JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Friday, June 18, 2021

Nikmat Yang Tidak Didustakan

 

.

.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Nikmat yang tidak didustakan ialah ketika sihat sebelum senggugut datang bulan.


Kerana sesungguhnya aku, apabila datang bulan akan sakitlah senggugut pada hari pertama yang sangat lah teruk sakitnya.


Antara nya ialah muntah,

kemudian sakit perut sangat-sangat,


kemudian murung yang teramat,

aku akan menangis sakit perut sambil daku teringat kekasih hati, jikalau beliau ada di sisi alangkah bestnya, menjaga dan mendoakan.

Sekiranya tiada di sisi sekalipun, daku akan mesej dia dan bagitahu sakit, sakit, supaya dia cuak tak tahu nak buat apa. 


Tapi, alhamdulillah di doakan diriku hanya dari jauh, dan daku kembali sihat. 


Seriously aku memang murung gila setiap kali datang bulan, dan juga sakit yang teramat sangat.


Tapi lepas dah sakit sehari tu, sihat ya amat alhamdulillah.


Hari ni dah hari ke-5,

di mana hari pertama aku sangat sakit menangis nangis, dan teringat kekasih hati,

yang tiada di sisi. 


I asked my sister, 'tak kesian ke aku sakit?'

Then she said: 'habis tu aku nak buat apa?'


Aku labelkan post ni dengan label 'senggugut' , kerana memang aku akan sakit setiap kali datang bulan, dan dengan menulis posting di sini, aku akan ingat, benda ni memang jadi dari dulu sejak 2010 dan juga masa sekolah menengah pun sama ja. Dah berbelas tahun sakit senggugut bulan-bulan.


Aku siap tulis dalam diari tentang kesakitan aku.



Dan juga aku siap buat Buku Diari Khas Sakit Senggugut.



In the end, senggugut tetap senggugut, murung tetap murung teringat teman kekasih tiada di sisi, dan juga nikmat sihat tiada dapat didustakan.




No comments:

Post a Comment