JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Monday, November 18, 2019

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI KL TOWER
SRA KUALA KUBU BHARU 2019

1.0 NAMA PROGRAM
    1.1 PENGENALAN
        Nama program ini ialah Lawatan Sambil Belajar ke KL Tower Sekolah Rendah     Agama Kuala Kubu Bharu 2019.
    1.2 MATLAMAT
    Lawatan sambil belajar ini diadakan bermatlamat memenuhi aktiviti ko–kurikulum Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu. Lawatan ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada murid melawat sambil belajar dan menimba pengalaman yang berharga. Lawatan ini dikhususkan untuk murid tahun  tiga dan empat yang diharap dapat mengembangkan pemikiran dan sebagai hiburan hati selepas menghadapi peperiksaan akhir tahun 2019 agar mereka lebih bersemangat di dalam pelajaran di masa akan datang.
    1.3 SASARAN PESERTA
        Sasaran peserta ialah murid darjah tiga dan empat beserta guru-guru darjah 3 dan     lain-lain guru SRA Kuala Kubu Bharu.
    1.4 BILANGAN PESERTA
        Bilangan peserta adalah seramai 44 orang peserta iaitu 8 orang dewasa dan 36     orang murid-murid.
    1.5 TARIKH LAWATAN
        Tarikh lawatan adalah pada 09  November 2019 bersamaan hari sabtu.
    1.6 JANGKA MASA LAWATAN
        Jangka masa lawatan adalah sehari dari jam 5:30 pagi hingga 4:00 petang.
    1.7 DESTINASI LAWATAN
        Destinasi lawatan ialah Kuala Lumpur Tower, Mini Zoo, dan Blue Coral     Aquarium.




2.0 OBJEKTIF LAWATAN
    1.    Memberi pendedahan kepada murid tentang pemandangan alam sekitar yang             indah menunjukkan kebesaran Ilahi.
    2.    Menambah ilmu dengan belajar mengenai pelbagai haiwan dan menghargai alam             dan makhluk ciptaan Allah.

    3.    Menimba pengalaman baru dan membuka minda murid-murid.

    4.    Mengeratkan silaturrahim antara guru-guru dan murid-murid agar timbul perasaan         kasih sayang dan saling hormat-menghormati.

3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI
    Pada tarikh 9 November 2019 bersamaan hari sabtu, murid-murid berada di sekolah pada jam 5:30 pagi dan berkumpul di surau untuk melaksanakan solat subuh berjemaah. Bas kemudian bertolak dari SRA Kuala Kubu Bharu pada jam 6:00 pagi. Semua murid-murid dan guru sampai awal di KL Tower pada jam 7:00 pagi. Murid kemudian berkumpul untuk sarapan di Theater KL Tower pada jam 8:00 pagi dan seterusnya meneruskan aktiviti naik ke KL Tower pada jam 9:00 pagi. 

    ATURCARA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL TOWER

05.30 pagi                : Berkumpul di SRA Kuala Kubu Bharu. 
06.00 pagi    : Bertolak dari SRA Kuala Kubu Bharu.                   
08.00 pagi    : Sarapan Pagi.
09.00 pagi    : Tayangan Menara Kuala Lumpur
10.00 pagi   
  • Observation Deck
  • Sky Deck
  • Sky Box
11.00 pagi                : Lawatan ke Mini Zoo
12.00 t/hari                : Lawatan Ke Blue Coral Aquarium.

1.00 t/hari    : Makan T/hari
2.00 petang    : Solat Zuhur di Masjid Negara 
3.00 petang    : Minum petang & bertolak balik 
4:00 petang    : Sampai di SRA Kuala Kubu Bharu.
   


4.0 SEKITAR AKTIVITI LAWATAN 
    Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti lawatan di KL Tower:
    1. KL TOWER 
   
    Para guru dan murid-murid bergambar di mercu tanda KL Tower.
  • Gambar di Sky Deck

  • Gambar di Sky Box




  • Gambar dari Observation deck


2. MINI ZOO
    

3. BLUE CORAL AQUARIUM
   





4. MASJID NEGARA
Murid-murid singgah solat Zohor di Masjid Negara.

5.0 PENUTUP
    Program lawatan ini amat menarik minat para pelajar untuk belajar perkara yang baru, seperti mengatasi gayat di tempat yang tinggi, belajar mematuhi arahan guru di luar kawasan sekolah serta berkerjasama antara satu sama lain. Di samping itu pelajar telah dapat mengenali dan meneroka pelbagai haiwan di samping mendapat sijil melawat zoo. Program lawatan ini diharap dapat memberi faedah berterusan kepada semua pihak terutamanya kepada semua warga sekolah dan individu yang terlibat.

Disediakan oleh,                                  Disemak oleh,


.................................................................                           ...............................................
( ALIA SAKINAH BINTI AHMAD TERMIZI)          ( ROSLIZA BT HASSAN)
Guru Tahun 3,                              GPK HEM,                                
SRA Kuala Kubu Bharu,                      SRA Kuala Kubu Bharu,                                                                                         Hulu Selangor,                          Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan.                      Selangor Darul Ehsan.                                             


Disahkan oleh,



........................................................................
(NORMAH BT MD SAIH)
Guru Besar,
SRA Kuala Kubu Bharu,
Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan.