JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Saturday, November 18, 2017

Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu

Bismillah hirrohmaanir Roohim.
Assalam'alaikum,

Meh sini aku citer cikit perjalanan hidup aku.

Jun 2014 - Konvo
Nov-Dec 2014 - Kerani&s/u Peskubu
Mac 2015 - dapat surat Guru Ganti Bersalin.
Mei 2015 - Ganti Guru Bersalin untuk Ustazah Zarina, bekas guru masa tahun 2003
Ogos 2015 - Guru Ganti Guru Pergi Haji Ustazah Jamilah
September 2015 - di Offer untuk Guru Ganti Bersalin bulan Jan 2016 untuk Ustazah Mulyani
15 Oktober 2015 -Officially dilantik jadi guru SRA KKB
Jan 2016 - Darjah 2 Ibnu Sina
Jan 2017 - Darjah 3 Ibnu Rushd

*updated
Jan 2018 - Sambung DPLI , OUM
Mei 2019 - Tamat belajar
Dis 2020 - Konvo
Dis 2021 - Dapat tawaran job KPM (PPP DG41

Jawatan-jawatan yang dipegang di sekolah? dirahsiakan dulu. :P

Website SRA Kuala Kubu Bharu http://srakkb.blogspot.co.id/?m=0

Yang disebut hanyalah berkaitan sekolah sahaja, benda-benda lain yang banyak dan macam-macam anugerah, nikmat, yang ALLAH berikan pada aku, syukur ku panjatkan padaMU TUHANku,

TUHAN... segalanya telah ENGKAU tentukan,
terangi saja hatiku,
maaf ku selalu terlupa 
mensyukuri semuanya...

-Caliph Buskers feat Faizal Tahir


Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu
SRA KKB

Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu

Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu

Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu

Ustazah Alia Sakinah & Ustazah NorHana
ketika menjadi juri Azan KAMIL Peringkat Sekolah.
HAKP SRA KKB 2017 bersama Tok Penghulu Mukim Serendah En. Rusmi bin Minhat merangkap YDP PIBG SRAKKB 2017-2019
Dan ustazah Normah Bt Md Saih, Guru Besar SRAKKB

ditugaskan di bahagian AJK Hadiah

Majlis Graduasi Tahun 6 dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2017 Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu.
18 November 2017.

Pengalaman yang nice bahagian AJK hadiah, tahun lepas 2016 AJK disiplin, mOga bertambah lagi ilmu & pengalaman. Aameen. Tenanglah hati, muah!

Friday, November 10, 2017

Cerita tadi

Cerita tadi kat sekolah,

Lawak sangat wey,

Boleh pulak aku terkunci Semail (*Ismail*) dalam kelas. Tak boleh tahan.

Hari ni Jumaat, dalam 5 lelaki dan 1 perempuan ja datang kelas aku; 3 Ibnu Rushd.

Alkisah nya, pukul 3:00 pm semua kena pegi dewan Ar-Raihan,
aku pun suruh dorang beratur kat luar kelas.
Dan aku suruh Ismail, awak tolong tutup pintu belakang kelas, (*dari dalam).

Tiba-tiba kat luar hujan selebat-lebatnya habis lah kena hujan basah-basah, aku pun cepat-cepat tutup pintu depan kunci selak atas, dari luar. Aku memang kunci selak atas pintu depan kelas.

Dah tu nak gi dewan lah cepat sebab hujan basah an, aku kira kat koridor tu apasal 4 ja lelaki, patutnya 5? mana Ismail? aku bajet Ismail dah lari dulu turun bawah gi dewan. Pahtu aku tanya semua, mana Ismail? aku pun dok pandang depan, belakang sepanjang koridor, takdak pun Ismail. *Hujan masih lebat mencurah.

Tiba-tiba, aku nampak tangan keluar dari tingkap kelas goyang-goyang tangan dia.
" Ustazah~……"
Muahahaha!!!
Ekau kat dalam ke Semail?? hehe, sorry lah ustazah tak perasan terkunci awak kat dalam, dia gelak-gelak ja, Ismail tu jenis suka gelak-gelak; kelakar. dan rasanya dia nak dekat sama atau lebih tingggi dari aku, tapi perangai cam budak la..

Itulah dia cerita tadi.

Sunday, November 5, 2017

Majlis Konvokesyen Brother Sister

Layan gambar-gambar sikit.
Tahun ni adik lelaki sorang,
adik perempuan sorang konvo.

Almarhumah adik perempuan lagi seorang dah berada di alam lain, bukan alam dunia. Kami rindu adik bongsu kami. Tahun ni patutnya adik SPM. 2017. 17 tahun. Tapi umur adik sampai 11 ja. 2011. Jumaat petang asar.

Ahmad Anas
Diploma in Bussiness and Management
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah PSAS
Majlis Konvokesyen ke-19
 31/9/2017

Ain Amira
Bachelor of Library Science (Hons)
UNISEL Universiti Selangor
Majlis Konvokesyen ke-12
05/11/2017

Alia Sakinah
Bachelor of Economic and Islamic Banking (Hons)
Yarmouk Universiti, Jordan.
June 2014.