JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Monday, October 30, 2017

Puas

Puas

Puas dengan caramu,
lemas dalam mengenalimu,
berjauh diri & hati,
jalan terbaik.

Tuhan, berikan aku yang lebih baik,
yang lebih luas jiwa aku,
bukan sempit selepas lemas mengenali.

Wahai Tuhan, berikan jalan,
jalan terbaik, meniti hari tanpa sekelumit benci dalam sesak dadaku memahami insan yang tidak ehsan.

Wahai Tuhan, jauhkan aku dari tahu orang yang hina akhlak, tapi manusia lain buTa dengan lagak nya yang tak sedar dosa.

Tuhan,  benar telah jauh lah hatiku ini, dengan manusia yg tidak ehsan, maka dekatkanlah hati ku dengan manusia-manusia yang ehsan.

Puas sangat sangat terasa hati dengan manusia tak beradab, Tuhan, berikan jalan selamanya aku hilang dlm pandangan manusia tak ber ehsan. Biarkan yang ehsan sahaja melihat aku.

Puas,
biar aku puas dengan hati,
sampai masa,
aku takkan main hati dah.

Sunday, October 29, 2017

Faham Kerja Tuhan

Bahagia dan Cemerlang.

1. Bahagia dengan Tuhan.

a. Kenal Tuhan
b. Faham kerja Tuhan

Orang yang bahagia dengan Tuhan ialah apabila faham kerja Tuhan.

Takrif kerja Tuhan ialah tiap-tiap sesuatu, setiap perkara, setiap hal, setiap kejadian setiap peristiwa, setiap keadaan, setiap gerak dan diam semuanya dari ALLAH swt. Samada sesuatu itu bersifat positif atau negatif pada pandangan manusia semuanya ada maksud baik daripada Tuhan, ada pengajaran, ada hikmah, ada didikan dan ada iktibar dari Tuhan. Kalau kita faham kerja Tuhan ke atas hamba-NYA tiada suatu pun yang merugikan melainkan semuanya berfaedah, bermanfaat dan menguntungkan terutamanya untung, faedah dan manfaat yang bersifat rohaniah dan maknawiyah.

Andainya tidak faham kerja Tuhan jangankan perkara negatif diterima sebagai negatif, tanpa melihat maksud baik dari Tuhan, tanpa melihat hikmah, iktibar, pengajaran dan didikan Tuhan, bahkan dalam hal positif pun tidak mendapat faedah dan keuntungan rohaniah dan maknawiyah.

rujukan: Shuib Sulaiman (2012), Prestasi Umat Cemerlang, Shah Alam, Syeikh Publisher, h. 85.

Sunday, October 22, 2017

Hari Terakhir

Assalam 'alaikum,

Hari ini hari terakhir cuTi seminggu persekolahan , sempena Deepa....

So, hari terakhir kitaorang melantak kat KFC, Selayang Mall, pastu TescO Bukit Beruntung.

14-22 Oct 2017.

Sabtu - Kenduri Khawin Rest House KKB, Kenduri Kesyukuran Pdg Golf
Ahad - Taman Millenium, KkB
Isnin - Berjaya Times Square
Selasa - Malam beli 5 burger ayam, tOsai
Rabu - Membasuh kain, beli pau RM2*5
Khamis - A Road Bike Race *Tour De Selangor & Secret Recipe, KKB
Jumaat - Hantar Mia Small Town BookshOp, cendoL kak JaH
Sabtu - Kenduri Khawin Bukit Bujang, Cendol Pak Samat & Galeri Seni KKB
Ahad - Selayang Mall, Tesco BB

ALHAMDULILLAH.

#Gratitude
j


Tuesday, October 17, 2017

Kasih

Kasih,

Aku mengasihimu kerna taQwa yang ada di dalam hatimu,

hilang taqwamu, hilanglah rasa kasih ku padamu. Tapi aku tetap ehsan, tapi tak kasih.

buatmu sahabaT ku.

Wednesday, October 11, 2017

Lembut FragiLe denDam Benci

Hati aku lembut,
paling lembut,
tapi kau kasar,
selalu kasar,

hati aku terluka,
hati aku benci,
paling benci,

sebab kau,
kau cipta kebencian dalam hati aku,
kau cipta jurang,
sebab kau yg cipta jurang,
dan sebab aku tak pernah berhak bersuara supaya kau tak terasa,
dan supaya jurang kita tak lebih teruk.

aku benci,
benci kasar,
tak pernah boleh rapat,
dengan si kasar.

aku tetap lembut,
dan bersama dengan orang² yg lembut hati,
lembut cakap,
tak tinggi suara, tak kasar.

pompuan tak pernah suka,
org yg tinggi suara.
event baby pun terkejut,
apatah perempuan yg dah tumbuh dewasa,

walaupun aku ganas luaran,
aku tak pernah suka org kasar cakap,
tenuk org macam tuuu~~…

*Hati aku dah cukup puas, dengan kebencian & jurang yg kau cipTakan.

Lagipun aku ada baca beberapa buku, dan aku dah faham tentang kebencian itu memang adatnya wujud, dalam kehidupan, sama ada simpan/luahkan. Jika diluahkan, orang akan faham, akan dapat ambil iktibar, pedoman panduan hidup, tak semua dalam dunia ini orang baik. Akan ada orang yang kurang baik, maka kiTa, hidup je lah, teruskan hidup, gagahkan jiwa menghadapi orang gila, bahagiakan hati bersama orang tak gila.

Like seriOusly , alia sedang membebel, kalau kau nak tahu lah kan, orang yg pendiam ni dia obsever. Lepas dia observe, dia boleh buat conclusion, dia boleh review yang kemain berkias, dia boleh jadi manusia yg common sense tinggi, haha~ whatever~~ dan org pendiam ni boleh jer benci org dalam diam, kau tuu,, sila jaga-jaga, sebab aku takkan pernah cakap aku benci kau,

kalau kau rasa kau tak jahat, takpayah risau, sebab aku takkan benci dalam diam dekat orang yg tak jahat.

Dan aku tak sedap hati nak buat jahat, walau aku rasa nak balas kejahatan orang, org yg buat perangai buruk, tolonglah~~ tapi aku selalu fikir, manusia boleh berubah kepada kebaikan, gi mampus lah time dia buat perangai jahat/hodoh, yg penting aku terus sebarkan kebaikan dekat manusia yg baik.

Tuesday, October 10, 2017

Takkan lupa

Aku takkan lupa kejahatan kau,
walau aku diam,
walau aku buat macam takda apa-apa,
walau kau gelak / lekehkan aku,

aku takkan lupa,
aku akan buat biasa,
sebab ALLAH yg Maha Besar membalasnya.

Aku takkan lupa,
Tuhan akan bela,
hamba² nya yg lembut hati,
yg lemah fizikalnya.

Kau buat aniaya kat org yg lemah,
kau akan jatuh,
dalam aku diam,
kau akan tersungkur dengan permainan kau sendiri,

ingatlah wahai kau lelaki,
kau fikir kau kuat? fizikal kau?
mulut kau?
kau lupa,
ALLAH yg bagi kau semua tu,
dan ALLAH jua yg boleh membalas kejahatan kau terhadap hambaNYA yg lemah.

Silakan perlekehkan ak seorang waniTa lemah fizikal,hati,
tapi ingat ALLAH yg ciptakan aku,
ALLAH jua yg boleh buat aku kuat, yg paling kuaT.

Aku diam, aku sabar, aku tengok,
aku tak harap kau jatuh,
tapi aku dapat lihat kesan kjahatan kau,
dlm kehidupan kau.

Friday, October 6, 2017

Bersangka baik


Bersangka baik,
kerna apa yang kita sangka terhadap orang lain, itulah kita,

bersangka baik,
walaupun orang yg disangka itu tidaklah sebaik yang disangka.

muahaha~~!!

Hari ni depaa wat lawak,
Watak: belakang ckit, me, kak Shu, 
depan ckit,  cik Pah & mizaa

Lokasi: Lorong nak gi bilik guru,

Kak Shu: Awat cik Pah jalan macam robot,
Me: haha!!
Mizah: Robot tak cukup bateri,
Me: muahahaha~!!
(terbahak-bahak aku gelak woi!!)

*Cik Pah sakit kaki,,

Nasib la sapa yg dengar aku gelak kuat, sbb memang kelakar gila, kbai.

Lagi kat rumah,
Me: "malam kang pasar malam",
Sister: "benda lak mlm ni bukan tarikh pasar Malam",
Me: "Pasar Malam Kalumpang",
Mom/sister: "KuLempaang kaang~~" ...

Semoga adik-adik membesar dengan cemerlang, haha. 

Thursday, October 5, 2017

Aku nak cakap

Caner erk aku nak cakap,
benDa nie penting,
sebulan sekali,
huhu,
sakit,
aku rasa dOwn gilaa-giLaaa..
bila 1st day dtg buLan,
sebab aku rasa sakit,
aku rasa takda kekuatan,
siapa, apa, mana kekuatan aku bila aku sakit.
sehari sebulan jer rasa camtu,
ader ke yang nak faham aku.
sakit yg xterdaya kerja,
...
UPKK hari ke-4,
aku sakit periOd,
kakak nie nak dekat setahun x periOD selepas bersalin anak ke-2, dia kata pening, stress nak marah, kadang lesu, tapi kuat kan jer,
kesian kan jadi perempuan,
Pencipta tahu rahsia,
setiap ciptaan tiada yg membawa kepada sia-sia, cuma manusia ja, syukur/kufur.

Monday, October 2, 2017

Tarbiyah hati

Tarbiyahkan hati,
tak semua orang sayang kita,
dan tak semua orang benci kiTa.

SubhaanALLAH, a very nice tarbiyah.
------------------------------------
Perkongsian dari Islamic group whatsapp:

🔴 Ummi tarbiyyahkan adik pasal org benci .org tak suka kita

✅Adikku sayang. Ingatkan hati tidak semua manusia suka aku. Dan tidak semua manusia membenci aku. Kadang-kadang kita rasa kita tak susahkan orang lain, tak mengumpat tentang orang lain, tak mengganggu hidup orang lain tetapi ada juga yang menabur fitnah dan membenci. Itu kebiasaan dik terutama apabila adik menyebarkan kebaikan. Kita semua tidak sempurna. Maafkan dan dirimu akan lebih tenang.

Seandainya kita sememangnya tidak melakukan kesilapan, kenapa mahu bersedih? ALLAH sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Jika mereka membenci kita dan menyakitkan hati kita, itu dosa mereka. Kita tak rugi apa-apa, yang perlu kita sedih bukan sebab mereka membenci kita tetapi jika kita membenci orang dan cuba menyakitkan hati mereka. Kerana perbuatan itu akan membuatkan kita hampir dengan dosa. Berdim diri saja. Biarkan mereka mengalirkan pahala untuk kita. Api akan makin marak bila disimbah dengan api. Laungkan azan(buat kebaikan) agar api itu menunduk. ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Rasulullah sendiri ditentang walaupun Baginda adalah insan yang terbaik. Muhasabah diri, baiki kelemahan diri dan mantapkan hati.

Pengalaman ummi sendiri pun banyak kena fitnah, bila balas lambat bersangka buruk, sebar aib untuk jatuhkan kita, mengumpat sana sini, tapi bila kita bersabar, ALLAH tunjukkan kebenaran, mereka yang datang meminta maaf. Ummi lebih suka berdiam diri, ambik mana yang perlu untuk baiki diri. Itu sahaja. Jika difikirkan hati kamu yang akan tersakiti.

Andai ada yang membenci, masih ada yang menyayangi. Teruslah sebarkan kebahagiaan, jangan undur diri. Letakkan ALLAH di hati, dekatkan diri dengan-NYA, kekuatan akan mengalir tanpa henti.

~^O^~ ❤

-siput pink-