JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Monday, April 26, 2021

PENGALAMAN BUKA AKAUN ASNB di PEJABAT POS KKB

 .

.

Assalam


Aku nak cerita pengalaman sahaja,

aku ni tak pernah buat urusan asb, tapi hakak kaunter tu marah-marah macam kita ni tahu benda tu, tapi kita tak buat benda tu. Padahal kita tak tahu apa-apa. Aku citer kat skolah, kakak kat sekolah kata, kau sound je org prangai mcm tu. Aku ni jenis terkesima kalau pertama kali, tapi kalau kali ke-2, siap lah kau.


26 April 2021

Isnin

12:15 tghari (lebih kurang)

Aku ambil nombor giliran dan pergi kaunter no 2 Pejabat Pos KKB.


Me: Saya nak buka akaun Asb

Akak kaunter: Untuk siapa ?! 

Me: Saya

Akak kaunter: Dah isi borang belom??! 

Me: Belum. 

Akak Kaunter: Isi borang ni bla bla bla,

Me: ok, ni boleh hantar esok lah ye?

Akak Kaunter: (angguk dengan dahi berkerut)

Me: (hidup kat dunia ni, kalau rasa layan orang dengan muka berkerut dapat masuk syurga, teruskanlah buat macam tu pada orang yg perlukan khidmat awak)

.

.

Aku terkesima dengan sifat makcik kaunter tu :D ,, 

hai lah makcik kaunter, tak jaga adab sopan santun bermasam muka dengan pelanggan, kalau nak buat aduan, malas pulak kan. 

Bila dalam dada takda sifat sabar di bulan Puasa, macam tu lah jadinya, bertambah pahala puasa.


 Aku penah je buat aduan tentang sikap pekerja dekat restoran terkemuka, aku buat aduan terus pada hQ dia, semenjak dari itu, bersopan santun sikit pekerja nya.

.

Aku pun tak boleh sabar nie, kalau dia buat kat aku ja takpa, tapi kalau dia buat kat semua orang, kat orang tua ka, semoga insaf lah ya.

.

.

Silap, lain kali kena rakam baru elok sikit, nampak penampakan. 


Borang daftar

Borang masuk duit