JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Friday, December 28, 2012

Sunday, December 23, 2012

Final exams

assalam, final exams will be on 2,3,7,8,13 of January.



"Ada 3 pusaka kebajikan,yaitu merahasiakan keluhan,merahasiakan musibah, dan merahasiakan sedekah." (HR Tabrani) ?

Tuesday, December 18, 2012

Gelombang Otak

assalamualaikum,

saje membebel sat, gelombang otak, tahukah anda otak kite mempunyai kuasa? iaitu its like wave from some one brain that touches others wave of brain . bahaha.

let me draw...


it means that the information will be received to the other one without saying any words? walaupun duk beribu batu jauh. LOL.

maknanye, kalo anak sakit duk jauh dari mak, babtu mak rasa tak sedap hati.
ataupun, rasa nk makan keow teow, tibe2 mmber masak keow teow , bahaha.

so, jom ar guna kuasa gelombang otak untuk saje2 test sampaikan rasa cinta anda trhadap doktor2 jami'ah.
ahaks.

i'm just kidding, but it is true, by the way, i tengah baca buku ni assalamualaikum.

Saturday, December 15, 2012

SUBHAANALLAH

ALHAMDULILLAH, 
segala puji-pujian hanya bagi ALLAH, 
yang sentiasa menepati janji-janjiNYA, 
WALAA HAU LAA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH.. 

:)


"2. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.

3. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. 
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. 
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. "
Surah at-Thalaaq : 2-3

*ayat seribu dinar.

Wednesday, December 12, 2012

Jalan Bahagia



Jalan Bahagia - Hijjaz


heee, lagu ni teringat masa kecik2 daddy pasang kaset dekat kereta kancil merah yang comel .
byk aih lagu hijjaz.. puteriku sayang, fatamorgana, rahsia alam, rindu, pelita hidup, haish banyak la.
hayati lirik nyew ok.


Bukan intan permata
Bukan paras rupa
Pandangan Tuhan pada manusia
Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia
Di sisi Tuhan itu yang utama
Siapa yang berbakti dengan ketabahan
Sabar menempuh ketentuan Tuhan
Baginya syafaat dunia akhirat
Kurnia Tuhan tidak terkira

Di dalam menjalani hidup didunia
Tiada lepas dari pancaroba
Kita yang diciptakan dengan kelemahan
Perlukan petunjuk panduan Tuhan
Tiada yang kuasa melainkan Dia
Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat
Tekun pada amal ibadah
Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran
Oh Tuhan yang Esa
Untuk-Mu kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat-Mu
Pandangan kasih-Mu
Pimpinlah kami jalan bahagia
Selamanya

dosa dan keampunan


الأنعام 120.

Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat), disebabkan apa yang mereka telah kerjakan.  

an-nisa' 110. 

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

Friday, December 7, 2012

instagram

wahahaha budak2 zaman sekarang ni mudah sangat lah halah halah terpengaruh? tertarik dengan benda yang menarik. huhu, :D 1st2 buat insta.. i taknak sape2 follow pun just suka2 tag gambar, orang cari jumpa gambar makanan. tapi... ada gak org follow, lagi satu i follow islamic accounts/photos tu antara tujuan first, tibe2 tertarik dengan  foods plak.. HUuu.. yelaa dah kita buat sesuatu tu mesti la kena bermanfaat kan.

wikipedia- Instagram is a free photo-sharing program and social network that was launched in October 2010. The service enables users to take a photo, apply a digital filter to it, and then share it with other Instagram users they are connected to on the social network as well as on a variety of social networking services. 
As of September 2012, Instagram had 100 million registered users.
http://en.wikipedia.org/wiki/Instagram

----> tekan ni instagram kinah

tapi FLICKR dah padam sebab i rase byk sgt gmbar mrepek walaupun same je banyak gambar makanan.

imtihan haasub ath-thani

Assalamualaikum!! ini adalah kedudukan kerusi dalam dewan peperiksaan computer hari ni !! dekat makmal computer ~~ 
so, dewan saya khz109 dan kerusi yang ke-38...08/12/2012....2:30pm-3:10pm
computer exam

--beberapa jam kemudian.... krik.. krik..

  wahaahaaa, pergh soalan dia tak senang, i got 14 out of 20.. compared to 1st exam i got 17 out of 20.
banyak gak hilang markah tu.. hopefully doktor tambah markah ameen !! semoga doktor baik hati tambahan pula doktor saya prempuan nak dekat melahirkan anak, doktor tu pregnant.

--beberapa minggu kemudian.. krik.. krik.. :D

  I dont know, mybe xdpt tambah kat situ huhu, tapi yg brtambah nye kat subjek lain . :)
say what? say ALHAMDULILLAH..

Friday, November 2, 2012

Program raya aidilAdha 1433

Kami makan daging lembu, kambiNg dan unta !!
DAging unta ok ja rasa dia, Lembu pun ok,
cume kambing biri2 bau dia krik krik ...

2/3 dewan al-Kindi adalah terdiri daripada akhawat

Ahli PERMAI (Persatuan Mahasiswa Irbid) adalah seramai 1500 lebih.
masa batch kitaorang datang Irbid adalah sama bilangan dengan senior yg sedia ada.. :D
bila batch lain datang lagi, lebih bilangan lagi dari bacth kitaorang . :D

Dalam dewan tersebut dapat memuatkan antara 700 or 800 orang dalam satu-satu masa, ada ja yg takdapat tempat duduk, sape suh dtg lambat . :D

masya ALLAH.





Wednesday, October 31, 2012

Laut mati Dead Sea


Assalamualaikum, hari tu saya gi jaulah Jordan time cuti raya aidil adha... 
salah satu tempat adalah laut mati.. huhu, besar jugak kawasan azab ALLAH ke atas kaum nabi Luth.. yep, membayangkan pernah wujudnya penempatan di laut mati kaum dahulu yg mendustakan nabi Luth melakukan maksiat sehingga akhirnya di azab ALLAH, huhu.. semoga amik iktibar, terfikir jugak orang yg datang laut mati suka2 main air dowang amik ke tak iktibar.... di katakan air laut mati 7x ganda garam dia berbanding laut biasa. dan memang pekat giler air dia bergaram..
بحر الميت
pijak atas garam, mkcik tu pun duk atas garam

sunset


“Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu. Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.

Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.
“Apa yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.
“Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali. ”
” Oh tidak. Tapi… bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.
Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth.
Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.
Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya.
Sebaik sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth.
“Wahai Luth! Bukakan pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukan mereka. Buka pintu ini cepat!” Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth.
“Wahai Luth! Engkau larang kami dari mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda,” jerit satu suara yang lain.
“Ya Allah, selamatkanlah kami,” doa Nabi Luth sambil memandang ke arah para tetamunya.
“Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini.”
Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.
“Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria.” Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.
“Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.”
“Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera. Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.”
Nabi Luth tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.
Namun baginda dapati suatu keanehan; tiada terbayang walau sedikit pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.
“Wahai Luth! Usah khuatir dengan ugutan mereka,” kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh salah seorang tetamunya. Baginda memandang tepat ke arah pemuda yang bersuara itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.
“Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat mengganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.”
Kini, barulah Nabi Luth sedar bahawa pembalasan dari Allah ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba… Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka itu ditarik, dan serta-merta segalanya makin kelam, hitam. Setiap mata telah menjadi buta. Akibatnya, keadaan menjadi hingar-bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung antara satu sama lain.
Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal homoseks di perut buminya.
Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang digelar sebagai `Laut Mati`. Ia adalah lambang kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.

Thursday, October 25, 2012

Qothoyif قطايف

Assalamualaikum warah ma tullah hi wabarakaa tuh ...
قطايف qothoyif

Qo tho yif adalah sejenis makanan arab . :)
texture dia like 'apam balik' balik Malaysia yg lembik bukan apam balik yg garing..

Cumenye, ianya dimakan dengan cream qisytoh atau cream susu, ATAU dengan coklat jenama 'Nutella' ke...
ATAU dengan jubneyh(keju) ATAU tak tau... :(

dan dilipat tepinye ala-ala karipap tapi tidak berkelim seperti carrypuff(karipap)

dan seterusnya, di sira dengan air gula ....

ada jugak digoreng dalam minyak panas!!

menarik bukan? saya tak pernah try goreng lagi...
apa lagi ttg qothoyif??

qothoyiff biasenye wujud time ramadhon dan juga perayaan hari raya..

:) ada sape2 nak tambah??

Monday, October 15, 2012

Keow Teow Goreng

Heeee sedapnye keow teow nieee...
Sedap sangat !!

Lokasi: Tesco Rawang..
Date    : Aug 19, 2012 9:38:22pm
Note   : makan2 dgn mak abah.

Keow Teow Goreng 


                                                       وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُون٨

5:88. "Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, 
                      dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya. "

Saturday, October 13, 2012

DREss


Irbin, Jordan


HEEeee..

يا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ 
مِنْ آيَاتِ اللَّـهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ


[7:26] Basmeih
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Friday, October 5, 2012

Family


Kinah, mia, mak..
lokasi: KLia
--time ni abah gi solat, anas tak ikot, Bhahaha.. abg asyraf pun tak ikot.. 

mak! mak! jgn lupa exercise~~"
---------------------------------------------------------------------------------------

hADith pilihan kiteee hari ini ialaaaaah:

1) Menyara Keluarga Lebih Afdhal

Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang-orang miskn dan wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala yang paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu”.

2) 
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Dan akulah yang 

paling baik dari kalian terhadap keluargaku.” (HR Ibnu Majah)

Thursday, October 4, 2012

habbatus sauda' / jintan hitam


“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit kecuali As Sam(mati).” 



Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)

Manfaat habbatus sauda':

1. Menguatkan sistem kekebalan

2. Meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan kewaspadaan
3. Meningkatkan daya ketahanan hormon
4. Meneutralkan racun dalam tubuh
5. Mengatasi gangguan tidur dan stress
6. Anti histamin
7. Memperbaiki saluran pencernaan dan anti bakteri
8. Melancarkan air susu ibu
9. Tambahan nutrisi pada ibu hamil
10. Meremajakan sel-sel kulit dan menunda proses penuaan
11. Nutrisi bagi makanan tambahan
-------------------------------------------------
Kebaikan habbatus sauda berdasarkan kajian
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3. Selsema Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic) Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile) Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis) Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
 Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
14. Rheumatisme
15. dan baaaaaanyak lagi.. semua..








*cari sendiri laaa... 

Friday, September 28, 2012

Hak Anak Yatim dan Orang Perempuan

Daripada Abi Syuraih Khuwailid bin Amru RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,

 “Ya Allah Sesungguhnya aku sangat mementingkan hak dua orang yang lemah iaitu hak anak yatim dan orang perempuan”.

*apa hak mereka?
:D

Tuesday, September 25, 2012

Selamat Belajar :D

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh !

Semester : Semester 1 2012/2013..
Status      : 3rd year student of Islamic banking & finance. zzz......

oh nampaknya maddah(subjects) buku-bukunye bukan main meneBAL..

Tulisannye bukan main berjELA.

hoho, makin lama mano la ado makin senang ye dak? zz..

just go on.. i'm gonna be bz..

so korbankan sume benda twittER, bloG, apo lagi sume benda la..
haa...

babai....

haa.... babai!!




Wednesday, August 15, 2012

an old diary of mine

salam :D 
Tiba-tiba rasa nak baca diary lame... and then.... i terbukak page bertarikh... 4/6/2009
masa ni ana form 5 ahaks..

"4th of June, 2009
10:00 am
Sometimes, mase aku tengah 
sidai kaen, aku nampak roket.... laju je 
dia terbang ngan membentuk asap yg 
panjang... Sometimes gak, helikopter bomba 
lalu, dia terbang rendah je kan... roket 
tu panjang halus je... Sometimes gak, 
aku dengar bunyi kapal terbang, pastu aku 
nampak la kapal terbang tu... Betol2 ngah 
sidai baju tibe2 tenampak... Bile aku nampak 
tu, aku terus menanam cita2, suatu hari 
nanti, aku akan flight somewhere and
I can see the world ... Selama nie, I just 
could see it up at 
the sky away from me.. 
Mase tu, xtwu la... wlaupun mse kcik pnah naik tapi x 
ingat la... ntah la... nk gi 
ke xnak luar negara..."

hak hak banyaknye kenangan terimbau kembali..
--------------------------

okay ak terbukak balik post ni pada tarikh 04 Jun 2014.

Thursday, August 9, 2012

doa ketika rasa terganggu / sepi / terjaga dari tidur ; terkejut / rasa tak puas hati / rasa di aniaya / ...


Hati ini akan tenang dgn mengingati ALLAH, u just perlu yakin …
[image-30.gif]
Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.
———————————————————————————————————————-
               بسم  الله  الذي  لا  يضر  مع  اسمه  شيء  في  الأرض  ولا  في  السماء  وهو  السميع  العليم
“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Sunday, July 29, 2012

Soalan bocor

Salam , HEhehe..  mana ada soalan bocor..
Tadi 2nd exam Asas2 Penjagaan Kanak-kanak.
أساسيات في رعاية الطفل ----

ni haaa soalan nyew......

 1 تحدث عن وظائف الأسرة؟
2 ما خضائص التنشئة الأسرية؟
3 تحدث عن أبعاد التنشئة الأسرية؟
4 تحدث عن أساليب الأسرية السلبية, وبين كيف تؤثر على شخصية الابناء؟

20 marks
i dapat berapa?? weh weh baru exam kooottt..
فإذا عزمت فتوكل على الله...
----------------------------------------------------------------------------------

*31st of July, 2012: SubhaanALLAH jibet/jibtu 'ala 'isyrin !! i got full marks, 20/20.
alhamduLILLAH... =)
-------------------------------

Tuesday, July 24, 2012

Penyebab Masuk Syurga


Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat ALLAH S.W.T belaka.”

 
(Muslim)
---------------------------------------------------------------------

Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan ALLAH, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.”

 
Riwayat Abu Daud
----------------------------------------------------------------------------

Friday, July 20, 2012

1st Ramadhan on Friday

Alhamdulillah. Berbuka puasa dengan member2 rumah Nab,Jiha,Syera and me.
Ditemani lampu liplap liplap.
Makan ayam masak lemak.
Buah syummam.
Air tamarind.

ye anak2 jom pi terawih kat masjid Jamiah al-Yarmouk.

Saturday, July 14, 2012

7 Kalimat yang Disukai Allah

7 Kalimat yang Disukai Allah

●Pertama adalah kalimat “Bismillah”, yang haruslah kita ucapkan pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

●Kedua, kalimat “Alhamdulillah” yang diucapkan pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

●Ketiga, kalimat “Astaghfirullah” yang diucapkan jika lidah terselip perkataan yang tidak patut atau ada tindakan kita yang tidak pantas. 

●Keempat, kalimat “Insya Allah”, yang kita ucapkan jika merencanakan untuk berbuat sesuatu.

●Kelima, kalimat ”La haula wala kuwwata illa billah”, yang diucapkan jika menghadapi sesutu yang tidak disukai maupun tidak diingini.

● Keenam, kalimat “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun”, yang diucapkan jika menghadapi dan menerima musibah.

●Ketujuh, kalimat “La ilaha illa Allah ” yang diucapkan sepanjang siang dan malam, hingga tak terpisahkan dari lidah kita.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, July 9, 2012

Asas penjagaan kanak-kanak

Bismillah. hehe..

Assalamualaikum... asas penjagaan kanak-kanak.
bayi---kanak2---remaja---dewasa--tua--meninggal..

Semasa peringkat pembesaran awal bagi kanak2 ya'ni dalam linkungan umur dari bayi hingga remaja..
ye masa ini adalah sangat penting dalam membina jati diri kanak-kanak dan akan mempengaruhi peribadi masa depannya.. emosi,keyakinan diri,berdikari, bla bla.. kanak2 yg cukup dapat kasih sayang parent adalah lebih positive perkembangan sahsiahnya apabila dewasa berbanding kanak2 yang kurang perhatian kasih sayang sama ada kurang bersama keluarga ataupun berlaku perceraian bla bla.

Ibubapa perlu mggalakkan anak2 supaya yakin pada diri mereka seperti mggalakkan mnyertai sesuatu di hadapan umum. Selain itu ibubapa juga harus mggalakkan anak2 untuk membantu ibubapa melakukan kerja2 rumah dan juga menolong abang2 dan kakaknya supaya ada kemampuan untuk bergaul dengan orang lain apabila di luar. pastu, ibubapa juga perlu menjaga dan mngasihi anak2 mereka sehingga mereka merasakan diri mereka di sayangi dan diperlukan dalam keluarga..
What else, selain tu budak2 ni harus la jugak diberikan sedikit penghargaan atau pujian berbanding hukuman la kan. Pastu kanak2 jugak perlukan kasih sayang, rasa aman, kebebasan dan bergantung pada diri, bergaul dgn orang, akhlak yg baik, perasaan bahagia, perlukan kejayaan,
So that semua keperluan kanak2 ni ibubapa perlu lah berikan kepada anak2 mereka untuk menjadikan mereka insan yang kamil dan mampu mmbangun dirinya. Sekiranya ad yg kurang dia akan mmberi kesan personality dewasanya huhu.....

tapi kan ada subjek 'keganasa rumah tangga' tapi saya tak ambil. so macam saya nak tahu lah apa kesan perkara2 negatif yg dihadapi oleh kanak2 dalam rumah trhadap prkembangan personaliti dia. huhu~~~
trauma?? kurang keyakinan?

So. ajar lah anak2 perkara2 yang dapat mmbuatkanya dapat bergantung pada dirinya, membangkitkan dirinya, tidak merasa lemah dan tidak merasa kurang yakin diri bla bla..

all these will effect their future life/behaviour/personality mybe and people can change to if they have chance i thought . huhu .. bla bla. life is not easy, if it easy than it not life. really??
--kurang yakin diri--

jom belajar psikologi !!!
kajian dibuat doktor/lecturer kata
kepandaian 70%pewarisan  30%persikitaran.
sumber??
tak buat research wahaahaha..
step by step..
i know nothing.. nothing!!!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berdakwah Dalam Medan Kewangan Islam

Salam.... step by step... i know nothing/a little.. :)
 Memilih perbankan dan kewangan Islam bukanlah suatu pilihan tetapi kewajipan.
Antara prinsip-prinsip asas ekonomi Islam:
  1. Prinsip kebebasan iaitu kebebasan menggerakkan sistem ekonomi mengikut acuan Allah SWT
  2. Prinsip keadilan iaitu memelihara hak-hak individu yang berkontrak atau berniaga agar tidak berlaku kezaliman
  3. Prinsip ihsan iaitu jujur dan berasa bertanggungjawab setiap akad atau kontrak yang dilakukan diperhatikan oleh Allah SWT.
http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/berdakwah-dalam-medan-kewangan-islam

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, June 24, 2012

Agar-agar cocktail / Agar-agar buahan-buahan campur ?

 Assalamualaikum !! wah dah lama tak tulis entry pasal makanan, wehehe. Mempersembahkan.. tada !!
osem ahaa. :D eiii senyum senyum cepat.

Agar-agar buah-buahan campur



Bahan-bahan:

900 ml air / 600 ml air
30 gram agar-agar / 20 gram
1 tin susu cair /
1 tin cocktail (ditapis amik buah dia je) / + nata de coco
200 gram gula (kalau nak manis lagi tambah lol)

Cara-cara:


1) masuk air masuk agar-agar dan sampai dia mendidih. KACAU
(sampai tak nampak di mata tali-tali agar-agar tersebut)

2) pastu, masukkan susu cair, dan juga gula.

3) ye anak-anak dah agak-agak tu, tutup api letak buah-buahan cocktail.

4) masuk dalam bekas, biarkan sejuk dulu baru masukkan dalam peti ais. wuyyo..


* sukatan agar-agar sebenar 'tanpa' susu cair 30 gram agar-agar tali 1000 ml air ? :P
http://citarasawan.blogspot.com/2011/02/jenis-agar-agar-dan-sukatan-air.html

Wednesday, June 13, 2012

mesin jahit , impian tercapai

Mini Sewing Machine 
£19.99

MINI SEWING MACHINE.. hik2~~ sukenye !! sila lihat post bertarikh:

Saturday, February 26, 2011 


Impian untuk memiliki mesin jahit telah tercapai . ALHAMDULILLAH.  :)  <---sengih malu-malu.

Walaupun tak besar, kecik pun jadi lah.
Pernah survey dekat C-TOWN, Arabella Mall. Mahal JD115.
Lepas tu bila datang balik, dah takda mesin jahit tu ;'(. Tapi mahal.

Alih-alih datang LONDON, ada plak yang comey hehe.
Dekat kedai Hobby Craft, Sheffield.
Price: £19.99
made in China O_o 




Monday, May 21, 2012

توت/ BERRY

Wah, wah, wah .. terujaa.. POKOK BLUEBERRY rupanya dekat di tingkap rumah kami.. :D

Mari kita saksikan kronologi pokok ni,

<------- musim shita'/winter gugur semua daun ..  
And then lebat daunnya , dan tumbuh buah, saya sangat pelik la,, apa benda la buah yang tumbuh kat pokok ni. Lama gak la dibiarkan soalan tu bermain di fikiran .. Lagi pula, budak2 arab budak kecil suka sangat pi dekat pokok ni, memokak ja...
--------->

Suatu hari, terdetik di hati tuk melihat dengan lebih dekat buah pokok ni. 
Mula-mula kutenung dari dalam tingkap, apa ka macam ketul2 kecik buahnya... and then.. 
i opened the window.. 
ada beberapa biji buah telah gugur di tepi tingkap.... . 
i took it..... and... it's look like 'berry' ?? 
haha, sebab penah makan dekat sekolah dulu 
dan dekat rumah KKB pun ada pokok tu , 
pokok jiran...




SubhanALLAH :D
Pastu i terus pi jumpa bilik sebelah tanya depa, 
"hangpa tau dak ni buah pa??
Minah tu kata, 
"erw macam ulat gonggok".   
   
LolZ, Minah lg sorang tak tau jugak..  i was so excited, browsing to search for 'berry' in arabic "توت" and... i found... http://www.addustour.com/ViewTopic.aspx?ac=%5CMiscellany%5C2012%5C05%5CMiscellany_issue1667_day11_id412707.htm#.T7pP-9zOVg8
!!!!! kah kah.. so its true, berry ..
Sorry, :D sangat teruja SEBAB sebelum buahnya muncul, 
tak terfikir pun,  pokok apa benda la yg mnyebabkan macam hutan dah pemandangan tepi tingkap ni .. 
:D tata... nak !!!!!! sedaaap
Hi gambar curi dari laman sesawang .. kalau dah masak, cam gini lah ..
*malam exam...........................

Friday, May 18, 2012

senarai barang yang perlu dibawa ke jordan

tajuk dia salah sama sekali, actually senarai barang yg perlu dibawa di mana2 sahaja anda berada, haha salah gak.. barang yg perlu di bawa kalau anda nak merantau jauh.

Sebenaqnye senarai brang ini ditulis sebelum my 1st flight ke jordan tempoh hari,

saje nak letak, semoga sape yg ter'google' boley dapat maklumat terutama budak2 yg nak berjalan ke negara orang lain cam daku nieyh..

Tuesday, May 15, 2012

Pesanan terakhir


Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  :') Sollu 'alannabiyina Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam.