JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Wednesday, March 10, 2021

TEMUDUGA JAIS PEGAWAI PENDIDIKAN DG 41 KONTRAK

 

Bismillahhirrahmaanirrahim
Assalamualaikum wbrkth

Jadi hari ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman interview Pegawai Pendidikan DG 41 Kontrak JAIS ya, ku coretkan sebagai kenangan dan panduan.


10 MAC 2021 ( Rabu )
8.00 pagi
Bangunan Sultan Idris Shah, JAIS
Shah Alam, Selangor.
Aras G , bilik Sakinah.

Jadi malam tu saya dan family menginap di Lawang Suite Hotel, Vista Alam. 
Saja menginap di homestay sebab pagi tu takut letih jika bertolak dari rumah. :D 
Jika bertolak dari rumah di Kuala Kubu Bharu mungkin kena keluar rumah jam 5:30 pagi.


SO kita ringkaskan untuk hari kejadian ada dalam 3 bilik untuk temuduga.
 1 bilik untuk1 hari dalam 15 orang sahaja. 
Ada sesi pagi dan petang, saya sesi pagi.
Bilik 2, Tingkat 6, saya adalah orang yang ke 7.

Cara temuduga musim Covid-19 ni, dia akan panggil sorang-sorang masuk bilik. Dia akan bunyikan loceng dan masuk kalau you all dengar loceng. Tempoh masa seorang untuk ditemuduga dalam tu, dalam setengah jam juga, bergantung korang borak apa atau bergantung soalan apa yang panel temuduga tu tanya.
Macam saya tunggu dari jam 8 pagi hingga 11:30 pagi baru masuk bilik temuduga :D

--------------------------------
Ahli panel tanya apa ?
Saya ringkaskan sahaja ya,

* Perkenalkan diri, macam saya perkenalkan diri dalam Bahasa Arab atas permintaan diri sendiri, "Saya perkenalkan diri dalam Bahasa Arab?" haha, pastu sembang panjang-panjang haha, sampai penemuduga macam tanya soalan wajib di tanya dalam 3 hingga 4 soalan sahaja kot lah.
* Isu semasa Covid-19 di Selangor, apa cerita?
* Kalau dapat jawatan, nak MITS mana, sanggup tak pindah,
* Sanggup tak buat keja banyak, macam-macam dokumen kena urus.
* Kalau dapat jawatan tu, tiba-tiba dapat jawatan lain, nak buat apa ha?
* Apa yang boleh disumbangkan kepada organisasi sekiranya dapat

Lepas tu sebenarnya macam-macam soalan yang akan di tanya oleh ahli panel, terutama berkaitan Selangor, korang boleh google haha, untuk saya ahli panel cuma tanya macam atas tu ja .

Manakala perkongsian dari ''group" , dorang kata ada ahli panel yang nak kita bercakap dalam Bahasa Arab haa sudah. Ada juga yang tanya pasal Sejarah Malaysia sebab subjek yang ada kekosongan tu ada subjek Sejarah haa sudah haha. Mock teaching takda pun, mungkin ada atas permintaan ahli panel penemuduga, dan juga atas kerelaan kita untuk tunjuk power ke.


_______________________

Dan pada akhirnya, ahli panel interview tu habaq kat aku, you punya pencapaian akademik bagus, tapi kekosongan subjek dini sikit, yang banyak adalah kekosongan subjek akademik, seperti Matematik, sejarah, sains, rekabentuk teknologi haa sudah, haha. Bagitau ja, boleh, boleh, boleh ajar semua hehe.

Begitulah kisahnya, sekian terima kasih.

-----------------------------------
Sementara itu, dapat berbual dan bertemu dengan beberapa orang yang sama-sama interview tapi aku tak tanya nama, hehe tengah nervous tak mau lah tanya nama, sembang gitu-gitu je lah. Dan mereka-mereka yang menyembang dengan aku tu, awesome. 

---------------------------------------
Banyak cerita sebenarnya, tapi macam banyak sangat lah pula, kalau yang Guru Bahasa Arab, dorang ambil guru Luar negara, patut lah ada pak Arab dalam bilik menunggu interview tu.

Lepas tu ada sorang guru perempuan tu sembang dengan aku, dia kata dia amek jawatan tuk Bahasa Arab, lepas tu saya pun tanya 

"Awak negara apa?"
Dia kata Vietnam....
oh orang vietnam tapi bahasanya ada macam melayu, tak ingat dah bangsa apa dia sebut keturunan dia tu. 
Dia belajar kat Malaysia, then apply Guru Bahasa Arab warganegara luar. Nama apa tak ingat aih,, sorry sis. hehe.


Bilik homestayku
Dapur homestay

Sarapan Pagi di Cafe JAIS




Bilik Sakinah, daftar

Menunggu, tertunduk kaku semua, haha. 


Tesco Rawang


*Updated: Pada 22 Julai 2021, Result telah di emailkan kepada yg dapat, katanya ambilan untuk yg dpt tu sramai 23 org,
tahniah kepada yg dapat, dapat mengubah taraf hidup. 👏👏

Manakala yg lain, sedang mencoba SPP, semoga ada rezeki untukku amin.