JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Friday, June 18, 2021

Nikmat Yang Tidak Didustakan

 

.

.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Nikmat yang tidak didustakan ialah ketika sihat sebelum senggugut datang bulan.


Kerana sesungguhnya aku, apabila datang bulan akan sakitlah senggugut pada hari pertama yang sangat lah teruk sakitnya.


Antara nya ialah muntah,

kemudian sakit perut sangat-sangat,


kemudian murung yang teramat,

aku akan menangis sakit perut sambil daku teringat kekasih hati, jikalau beliau ada di sisi alangkah bestnya, menjaga dan mendoakan.

Sekiranya tiada di sisi sekalipun, daku akan mesej dia dan bagitahu sakit, sakit, supaya dia cuak tak tahu nak buat apa. 


Tapi, alhamdulillah di doakan diriku hanya dari jauh, dan daku kembali sihat. 


Seriously aku memang murung gila setiap kali datang bulan, dan juga sakit yang teramat sangat.


Tapi lepas dah sakit sehari tu, sihat ya amat alhamdulillah.


Hari ni dah hari ke-5,

di mana hari pertama aku sangat sakit menangis nangis, dan teringat kekasih hati,

yang tiada di sisi. 


I asked my sister, 'tak kesian ke aku sakit?'

Then she said: 'habis tu aku nak buat apa?'


Aku labelkan post ni dengan label 'senggugut' , kerana memang aku akan sakit setiap kali datang bulan, dan dengan menulis posting di sini, aku akan ingat, benda ni memang jadi dari dulu sejak 2010 dan juga masa sekolah menengah pun sama ja. Dah berbelas tahun sakit senggugut bulan-bulan.


Aku siap tulis dalam diari tentang kesakitan aku.



Dan juga aku siap buat Buku Diari Khas Sakit Senggugut.



In the end, senggugut tetap senggugut, murung tetap murung teringat teman kekasih tiada di sisi, dan juga nikmat sihat tiada dapat didustakan.




Thursday, May 13, 2021

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2021

 .

.

Assalammualaikum,


Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2021,

Ku abadikan gambar-gambar raya 2021 aku di sini.


Dan yang sebenarnya, ketika menjelang HARI RAYA, aku dan kawan-kawan tempat kerja perlu kuarantin selama 10 hari, kerana terdapat 1 orang pekerja dijangkiti Covid-19.


KUARANTIN 10 HARI
07 MEI - 16 MEI 2021

Aku dapat GELANG PINK nie di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu, pada tarikh 11 MEI 2021 setelah 5 hari kuarantin di rumah Kampung Kuala Kubu Road, Kuala Kubu Bharu, Selangor.


Setelah 5 hari kuarantin, baru Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) suruh datang ke Dewan KKB untuk buat swab test dan pakai gelang pink.


Serta ini adalah pertama kali aku menjalani SWAB TEST setelah 1 tahun lebih Covid-19 melanda dunia. Rasa swab di hidung tu macam hidung kau termasuk AIR, macam pedih air terMASUK HIDUNG. Tak pedih tapi macam sengal haha.


Seterusnya hari ini ialah HARI RAYA Aidil Fitri bersamaan hari KHAMIS, 13 MEI 2021.


Aku TAK boleh PERGI SURAU nak Solat Sunat Aidil Fitri disebabkan perlu kuarantin. Apakan daya, semua kehendak DIA. 

Rendang, Lemang, Nasi himpit dan Kuah Kacang.

Aneka kuih raya.


Bersama adikku Ain Amira

Setiap tahun, pokok pisang dan aku berpisah tiada.

2021, 29 Tahun, single.

Birthday aku 28 Jun 2021 nie, umur 29 tahun, berat 43 Kg, tinggi 156 cm. LOL

** Updated: Result swab test: Negatif. alhmdulillah.

Walaupun negatif, SOP tetap kena jaga sampai Covid-19 takda dalam dunia.

Teruskan jaga dan semoga Allah lindungi kita dari terkena wabak ini. ameen



Monday, April 26, 2021

PENGALAMAN BUKA AKAUN ASNB di PEJABAT POS KKB

 .

.

Assalam


Aku nak cerita pengalaman sahaja,

aku ni tak pernah buat urusan asb, tapi hakak kaunter tu marah-marah macam kita ni tahu benda tu, tapi kita tak buat benda tu. Padahal kita tak tahu apa-apa. Aku citer kat skolah, kakak kat sekolah kata, kau sound je org prangai mcm tu. Aku ni jenis terkesima kalau pertama kali, tapi kalau kali ke-2, siap lah kau.


26 April 2021

Isnin

12:15 tghari (lebih kurang)

Aku ambil nombor giliran dan pergi kaunter no 2 Pejabat Pos KKB.


Me: Saya nak buka akaun Asb

Akak kaunter: Untuk siapa ?! 

Me: Saya

Akak kaunter: Dah isi borang belom??! 

Me: Belum. 

Akak Kaunter: Isi borang ni bla bla bla,

Me: ok, ni boleh hantar esok lah ye?

Akak Kaunter: (angguk dengan dahi berkerut)

Me: (hidup kat dunia ni, kalau rasa layan orang dengan muka berkerut dapat masuk syurga, teruskanlah buat macam tu pada orang yg perlukan khidmat awak)

.

.

Aku terkesima dengan sifat makcik kaunter tu :D ,, 

hai lah makcik kaunter, tak jaga adab sopan santun bermasam muka dengan pelanggan, kalau nak buat aduan, malas pulak kan. 

Bila dalam dada takda sifat sabar di bulan Puasa, macam tu lah jadinya, bertambah pahala puasa.


 Aku penah je buat aduan tentang sikap pekerja dekat restoran terkemuka, aku buat aduan terus pada hQ dia, semenjak dari itu, bersopan santun sikit pekerja nya.

.

Aku pun tak boleh sabar nie, kalau dia buat kat aku ja takpa, tapi kalau dia buat kat semua orang, kat orang tua ka, semoga insaf lah ya.

.

.

Silap, lain kali kena rakam baru elok sikit, nampak penampakan. 


Borang daftar

Borang masuk duit


Wednesday, March 10, 2021

TEMUDUGA JAIS PEGAWAI PENDIDIKAN DG 41 KONTRAK

 

Bismillahhirrahmaanirrahim
Assalamualaikum wbrkth

Jadi hari ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman interview Pegawai Pendidikan DG 41 Kontrak JAIS ya, ku coretkan sebagai kenangan dan panduan.


10 MAC 2021 ( Rabu )
8.00 pagi
Bangunan Sultan Idris Shah, JAIS
Shah Alam, Selangor.
Aras G , bilik Sakinah.

Jadi malam tu saya dan family menginap di Lawang Suite Hotel, Vista Alam. 
Saja menginap di homestay sebab pagi tu takut letih jika bertolak dari rumah. :D 
Jika bertolak dari rumah di Kuala Kubu Bharu mungkin kena keluar rumah jam 5:30 pagi.


SO kita ringkaskan untuk hari kejadian ada dalam 3 bilik untuk temuduga.
 1 bilik untuk1 hari dalam 15 orang sahaja. 
Ada sesi pagi dan petang, saya sesi pagi.
Bilik 2, Tingkat 6, saya adalah orang yang ke 7.

Cara temuduga musim Covid-19 ni, dia akan panggil sorang-sorang masuk bilik. Dia akan bunyikan loceng dan masuk kalau you all dengar loceng. Tempoh masa seorang untuk ditemuduga dalam tu, dalam setengah jam juga, bergantung korang borak apa atau bergantung soalan apa yang panel temuduga tu tanya.
Macam saya tunggu dari jam 8 pagi hingga 11:30 pagi baru masuk bilik temuduga :D

--------------------------------
Ahli panel tanya apa ?
Saya ringkaskan sahaja ya,

* Perkenalkan diri, macam saya perkenalkan diri dalam Bahasa Arab atas permintaan diri sendiri, "Saya perkenalkan diri dalam Bahasa Arab?" haha, pastu sembang panjang-panjang haha, sampai penemuduga macam tanya soalan wajib di tanya dalam 3 hingga 4 soalan sahaja kot lah.
* Isu semasa Covid-19 di Selangor, apa cerita?
* Kalau dapat jawatan, nak MITS mana, sanggup tak pindah,
* Sanggup tak buat keja banyak, macam-macam dokumen kena urus.
* Kalau dapat jawatan tu, tiba-tiba dapat jawatan lain, nak buat apa ha?
* Apa yang boleh disumbangkan kepada organisasi sekiranya dapat

Lepas tu sebenarnya macam-macam soalan yang akan di tanya oleh ahli panel, terutama berkaitan Selangor, korang boleh google haha, untuk saya ahli panel cuma tanya macam atas tu ja .

Manakala perkongsian dari ''group" , dorang kata ada ahli panel yang nak kita bercakap dalam Bahasa Arab haa sudah. Ada juga yang tanya pasal Sejarah Malaysia sebab subjek yang ada kekosongan tu ada subjek Sejarah haa sudah haha. Mock teaching takda pun, mungkin ada atas permintaan ahli panel penemuduga, dan juga atas kerelaan kita untuk tunjuk power ke.


_______________________

Dan pada akhirnya, ahli panel interview tu habaq kat aku, you punya pencapaian akademik bagus, tapi kekosongan subjek dini sikit, yang banyak adalah kekosongan subjek akademik, seperti Matematik, sejarah, sains, rekabentuk teknologi haa sudah, haha. Bagitau ja, boleh, boleh, boleh ajar semua hehe.

Begitulah kisahnya, sekian terima kasih.

-----------------------------------
Sementara itu, dapat berbual dan bertemu dengan beberapa orang yang sama-sama interview tapi aku tak tanya nama, hehe tengah nervous tak mau lah tanya nama, sembang gitu-gitu je lah. Dan mereka-mereka yang menyembang dengan aku tu, awesome. 

---------------------------------------
Banyak cerita sebenarnya, tapi macam banyak sangat lah pula, kalau yang Guru Bahasa Arab, dorang ambil guru Luar negara, patut lah ada pak Arab dalam bilik menunggu interview tu.

Lepas tu ada sorang guru perempuan tu sembang dengan aku, dia kata dia amek jawatan tuk Bahasa Arab, lepas tu saya pun tanya 

"Awak negara apa?"
Dia kata Vietnam....
oh orang vietnam tapi bahasanya ada macam melayu, tak ingat dah bangsa apa dia sebut keturunan dia tu. 
Dia belajar kat Malaysia, then apply Guru Bahasa Arab warganegara luar. Nama apa tak ingat aih,, sorry sis. hehe.


Bilik homestayku
Dapur homestay

Sarapan Pagi di Cafe JAIS




Bilik Sakinah, daftar

Menunggu, tertunduk kaku semua, haha. 


Tesco Rawang


*Updated: Pada 22 Julai 2021, Result telah di emailkan kepada yg dapat, katanya ambilan untuk yg dpt tu sramai 23 org,
tahniah kepada yg dapat, dapat mengubah taraf hidup. 👏👏

Manakala yg lain, sedang mencoba SPP, semoga ada rezeki untukku amin.

Monday, January 18, 2021

GRADUATION DAY 2020 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ke hadapan anak-anak,

cucu-cucu,

di sini nenek ingin kongsikan gambar GRADUASI TANPA MAJLIS , hehe.


Aku baru terfikir nak tulis entry tahun 2020 padahal dah masuk 2021 nie



PANDEMIK COVID 19 2020


Pada Disember 2020, aku dan adik aku telah pergi ke OUM Tanjung Malim Perak untuk menyambut Graduasi Diploma Lepasan Ijazan Dalam Pengajaran..


Dalam 1 sesi pengambilan Sijil dan Transkrip hanya 1 keluarga dibenarkan, dan masa yang diberikan untuk feeling-feeling tangkap gambar atas PENTAS GRADUASI adalah selama 2 jam .


Jubah boleh bawa balik dan sewa ya,, selepas bertungkus lumus tangkap gambar di atas pentas, keesokan harinya kitaorang 

outdoor dekat Splash Selangor, Empangan Selangor, Pertak Kuala Kubu Bharu.


OUM bagitahu kalau nak MAJLIS GRADUASI SEBENAR adalah dijangka pada tahun 2022 setelah pandemik Covid 19 reda .... :D


Itu sahaja, tak banyak benda nak cerita, 

Pergi OUM hari sabtu dan pulangkan JUBAH KONVO hari selasa. Selepas pulang  jubah baru dia bagi TRANSKRIP.


Lepas habis belajar , aku terus appy Job JAIS, MARA, berkaitan Pegawai Pendidikan.


Setakat nie dua-dua dah disuruh Online Exam , ada yg dipanggil interview tangguh pulak sebab PKP* [Selangor] *Perintah Kawalan Pergerakan.

Mohon doa kalian, harapnya dapat lah aku jawatan tu ye.. 


Memandang ramai buat entry pengalaman temuduga hasil aku buat carian google,

aku pun nak buat lah nanti 😁.







GAMBAR EPIK PENJARAKAN SOSIAL 
PANDEMIK COVID 19 (2020 till ? )

Thursday, December 24, 2020

Postgraduate Diploma in Teaching

 

.

Assalamualaikum,

dah lama tak tulis blog,

bila ada perkara besar-besar ja baru kita update,

PGDT

Post Graduate Diploma in Teaching

Diploma Lepasan Ijazah dalam Pengajaran


Bertempat di Open University OUM Tanjong Malik, Perak.


Sep 2018 hingga Sep 2019

[Setahun]


Disember 2020 [ konvo ]


Aku dah apply dah hari tu dua job yg require PGDT, doa je lah dapat.

Sebelum ni adalah appy Guru Interim, apa ka hal nya tak lepas ujian psikometrik? 

Lepas tu kawan aku cakap, soalan berulang sebenarnya , jawapan kene tele🤔.


Kena buat persediaan dengan lebih kukoh gamaknya.


Taqwa pada Allah, rezeki akan dtg, jalan mana sekalipun, kalau bukan jalan Interim, tak pa lah.


La ni my shopee: aliakinah ordere sokmo masuk tapi komisyen biasa² ja sebab tak pegang stok haha.


Yg penting kena rajin, hai.. sibuk keja skolaaaah.


Aku dah nampak kalau aku buat betul² bussiness online walau tak pegang stok, aku boleh dapat lebih lagi. Tapi aku buzy keja skolaah hehe.


tak apalah.. Bersyukur