JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Tuesday, January 28, 2014

morocco

nama aku,

http://membersof5kaa09.blogspot.com/2010/04/dermasiswa-zakat.html

2010

Membayar hutang apabila berubah nilai matawang


Pada tahun 1963 Ali berhutang kepada Bakar sebanyak 30sen. Dan Ali membuat pembayaran hutang 30sen tadi pada tahun 2014

Persoalan adakah sama nilai 30sen 1963 dan nilai 30sen 2014, dan apakah wajar membayar nilai yang sama 30sen di mana dulu boleh beli kueh macam2 jenis, sekarang 30sen satu kueh pun tak dapat beli kot.

Ringkasan jawapan:
---keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa 1998 di Kuwait memutuskan membayor ikut jumlah yang sama (بالمثل) dan bukan mengikut nilai semasa (القيمة) kerana hutang dilangsaikan dgn yang sama jenis dan serupa walaupun kuasa beli semasa sudah jauh berbeza.

---3 pendapat ulama' silam tentang nilai matawang yang sudah berubah, apakah bayar ikut jumlah yang sama atau bayar ikut nilai semasa.
 a) Imam Abu Hanifah, mazhab Maliki, mazhab Syafi'i dan Hambali.
     -wajib bayar jumlah yang sama seperti akad pinjaman di buat tanpa tambah atau kurang.
 b) Imam Abu Yusof dan sbahagian fatwa dari ulama mazhab Hanafi.
     -wajib ke atas peminjam memulangkan nilai yang sama ketika pinjaman dilakukan.
 c) Sebahagian ulama mazhab Maliki.
      - Fatwa mereka adalah, sekiranya perbezaan nilai itu besar maka wajiblah memulangkan menurut nilai barunya, teteapi jika perubahan tidak ketara dan besar, cukup memulangkan jumlah yang sama tanpa mengira nilai. contoh: 
#contoh= nilai semasa= 1963=30sen, 2014=30sen=1.50sen lah bayar

Menurut ust Zaharuddin secara peribadinya lebih cenderung kepada membuat pembayaran mengikut nilai semasa atas dua sebab yang dikemukakan oleh Syeikh Dr. Siddiq Dharir iaitu: 

1) Ia lebih hampir kepada keadilan bagi kedua-dua pihak dan ALLAH mengarahkan kita bersifat adil dalam semua pihak.
2) Dapat menolak kemudaratan bagi peminjam dan pemberi pinjam dan termasuk dalam kaedah umum Islam iaitu : 


لا ضَرَرَ ولا ضِرَرَ 
Tiada memberi mudarat dan membalas kemudaratan.

Saranan adalah dinasihatkan supaya menetapkan cara pembayaran di awal kontrak sama ada pembayaran terhadap jumlah yang sama atau mengikut nilai semasa.. untuk mencapai keadilan dan seterusnya mengelakkan riba. wALLAHu 'alam.

rujukan: Abd Rahman, Zaharuddin, Riba dan Isu Kewangan Semasa, cetakan pertama, Selangor, Tihani Cetak Sdn. Bhd, 2010, Pembayaran Hutang Apabila Nilai Mata Wang Berubah, m/s 121. Bitasarruf kabir (olahan besar)? بترصف كيبر

Tuesday, January 21, 2014

Complement

أهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَتَ رَبِّكَ ۚ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُم مَّعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۚ وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَتَّخِذَ بَعْضُهُم بَعْضًا سُخْرِيًّا ۗوَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ ﴿٣٢

Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu?

Kami-lah yang menentukan penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan(memanfaatkan kelebihan dan kekurangan masing-masing) sebagian yang lain.

Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS. Az-Zukhruf: 32)

Ketinggian derajat dari segi kelebihan harta si kaya membantu si miskin, dan ketinggian derajat perkara-perkara yang lain dapat di aplikasikan dalam ayat di atas iaitu supaya dapat memanfaatkan antara satu sama lain.

Terjemahan surah az zukhruf ayat 32 melayu 

Friday, January 17, 2014

Mendapatkan perhatian manusia

Menyucikan diri daripada keinginan untuk 
mendapatkan redha manusia dan penghargaan duniawi.

Sanadi, Wan Ahmad, JOM! : Antara Redha ALLAH dan redha manusia, isu 11, Selangor, Percetakan Maju Jaya Sdn. Bhd, 2013, hlm. 16.


Monday, January 13, 2014

Anas


Anas dekat library Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).

beliau berkata: nanti kau dah kerja bagi aku duit, duit hahaha. 
                      
------------------
tibai je ckp english.

Sunday, January 5, 2014

Indah Perjalanan

Keindahan perjalanan disertai kegigihan
Tuhan je yang tahu keindahan lukisan perjalanan
Keindahan itu dinukilkan tidak semestinya untuk umum,
dalam diari buku pun boleh ~

Setiap fasa perjalanan, ada jalan ceritanya yang tersendiri,
mulanya dengan merangkak,
bangun perlahan-lahan berjalan, ada luka-luka jatuh dalam proses mahir berjalan,

Matlamat harus ada, biar orang tak tahu,
masing-masing tahu dia nak apa,

rezeki, ada  banyak punca pintu rezeki,

comelnye lukisan perjalan tu !!
JOM melukis!