillah smpai sekarang kat Malaysia barakah tu masih terasa kerna keyakinan tinggi.
.
dan aku dapat rasa doa-doa aku dulu masa kat sana, maQbul sekarang, moga aku terus bersyukur, alhamdulillah.

Sunday, December 3, 2017

Sunyi

Sehari lepas hari akhir bertugas kat sekolah,

malam atau pagi,
rasa sunyi,
erm sebab rutin biasa persekolahan
tiba-tiba cuti kan,
pastu tiba-tiba dah murid baru,
murid lama tinggal kenangan,
kerinduan sebentar,
berganti dengan kehadiran baru,

tapi sekejap ja sunyi tu,
lepas tu peduli apa wey,
bahagia cuti,
laa ni aku dok fikir pasal nak cat kelas,
aku ingat nak upah orang ja, senang sikit kerja, tapi dok fikir kos upah , out of budget lak,
ada part dalam kelas tu yang susah nak cabut kertas ber gam di dinding atas lagi dari whiteboard , erm.. Kelas aku tu buruk sungguh dinding kena cat, erm haha.