JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Monday, May 21, 2012

توت/ BERRY

Wah, wah, wah .. terujaa.. POKOK BLUEBERRY rupanya dekat di tingkap rumah kami.. :D

Mari kita saksikan kronologi pokok ni,

<------- musim shita'/winter gugur semua daun ..  
And then lebat daunnya , dan tumbuh buah, saya sangat pelik la,, apa benda la buah yang tumbuh kat pokok ni. Lama gak la dibiarkan soalan tu bermain di fikiran .. Lagi pula, budak2 arab budak kecil suka sangat pi dekat pokok ni, memokak ja...
--------->

Suatu hari, terdetik di hati tuk melihat dengan lebih dekat buah pokok ni. 
Mula-mula kutenung dari dalam tingkap, apa ka macam ketul2 kecik buahnya... and then.. 
i opened the window.. 
ada beberapa biji buah telah gugur di tepi tingkap.... . 
i took it..... and... it's look like 'berry' ?? 
haha, sebab penah makan dekat sekolah dulu 
dan dekat rumah KKB pun ada pokok tu , 
pokok jiran...




SubhanALLAH :D
Pastu i terus pi jumpa bilik sebelah tanya depa, 
"hangpa tau dak ni buah pa??
Minah tu kata, 
"erw macam ulat gonggok".   
   
LolZ, Minah lg sorang tak tau jugak..  i was so excited, browsing to search for 'berry' in arabic "توت" and... i found... http://www.addustour.com/ViewTopic.aspx?ac=%5CMiscellany%5C2012%5C05%5CMiscellany_issue1667_day11_id412707.htm#.T7pP-9zOVg8
!!!!! kah kah.. so its true, berry ..
Sorry, :D sangat teruja SEBAB sebelum buahnya muncul, 
tak terfikir pun,  pokok apa benda la yg mnyebabkan macam hutan dah pemandangan tepi tingkap ni .. 
:D tata... nak !!!!!! sedaaap
Hi gambar curi dari laman sesawang .. kalau dah masak, cam gini lah ..
*malam exam...........................

Friday, May 18, 2012

senarai barang yang perlu dibawa ke jordan

tajuk dia salah sama sekali, actually senarai barang yg perlu dibawa di mana2 sahaja anda berada, haha salah gak.. barang yg perlu di bawa kalau anda nak merantau jauh.

Sebenaqnye senarai brang ini ditulis sebelum my 1st flight ke jordan tempoh hari,

saje nak letak, semoga sape yg ter'google' boley dapat maklumat terutama budak2 yg nak berjalan ke negara orang lain cam daku nieyh..

Tuesday, May 15, 2012

Pesanan terakhir


Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  :') Sollu 'alannabiyina Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam.

tentang wanita O_o

1) wahai wanita banyakkan bersedeqaH dan beristighfar memohon ampun:


Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka. Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka? Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama. (H.R. Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka. Ketika itu ku lihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir. Baginda s.a.w ditanya oleh seseorang: Apakah mereka kafir kepada Allah? Jawab Rasulullah s.a.w: Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata: Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun! (H.R. Bukhari)

2) Wanita dunia lebih baik dari bidadari syurga: 

Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

3) lagi lagi? nanti la :D



Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ...

Bismillah. Assalamualaikum 

 وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّـهِ ۚ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٢١٨


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)]

:D .. salam nak membebel lagi, ingat dok saya  membebel pada entri sblom ni ? zass, pedas pedas..

saya dop suka ramai org la, saya rasa jiwo dop serasi la.. 

padahal baru saya nampak apa benda baiknya... ramai malazia best ruponya ley wat study group, boley bukak kelas ngajor org, padahal ngajor member sendri 3 org jak. Merapatkan ukhwah juga bersama kakak kakak senior tercinto. Makanya.. 

"Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."

Makanya di sini, bile kito nengok betol2 beramal betol2 buat suruhan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah hidup kito bahagio jo ok.. 

Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku. 

nah !! tak sesat hidup hang kat dunia . zass. pedas pedas. 

Monday, May 7, 2012

hadis logam. .. ..?? + bebel


slm, haaaa... ak tengah pikir, pikir..pikir.... ak ada logam ke?? hermm.  :)  herm, ada la kut..confuse..

hal lain--
erk, jiwa rasa x serasi. tiada kaitan sapa2.
 keserasian amat penting hik2.
kefahaman juga penting,
kalo tak faham, mmg payah la jadi situasinya,
that's why kita kena selalu berdoa, kita ni lemah, mohon pada Allah.
agar tabah terhadap segala resah,

erk, attitude gua, haha, takpa, dlm proses, maafkan ak/saye/ana
ingat ALLAH hati tenang, takyah pikir pndangan manusia,
manusia byk ragam, mana yg annoying. lantak pi la~~ apa punya attitude buat cam gituh
ahaks~~

jgn terasa sapa2, ana tak mksudkan sapa2 , hik2.. ak ni nak ngata orang padahal diri sndiri punya attitude tak betol lagi hik2

itulah saya, bila exam ja baru rajin update blog~~ dah lama tak mmbebel dlm blog, alim sikit lately ni sb rasa byk dosa.. post2 benda2 yg bermanfaat ja..

semoga istiqomah dalam jalan kebaikan , moga Allah redha.
jgn cakap je pandai buat tak pandai.. ingat~~ note2me n others

**sorry la.. saya ni bukan jnis brlemah lembut sangat, saya ni kasar sikit haa~~ baca ap saya tulis 'bahasa takley lagi baik ke??' sb saya tak suka nmpak lemah, :) dh biasa dari kecik mggunakan kekerasan haha, takpa lepas2 ni, tulis bahasa bersopan santun ye kakaak ~~~"


Sunday, May 6, 2012

coretan



Dalam hati sentiasa ada rindu pada org2 y tersayang,
(^^,) v ... peace

Saturday, May 5, 2012

al-marhumah adik y tersayang :D

Assalamualaikum, hari ini birthday al-marhumah adik saya........
050512 ... a year has been passed...
Adik lahir pada 050500
dan kembali ke rahmatullah pada 060511
pada usia 11 tahun 1 hari  :D..
Al-Fatihah......

[[ اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها وأكرم نزلها ووسع مدخلها ]]
qolbina: Asma Diyana binti Ahmad Termizi (050500-060511)


Smestinya kami ahli keluarga merinduinya, detik2 indah yg dilalui brsama hanya tinggal kenangan.. terpahat kukuh di dasar hati, merindui ingin bertemu di syurga abadi. On our way...
Sememangnya rasa perit sedikit kerana sebahagian dari jantung hati telah pergi. Tapi semua tu ALLAH bagi pinjam, DIA yang punya, bila smpai masanya DIA amik balik dari kita, semuanya ALLAH yg punya ..



Dan milik Allah-lah apa yang ada di langit dan di bumi, & (pengetahuan) Allah meliputi segala sesuatu” 4:126




erm, camtu gak harta kita, kadang saya tak dapat nak explain orang yang berkira dalam mmbelanjakan harta/belanja beli makanan/.. harta tu tak bawak ke mana, tak perlu berkira, guna ja untuk kebaikan, apa lah sangat  kalo duit kita habis pun , nak takot buat apa, ALLAH kan ada.. DIA yang Maha Pemberi Rezeki .. 




“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan memberikan jalan keluar baginya. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya,” (QS. Ath-Thalaq: 2-3)”. 


...http://glagahcakra.blogspot.com/2012/03/10-cara-menjemput-rezeki.html#more


erm, harap komen dan betolkan atau tambahkan dan tegurkan dan husnuzzhon dan beri cara dan nasihat sekian