JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Saturday, April 16, 2016

mOod tak STabil

nama lain, unsTable MooD..
Bila nak dekat period je, mesti mood aku tak stabil..
bukan nya mOod nak marah-marah orang,
tapi mOod rasa nak menangis.. uwek, uwek! cam gitu haaa..
-----------------
Tapi aku keep cOol ja, walaupun kadang-kadang aku termenangis jugak.
----------------
Kadang-kadang sebab sakit tu memang la aku tangisi,
ni sebab yang entah tiba-tiba ja datang air masin dari mata.
---------------
Benda yang aku perasan masa kat Jordan, a week befOre period datang, tiba-tiba ja aku rasa sedih dan mengalirkan air masin,
every mOnth aku perasan macam tu.. pelik, tapiii benar..
---------------
Kadang-kadang air masin tu melibatkan hati , yelah hOrmon tengah tak betOlkan.. padahal tak pernah-pernah aku libatkan perkara hati pada hari-hari mOod yang stabil.
-------------------
Aku saja nak cOretkan perkara ni menjadi kenangan
atau pun bOleh dijadikan rujukan pada masa yang akan datang haha!!
------------------
Lagipun Post-pOst benda-benda berkaitan periOd ni banyak yang orang search bila depa tengah sakit cam aku.. aku tak nafikan perkara ni , :P
------------------
Kalau sesiapa yang sakit macam aku, keep cOol sis! I love you all. Sekian, terima kasih, Assalam..
-----------------
*ade gak rasa malu bila nangis, tapi benda-benda macam ni tak boleh rasa malu, sebab kebanyakan orang lalui benda ni, dan dorang berhak untuk tahu, lol k bye.
Label #senggugut :P

Hukum memenuhi undangan

Assalamualaikum,

I dont know why sesetengah orang di tempat aku , ada yang tak nak datang setiap kali ada majlis atau undangan.

Jadi di sini, janganlah ego, sombong merasakan diri itu hebat, merendah diri lah, kau tak ke mana dengan sifat hati yang tak redha dengan aturan Tuhan..

Ada orang-orang yang baik aku jadikan ikutan, yang berperangai sombong , tak sedar diri, tak redha, tak bersyukur dgn manusia, tak bersyukur dengan ALLAH, memang tak la nak kawan dgn org cmtu.

Aku pun bukannya baik, tapi aku cuba lihat mereka-mereka yang baik, dan aku ikut. Maasya ALLAH

Hadiri jemputan; penuhi undangan
Tarikh: Dec 06, 2009
Riwayat: (at-Thabrani)
Kategori: Munakahat

Hadith:
Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan
makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa
hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa
untuk keberkatan yang menjemput.

Huraian Hadith:
Hukum memenuhi jemputan ke majlis atau jamuan adalah
wajib sekiranya tiada perkara-perkara maksiat di dalamnya
dan tiada keuzuran syar'ie kerana ia adalah satu daripada
hak-hak Muslim. Walau bagaimana pun kewajipan memenuhi
undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang
tertentu. Antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai
keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri
undangan tersebut dan dalam majlis tersebut tidak ada
perkara mungkar seperti disediakan minuman arak,
mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau
bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya. Jika didapati
majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar maka
gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.

rujukan link:

http://www.islam.gov.my/e-hadith/hadiri-jemputan-penuhi-undangan