JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Thursday, December 7, 2017

Besar Jiwa


 Dengan nama ALLAH Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Salam sejahtera ke atas kamu semua.

 Aku dah puas rasa besarnya jiwa bergaul dengan orang yang beribu batu yang sebelumnya tidak pernah jumpa aku,
dan aku tidak faham bagaimana orang yang lahir di tanah yang sama dengan aku dekat Malaysia ini, dia tidak boleh rapat dengan bangsa dia sendiri.

 Itu jenis yang tidak boleh rapat lah, yang jenis rapat, bagus lah.

Aku minat psikolagi tetapi tidak dapat aplikasi hadapi orang yang bermasalah saikologi. 🤔 minat,, tetapi belajar ilmu nya takat mana sahaja,, haha.

Atas gambar dalam surau, bawah dekat bangunan Kuliah Syariah. 
Nusaibah and her friend.
Qomar my Somalian friend then sambung belajar kat UIA.

Rindu merantau

Aku nak merantau lagi, nak duduk jauh dari Malaysia, Brunei ka, hehe..
.
Rindu perasaan besar nya jiwa bila kita merantau tempat orang,
sesuatu yang baru, semuanya baru!!
.
Aku rindu, aku rindu Jordan,
semua tentang Jordan,
takda yang sama tentang Jordan dan malaysia,
tanah, warna, cuaca, makanan, udara, orang, bahasa, rumah, semua tak sama!!
.
aku suka semua tu!!
.
satu ja yg aku rasa sama dgn orang Arab yang besar dan kasar masa kat Jordan, agama, yaa agama Islam membuatkan satu rasa yg satu bila bergaul dgn org Arab yg kuat pegangan agama Islam. :)
.
alhamdulillah bumi itu bumi barakah, segala apa yang aku berhajat, tiba-tiba termaqbul sentiasa bila kat bumi barakah tu, tu salah satu yg aku rasa semua student rasa, cuma tak dinukilkan, dan alhmdulillah smpai sekarang kat Malaysia barakah tu masih terasa kerna keyakinan tinggi.
.
dan aku dapat rasa doa-doa aku dulu masa kat sana, maQbul sekarang, moga aku terus bersyukur, alhamdulillah.

Sunday, December 3, 2017

Sunyi

Sehari lepas hari akhir bertugas kat sekolah,

malam atau pagi,
rasa sunyi,
erm sebab rutin biasa persekolahan
tiba-tiba cuti kan,
pastu tiba-tiba dah murid baru,
murid lama tinggal kenangan,
kerinduan sebentar,
berganti dengan kehadiran baru,

tapi sekejap ja sunyi tu,
lepas tu peduli apa wey,
bahagia cuti,
laa ni aku dok fikir pasal nak cat kelas,
aku ingat nak upah orang ja, senang sikit kerja, tapi dok fikir kos upah , out of budget lak,
ada part dalam kelas tu yang susah nak cabut kertas ber gam di dinding atas lagi dari whiteboard , erm.. Kelas aku tu buruk sungguh dinding kena cat, erm haha.

Saturday, November 18, 2017

Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu

Bismillah hirrohmaanir Roohim.
Assalam'alaikum,

Meh sini aku citer cikit perjalanan hidup aku.

Jun 2014 - Konvo
Nov-Dec 2014 - Kerani&s/u Peskubu
Mac 2015 - dapat surat Guru Ganti Bersalin.
Mei 2015 - Ganti Guru Bersalin untuk Ustazah Zarina, bekas guru masa tahun 2003
Ogos 2015 - Guru Ganti Guru Pergi Haji Ustazah Jamilah
September 2015 - di Offer untuk Guru Ganti Bersalin bulan Jan 2016 untuk Ustazah Mulyani
15 Oktober 2015 -Officially dilantik jadi guru SRA KKB
Jan 2016 - Darjah 2 Ibnu Sina
Jan 2017 - Darjah 3 Ibnu Rushd

*updated
Jan 2018 - Sambung DPLI , OUM
Mei 2019 - Tamat belajar
Dis 2020 - Konvo
Dis 2021 - Dapat tawaran job KPM (PPP DG41

Jawatan-jawatan yang dipegang di sekolah? dirahsiakan dulu. :P

Website SRA Kuala Kubu Bharu http://srakkb.blogspot.co.id/?m=0

Yang disebut hanyalah berkaitan sekolah sahaja, benda-benda lain yang banyak dan macam-macam anugerah, nikmat, yang ALLAH berikan pada aku, syukur ku panjatkan padaMU TUHANku,

TUHAN... segalanya telah ENGKAU tentukan,
terangi saja hatiku,
maaf ku selalu terlupa 
mensyukuri semuanya...

-Caliph Buskers feat Faizal Tahir


Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu
SRA KKB

Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu

Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu

Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu

Ustazah Alia Sakinah & Ustazah NorHana
ketika menjadi juri Azan KAMIL Peringkat Sekolah.
HAKP SRA KKB 2017 bersama Tok Penghulu Mukim Serendah En. Rusmi bin Minhat merangkap YDP PIBG SRAKKB 2017-2019
Dan ustazah Normah Bt Md Saih, Guru Besar SRAKKB

ditugaskan di bahagian AJK Hadiah

Majlis Graduasi Tahun 6 dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2017 Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu.
18 November 2017.

Pengalaman yang nice bahagian AJK hadiah, tahun lepas 2016 AJK disiplin, mOga bertambah lagi ilmu & pengalaman. Aameen. Tenanglah hati, muah!

Friday, November 10, 2017

Cerita tadi

Cerita tadi kat sekolah,

Lawak sangat wey,

Boleh pulak aku terkunci Semail (*Ismail*) dalam kelas. Tak boleh tahan.

Hari ni Jumaat, dalam 5 lelaki dan 1 perempuan ja datang kelas aku; 3 Ibnu Rushd.

Alkisah nya, pukul 3:00 pm semua kena pegi dewan Ar-Raihan,
aku pun suruh dorang beratur kat luar kelas.
Dan aku suruh Ismail, awak tolong tutup pintu belakang kelas, (*dari dalam).

Tiba-tiba kat luar hujan selebat-lebatnya habis lah kena hujan basah-basah, aku pun cepat-cepat tutup pintu depan kunci selak atas, dari luar. Aku memang kunci selak atas pintu depan kelas.

Dah tu nak gi dewan lah cepat sebab hujan basah an, aku kira kat koridor tu apasal 4 ja lelaki, patutnya 5? mana Ismail? aku bajet Ismail dah lari dulu turun bawah gi dewan. Pahtu aku tanya semua, mana Ismail? aku pun dok pandang depan, belakang sepanjang koridor, takdak pun Ismail. *Hujan masih lebat mencurah.

Tiba-tiba, aku nampak tangan keluar dari tingkap kelas goyang-goyang tangan dia.
" Ustazah~……"
Muahahaha!!!
Ekau kat dalam ke Semail?? hehe, sorry lah ustazah tak perasan terkunci awak kat dalam, dia gelak-gelak ja, Ismail tu jenis suka gelak-gelak; kelakar. dan rasanya dia nak dekat sama atau lebih tingggi dari aku, tapi perangai cam budak la..

Itulah dia cerita tadi.

Sunday, November 5, 2017

Majlis Konvokesyen Brother Sister

Layan gambar-gambar sikit.
Tahun ni adik lelaki sorang,
adik perempuan sorang konvo.

Almarhumah adik perempuan lagi seorang dah berada di alam lain, bukan alam dunia. Kami rindu adik bongsu kami. Tahun ni patutnya adik SPM. 2017. 17 tahun. Tapi umur adik sampai 11 ja. 2011. Jumaat petang asar.

Ahmad Anas
Diploma in Bussiness and Management
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah PSAS
Majlis Konvokesyen ke-19
 31/9/2017

Ain Amira
Bachelor of Library Science (Hons)
UNISEL Universiti Selangor
Majlis Konvokesyen ke-12
05/11/2017

Alia Sakinah
Bachelor of Economic and Islamic Banking (Hons)
Yarmouk Universiti, Jordan.
June 2014.

Monday, October 30, 2017

Puas

Puas

Puas dengan caramu,
lemas dalam mengenalimu,
berjauh diri & hati,
jalan terbaik.

Tuhan, berikan aku yang lebih baik,
yang lebih luas jiwa aku,
bukan sempit selepas lemas mengenali.

Wahai Tuhan, berikan jalan,
jalan terbaik, meniti hari tanpa sekelumit benci dalam sesak dadaku memahami insan yang tidak ehsan.

Wahai Tuhan, jauhkan aku dari tahu orang yang hina akhlak, tapi manusia lain buTa dengan lagak nya yang tak sedar dosa.

Tuhan,  benar telah jauh lah hatiku ini, dengan manusia yg tidak ehsan, maka dekatkanlah hati ku dengan manusia-manusia yang ehsan.

Puas sangat sangat terasa hati dengan manusia tak beradab, Tuhan, berikan jalan selamanya aku hilang dlm pandangan manusia tak ber ehsan. Biarkan yang ehsan sahaja melihat aku.

Puas,
biar aku puas dengan hati,
sampai masa,
aku takkan main hati dah.

Sunday, October 29, 2017

Faham Kerja Tuhan

Bahagia dan Cemerlang.

1. Bahagia dengan Tuhan.

a. Kenal Tuhan
b. Faham kerja Tuhan

Orang yang bahagia dengan Tuhan ialah apabila faham kerja Tuhan.

Takrif kerja Tuhan ialah tiap-tiap sesuatu, setiap perkara, setiap hal, setiap kejadian setiap peristiwa, setiap keadaan, setiap gerak dan diam semuanya dari ALLAH swt. Samada sesuatu itu bersifat positif atau negatif pada pandangan manusia semuanya ada maksud baik daripada Tuhan, ada pengajaran, ada hikmah, ada didikan dan ada iktibar dari Tuhan. Kalau kita faham kerja Tuhan ke atas hamba-NYA tiada suatu pun yang merugikan melainkan semuanya berfaedah, bermanfaat dan menguntungkan terutamanya untung, faedah dan manfaat yang bersifat rohaniah dan maknawiyah.

Andainya tidak faham kerja Tuhan jangankan perkara negatif diterima sebagai negatif, tanpa melihat maksud baik dari Tuhan, tanpa melihat hikmah, iktibar, pengajaran dan didikan Tuhan, bahkan dalam hal positif pun tidak mendapat faedah dan keuntungan rohaniah dan maknawiyah.

rujukan: Shuib Sulaiman (2012), Prestasi Umat Cemerlang, Shah Alam, Syeikh Publisher, h. 85.

Sunday, October 22, 2017

Hari Terakhir

Assalam 'alaikum,

Hari ini hari terakhir cuTi seminggu persekolahan , sempena Deepa....

So, hari terakhir kitaorang melantak kat KFC, Selayang Mall, pastu TescO Bukit Beruntung.

14-22 Oct 2017.

Sabtu - Kenduri Khawin Rest House KKB, Kenduri Kesyukuran Pdg Golf
Ahad - Taman Millenium, KkB
Isnin - Berjaya Times Square
Selasa - Malam beli 5 burger ayam, tOsai
Rabu - Membasuh kain, beli pau RM2*5
Khamis - A Road Bike Race *Tour De Selangor & Secret Recipe, KKB
Jumaat - Hantar Mia Small Town BookshOp, cendoL kak JaH
Sabtu - Kenduri Khawin Bukit Bujang, Cendol Pak Samat & Galeri Seni KKB
Ahad - Selayang Mall, Tesco BB

ALHAMDULILLAH.

#Gratitude
j


Tuesday, October 17, 2017

Kasih

Kasih,

Aku mengasihimu kerna taQwa yang ada di dalam hatimu,

hilang taqwamu, hilanglah rasa kasih ku padamu. Tapi aku tetap ehsan, tapi tak kasih.

buatmu sahabaT ku.

Wednesday, October 11, 2017

Lembut FragiLe denDam Benci

Hati aku lembut,
paling lembut,
tapi kau kasar,
selalu kasar,

hati aku terluka,
hati aku benci,
paling benci,

sebab kau,
kau cipta kebencian dalam hati aku,
kau cipta jurang,
sebab kau yg cipta jurang,
dan sebab aku tak pernah berhak bersuara supaya kau tak terasa,
dan supaya jurang kita tak lebih teruk.

aku benci,
benci kasar,
tak pernah boleh rapat,
dengan si kasar.

aku tetap lembut,
dan bersama dengan orang² yg lembut hati,
lembut cakap,
tak tinggi suara, tak kasar.

pompuan tak pernah suka,
org yg tinggi suara.
event baby pun terkejut,
apatah perempuan yg dah tumbuh dewasa,

walaupun aku ganas luaran,
aku tak pernah suka org kasar cakap,
tenuk org macam tuuu~~…

*Hati aku dah cukup puas, dengan kebencian & jurang yg kau cipTakan.

Lagipun aku ada baca beberapa buku, dan aku dah faham tentang kebencian itu memang adatnya wujud, dalam kehidupan, sama ada simpan/luahkan. Jika diluahkan, orang akan faham, akan dapat ambil iktibar, pedoman panduan hidup, tak semua dalam dunia ini orang baik. Akan ada orang yang kurang baik, maka kiTa, hidup je lah, teruskan hidup, gagahkan jiwa menghadapi orang gila, bahagiakan hati bersama orang tak gila.

Like seriOusly , alia sedang membebel, kalau kau nak tahu lah kan, orang yg pendiam ni dia obsever. Lepas dia observe, dia boleh buat conclusion, dia boleh review yang kemain berkias, dia boleh jadi manusia yg common sense tinggi, haha~ whatever~~ dan org pendiam ni boleh jer benci org dalam diam, kau tuu,, sila jaga-jaga, sebab aku takkan pernah cakap aku benci kau,

kalau kau rasa kau tak jahat, takpayah risau, sebab aku takkan benci dalam diam dekat orang yg tak jahat.

Dan aku tak sedap hati nak buat jahat, walau aku rasa nak balas kejahatan orang, org yg buat perangai buruk, tolonglah~~ tapi aku selalu fikir, manusia boleh berubah kepada kebaikan, gi mampus lah time dia buat perangai jahat/hodoh, yg penting aku terus sebarkan kebaikan dekat manusia yg baik.

Tuesday, October 10, 2017

Takkan lupa

Aku takkan lupa kejahatan kau,
walau aku diam,
walau aku buat macam takda apa-apa,
walau kau gelak / lekehkan aku,

aku takkan lupa,
aku akan buat biasa,
sebab ALLAH yg Maha Besar membalasnya.

Aku takkan lupa,
Tuhan akan bela,
hamba² nya yg lembut hati,
yg lemah fizikalnya.

Kau buat aniaya kat org yg lemah,
kau akan jatuh,
dalam aku diam,
kau akan tersungkur dengan permainan kau sendiri,

ingatlah wahai kau lelaki,
kau fikir kau kuat? fizikal kau?
mulut kau?
kau lupa,
ALLAH yg bagi kau semua tu,
dan ALLAH jua yg boleh membalas kejahatan kau terhadap hambaNYA yg lemah.

Silakan perlekehkan ak seorang waniTa lemah fizikal,hati,
tapi ingat ALLAH yg ciptakan aku,
ALLAH jua yg boleh buat aku kuat, yg paling kuaT.

Aku diam, aku sabar, aku tengok,
aku tak harap kau jatuh,
tapi aku dapat lihat kesan kjahatan kau,
dlm kehidupan kau.

Friday, October 6, 2017

Bersangka baik


Bersangka baik,
kerna apa yang kita sangka terhadap orang lain, itulah kita,

bersangka baik,
walaupun orang yg disangka itu tidaklah sebaik yang disangka.

muahaha~~!!

Hari ni depaa wat lawak,
Watak: belakang ckit, me, kak Shu, 
depan ckit,  cik Pah & mizaa

Lokasi: Lorong nak gi bilik guru,

Kak Shu: Awat cik Pah jalan macam robot,
Me: haha!!
Mizah: Robot tak cukup bateri,
Me: muahahaha~!!
(terbahak-bahak aku gelak woi!!)

*Cik Pah sakit kaki,,

Nasib la sapa yg dengar aku gelak kuat, sbb memang kelakar gila, kbai.

Lagi kat rumah,
Me: "malam kang pasar malam",
Sister: "benda lak mlm ni bukan tarikh pasar Malam",
Me: "Pasar Malam Kalumpang",
Mom/sister: "KuLempaang kaang~~" ...

Semoga adik-adik membesar dengan cemerlang, haha. 

Thursday, October 5, 2017

Aku nak cakap

Caner erk aku nak cakap,
benDa nie penting,
sebulan sekali,
huhu,
sakit,
aku rasa dOwn gilaa-giLaaa..
bila 1st day dtg buLan,
sebab aku rasa sakit,
aku rasa takda kekuatan,
siapa, apa, mana kekuatan aku bila aku sakit.
sehari sebulan jer rasa camtu,
ader ke yang nak faham aku.
sakit yg xterdaya kerja,
...
UPKK hari ke-4,
aku sakit periOd,
kakak nie nak dekat setahun x periOD selepas bersalin anak ke-2, dia kata pening, stress nak marah, kadang lesu, tapi kuat kan jer,
kesian kan jadi perempuan,
Pencipta tahu rahsia,
setiap ciptaan tiada yg membawa kepada sia-sia, cuma manusia ja, syukur/kufur.

Monday, October 2, 2017

Tarbiyah hati

Tarbiyahkan hati,
tak semua orang sayang kita,
dan tak semua orang benci kiTa.

SubhaanALLAH, a very nice tarbiyah.
------------------------------------
Perkongsian dari Islamic group whatsapp:

🔴 Ummi tarbiyyahkan adik pasal org benci .org tak suka kita

✅Adikku sayang. Ingatkan hati tidak semua manusia suka aku. Dan tidak semua manusia membenci aku. Kadang-kadang kita rasa kita tak susahkan orang lain, tak mengumpat tentang orang lain, tak mengganggu hidup orang lain tetapi ada juga yang menabur fitnah dan membenci. Itu kebiasaan dik terutama apabila adik menyebarkan kebaikan. Kita semua tidak sempurna. Maafkan dan dirimu akan lebih tenang.

Seandainya kita sememangnya tidak melakukan kesilapan, kenapa mahu bersedih? ALLAH sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Jika mereka membenci kita dan menyakitkan hati kita, itu dosa mereka. Kita tak rugi apa-apa, yang perlu kita sedih bukan sebab mereka membenci kita tetapi jika kita membenci orang dan cuba menyakitkan hati mereka. Kerana perbuatan itu akan membuatkan kita hampir dengan dosa. Berdim diri saja. Biarkan mereka mengalirkan pahala untuk kita. Api akan makin marak bila disimbah dengan api. Laungkan azan(buat kebaikan) agar api itu menunduk. ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Rasulullah sendiri ditentang walaupun Baginda adalah insan yang terbaik. Muhasabah diri, baiki kelemahan diri dan mantapkan hati.

Pengalaman ummi sendiri pun banyak kena fitnah, bila balas lambat bersangka buruk, sebar aib untuk jatuhkan kita, mengumpat sana sini, tapi bila kita bersabar, ALLAH tunjukkan kebenaran, mereka yang datang meminta maaf. Ummi lebih suka berdiam diri, ambik mana yang perlu untuk baiki diri. Itu sahaja. Jika difikirkan hati kamu yang akan tersakiti.

Andai ada yang membenci, masih ada yang menyayangi. Teruslah sebarkan kebahagiaan, jangan undur diri. Letakkan ALLAH di hati, dekatkan diri dengan-NYA, kekuatan akan mengalir tanpa henti.

~^O^~ ❤

-siput pink-

Wednesday, September 27, 2017

Ipoh dan Penang

Fuh, fuh,, rase cam berhabuQ, haha...
ayat skema dah lama tak tulis bLog padahal takda lah lama sangat,,

Al-kisahnya hari tu cuti, pi menziarahi saudara, alang-alang tu jalan-jalan la sikit.
Best tau jenjalan ni, pastu aku macam realize ada banyak persamaan gambar-gambar yang aku tangkap, dengan gamba-gambar lama aku gi Mesir 2011, dengan UK 2012.. Pastu aku cam nak buat video lah kut, perbandingan di antara 2011/2012 dengan 2017.. Dalam proses pelaksanaan.

So, sekarang ni aku share video Ipoh, & video Penang dulu lah..

Lepas tu hari ni aku dok bOrak dengan Kak S**,, dia citer pasal adik laki dia, dia tegur dik laki dia, pastu adik laki dia sentap,,
Pastu, sampai sekarang Kak S** , bila bab nak tegur dik laki dia, Kak S** diam ja, biarkan ja,  malas nak tegur... Kan~~

Kan, camtu lah aku rasa dekat orang yang bodoh sentap, haha.. hati dah tawar.
Lepas tu, akak tu kata dengan adik beradik lain, tegur, tegur gak, tapi tak berasa hati, tak sentap, malah terima, tegur dalam nada yg indah, dah tu pulak, orang-orang yang okay camtu lah,, Tuhan amek dulu.. inna lillahhi wa inna ilaihi roo'jiun..

Video Penang.
Video Ipoh.

Saturday, September 16, 2017

Teman Lama

Assalam 'alaikum,

Saja nak cOret, sebab rasa macam lama sesangat tak jumpa Nila Suria, my old friend,, perkenalan yg sangat singkat,
3 tahun jer,, 2005-2007..

Lepas PMR, Nila pun pindah ke SAMBEST kan? So, tahun 2017 cam jumpa dekat Karnival Sambutan Hari Malaysia, dekat Padang Awam Bukit Sentosa,,

tapi my memOry first time kenal dengan beliau ialah,,, semasa di tingkaTan 1,,

ada kegiatan kO-kurikulum pada sebelah petang persekolahan, masa tu macam I baru first or secOnd time ambil wudhu' di surau asrama perempuan, I budak luar, bukan budak asrama, I tumpang solat ja,,

nak dikatakan masa tengah ambil wudhu' tuh, I letak tudung kat tebing dinding tuh, tiba² tudung tu jatuh ke belah belakang dinding tu plak, blah belakang tebing dinding tuh asrama lelaki, takkan la den yg pakai serkup tuh nak gi amek kang aurat haha! So,, pada ketika itulah, Nila yg belum dikenali menghulurkan bantuan, meng ambikkan tudung haQuw yg terjatuh habis kotor kena tanah ckit.. Sekian,, itu detik perkenalan pertama,, caner tah aku boleh ingat, mungkin sebab cuak dalam hati, woi tudung ak jatuuuh, toloong,, haha..

Sekian,, :) ..


Friday, September 8, 2017

Contoh Kertas Kerja Pertandingan Menghias Kelas Merdeka

KERTAS KERJA  PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

OBJEKTIF

Tujuan Pertandingan menghias kelas sepanjang bulan kemerdekaan ini adalah untuk:

1. Memupuk semangat cintakan negara,
Menghayati perjuangan para pejuang tanah air yang telah bertungkus – lumus membebaskan negara dari penjajahan kuasa asing.
2. Selain itu pertandingan menghias kelas merdeka ini diharap dapat menaikkan semangat para pelajar tentang peri pentingnya menjaga tanah air.
3. Mensyukuri nikmat kebebasan.
4. Bersemangat untuk belajar seterusnya berjaya dan menyumbang sesuatu untuk negara melalui pertandingan ini.

SASARAN
Semua guru dan para pelajar SRA Kuala Kubu Bharu.

PELAKSANAAN
1. Hebahan tentang Pertandingan Menghias Kelas Bulan Kemerdekaan melalui brochure yang diedarkan untuk setiap kelas.
2. Para guru dan pelajar mula menghias kelas mengikut tempoh yang ditetapkan bersamaan 7 Ogos – 25 Ogos 2017.
3. Mengikut kretiviti dan keunikan tersendiri.
4. Para panel hakim akan menilai markah pada minggu akhir bulan kemerdekaan berdasarkan borang pemarkahan yang telah disediakan.
5. Hadiah akan diberikan pemenang mengikut setiap darjah 1 pemenang pada perhimpunan minggu berikutnya setelah penilaian dilaksanakan.

ANGGARAN PERBELANJAAN
....----....

JAWATANKUASA INDUK
KERTAS KERJA  PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

Pengerusi: Ustazah Normah Bt Md Saih  (Guru Besar)
Tim. Pengerusi: Rosliza Binti Ahmad Hassan
Setiausaha: Alia Sakinah Binti Ahmad Termizi

PENUTUP

Adalah diharapkan agar Pertandingan Menghias Kelas Bulan Kemerdekaan 2017, SRA Kuala Kubu Bharu ini dapat memupuk semangat cintakan negara terhadap para pelajar khususnya, disamping dapat menggalakkan para pelajar untuk bersama-sama sentiasa mejaga dan peka dengan kebersihan dan keceriaan sekolah. Selain itu, diharap juga impak dari pertandingan menghias kelas ini akan kekal dan berterusan sehingga hujung tahun, dan di mana saja para pelajar berada.

Disediakan oleh,
______________________________
( ALIA SAKINAH BINTI AHMAD TERMIZI)
SETIAUSAHA         
PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

Disemak Oleh,
________________________________
( ROSLIZA BINTI AHMAD HASSAN)
PENASIHAT
PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

Disahkan oleh,
____________________
( NORMAH BT MD SAIH)
PENGERUSI
PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

LAMPIRAN 1


LAMPIRAN 2


Tuesday, September 5, 2017

Benci dan kemaafan

Suatu hari, Rasulullah SAW sedang duduk di masjid dikelilingi para sahabat. Beginda sedang mengajarkan ayat-ayat al-Quran. Tiba-tiba Rasulullah SAW. berhenti sejenak dan berkata,”Akan hadir diantara kalian seorang calon penghuni syurga”. Para sahabat pun bertanya-tanya dalam hati, siapakah orang istimewa yang dimaksud Rasulullah ini?. Dengan rasa berdebar-debar mereka menunggu kedatangan orang tersebut. Semua mata memandang ke arah pintu.

Tidak berapa lama kemudian, seorang lelaki melenggang masuk masjid. Para sahabat hairan, inikah orang yang dimaksud Rasulullah? Dia tak lebih dari seorang lelaki dari kaum ansar (orang kebanyakan). Dia tidak termasuk di antara sahabat utama. Dia juga bukan dari golongan tokoh Quraisy. Bahkan, tidak banyak yang mengenalnya. Pun, sejauh ini tak terdengar keistimewaan dia.

Ternyata, kejadian ini berulang sampai tiga kali pada hari-hari selanjutnya. Tiap kali Rasulullah berkata akan hadir di antara kalian seorang calon penghuni syurga, lelaki tersebutlah yang kemudian muncul.

Maka para sahabat pun menjadi yakin, bahawa memang lelaki itulah yang dimaksud Rasulullah. Mereka juga menjadi semakin kehairanan, amalan istimewa apakah yang dimiliki lelaki ini hingga Rasulullah menjelaskan bahawa dia adalah sebagai calon penghuni syurga?

Akhirnya, para sahabat pun sepakat mengutus salah seorang di antara mereka untuk mengamati kehidupan harian lelaki ini. Maka pada suatu hari, sahabat yang diutus ini menyatakan keinginannya untuk bermalam di rumah lelaki tersebut. Lelaki tersebut iaitu calon penghuni syurga mempersilakannya.

Selama tinggal di rumah lelaki tersebut, sahabat terus-menerus mengikuti kegiatan lelaki calon penghuni syurga. Saat lelaki tersebut makan, sahabat ikut makan. Saat lelaki tersebut mengerjakan pekerjaan rumah, sahabat menunggui.

Tapi ternyata seluruh kegiatannya biasa saja. “Oh, mungkin ibadah malam harinya sangat khusyuk” fikirnya. Tapi ketika malam tiba, lelaki tersebut bersikap biasa saja. Dia mengerjakan ibadah wajib sebagaimana biasa. Dia membaca al-Quran dan mengerjakan ibadah sunnah, namun tidak banyak. Ketika tiba waktunya tidur, dia pun tidur dan baru bangun ketika azan subuh berkumandang.

Sungguh, sahabat hairan, sebab ia tidak jua menemukan sesuatu yang istimewa dari lelaki ini. Tiga malam sahabat bersama calon penghuni syurga, tetapi semua tetap seperti biasa sahaja.

Akhirnya, sahabat itu pun pun berterus terang akan maksudnya bermalam. Dia bercerita tentang pernyataan Rasulullah SAW. Kemudian dia bertanya,“Wahai sahabatku, sesungguhnya amalan istimewa apakah yang kau lakukan sehingga kau disebut salah satu calon penghuni syurga oleh Rasulullah? Tolong beritahu aku agar aku dapat mencontohimu”.

Lelaki itu menjawab,” Wahai sahabat, seperti yang kau lihat dalam kehidupan sehari-hariku. Aku adalah seorang muslim biasa dengan amalan biasa pula. Namun ada satu kebiasaanku yang boleh kuberitahukan padamu. Setiap menjelang tidur, aku berusaha membersihkan hatiku. Kumaafkan orang-orang yang menyakitiku dan buang semua iri, dengki, dendam dan perasaaan buruk kepada semua saudaraku sesama muslim. Hingga aku tidur dengan tenang dan hati bersih serta ikhlas. Barangkali itulah yang menyebabkan Rasulullah SAW. menyatakan demikian.”

Mendengar penjelasan itu, wajah sahabat menjadi berseri-seri. “Terima kasih sahabatku atas hikmah yang kau berikan. Aku akan memberitahu para sahabat mengenai hal ini”. Sahabat pun meminta izin untuk pulang dengan membawa pelajaran yang sangat berharga.

Tiada hasaD dan tiada perasaan benci, serta memaafkan,

Aku betul benci dengan orang yang sombong angkuh, gaya dan mukanya sangat angkuh tidak memandangku, jadi aku nak belajar tiada benci, dan aku maafkan keangkuhan dia bila terdekat aku,
aku cakap kat mak aku, mak aku kata tak baik la dia buat macam tu, tu lah, demi ALLAH tak pernah aku ingin ter lihat orang tu, tapi ALLAH nak uji aku, ter tengok gak, pergh, menyombong angkuhnya mendongak kepala, astaghfirullah.

Benar, mungkin ini lah kemuliaannya, agar aku membersihkan hati. Memaafkan orang-orang yang menyakitiku dan buang semua iri, dengki, dendam dan perasaaan buruk kepada semua org sesama muslim. aameen..

*sifat berbaik sangka itu, calon ahli syurga, aameen, aku nak sentiasa berbaik sangka pada yg ego.

rujukan link

Monday, August 21, 2017

Doa Selepas Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir) Sebelum Salam

ﺑِﺴۡـــــــــﻢِ ﭐﻟﻠَّﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣۡـﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
.
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad ﷺ amalkan untuk permohonan doa.
Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan disepakati oleh majoriti ulama. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana
Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.]
.
.
Doa Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahhud Akhir)
.
Di antara doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasulullah ﷺ adalah dengan membaca doa berikut :
.
.
ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ، ﻭَﻋَﻦْ ﻳَﺤْﻴَﻰ ﺑْﻦِ ﺃَﺑِﻲ ﻛَﺜِﻴﺮٍ ، ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﺳَﻠَﻤَﺔَ ، ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ، ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : “ ﺇِﺫَﺍ ﺗَﺸَﻬَّﺪَ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ، ﻓَﻠْﻴَﺴْﺘَﻌِﺬْ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﺃَﺭْﺑَﻊٍ ، ﻳَﻘُﻮﻝُ : ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏِ ﺟَﻬَﻨَّﻢَ ، ﻭَﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏِ ﺍﻟْﻘَﺒْﺮِ ، ﻭَﻣِﻦْ ﻓِﺘْﻨَﺔِ ﺍﻟْﻤَﺤْﻴَﺎ ﻭَﺍﻟْﻤَﻤَﺎﺕِ ، ﻭَﻣِﻦْ ﺷَﺮِّ ﻓِﺘْﻨَﺔِ ﺍﻟْﻤَﺴِﻴﺤِﺎﻟﺪَّﺟَّﺎﻝِ ”
Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu , beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
[Hadis Riwayat Bukhari: 2/102 dan Muslim: 1/412.]
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu , Rasulullah ﷺ bersabda:
ﺇِﺫَﺍ ﻓَﺮَﻍَ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺘَّﺸَﻬُّﺪِ ﺍﻵﺧِﺮِ ﻓَﻠْﻴَﺘَﻌَﻮَّﺫْ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﺃَﺭْﺑَﻊٍ ﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏِ ﺟَﻬَﻨَّﻢَ ﻭَﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏِ ﺍﻟْﻘَﺒْﺮِ ﻭَﻣِﻦْ ﻓِﺘْﻨَﺔِ ﺍﻟْﻤَﺤْﻴَﺎ ﻭَﺍﻟْﻤَﻤَﺎﺕِ ﻭَﻣِﻦْ ﺷَﺮِّ ﺍﻟْﻤَﺴِﻴﺢِ ﺍﻟﺪَّﺟَّﺎﻝِ
“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara: (1) azab neraka jahannam, (2) azab kubur, (3) penyimpangan ketika hidup dan mati, (4) keburukan Al masih Ad Dajjal.” [ Hadis Riwayat Muslim no. 588].
.
.
Kaedah Membaca Doa Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir)
.
Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir
(Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.
.
Doa di atas dibaca semasa duduk tahiyat akhir selepas kita lafaz syahadah (angkat jari) dan dihabiskan semua lafaz selawat dalam Tahiyyat Akhir
dahulu serta diikuti doa-doa yang disarankan, sebelum diakhiri dengan salam.
Perlu diingat cara dan apa saja doa yang dibacakan itu masih lagi di dalam perlakuan solat. Habiskan bacaan Tahiyyat Akhir dan berdoalah sebelum memberi salam.
.
.
Solat Berjemaah
.
Ketika di dalam solat berjemaah, walaupun pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai MAKMUM, kita wajib mengikut imam. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca doa tersebut tetapi TIDAK BOLEH BACA ATAU MENERUSKAN BACAAN DOA DI SITU APABILA IMAM SUDAH BERPINDAH DARIPADA MEMBACA SELAWAT SELEPAS TASYAHHUD KEPADA MEMBERI SALAM YANG PERTAMA. Antum wajib berhenti dan terus mengikut imam memberi salam.
Dalilnya:
Rasulullah ﷺ bersabda:
ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺟُﻌِﻞَ ﺍﻟْﺈِﻣَﺎﻡُ ﻟِﻴُﺆْﺗَﻢَّ ﺑِﻪِ ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻛَﺒَّﺮَ ﻓَﻜَﺒِّﺮُﻭﺍ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺭَﻛَﻊَ ﻓَﺎﺭْﻛَﻌُﻮﺍ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺳَﺠَﺪَ ﻓَﺎﺳْﺠُﺪُﻭﺍ ﻭَﺇِﻥْ ﺻَﻠَّﻰ ﻗَﺎﺋِﻤًﺎ ﻓَﺼَﻠُّﻮﺍ ﻗِﻴَﺎﻣًﺎ ﻭَﻧَﺰَﻝَ ﻟِﺘِﺴْﻊٍ ﻭَﻋِﺸْﺮِﻳﻦَ ﻓَﻘَﺎﻟُﻮﺍ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺇِﻧَّﻚَ ﺁﻟَﻴْﺖَ ﺷَﻬْﺮًﺍ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺸَّﻬْﺮَ ﺗِﺴْﻊٌ ﻭَﻋِﺸْﺮُﻭﻥَ
“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Jika dia rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah kamu dengan berdiri.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
.
.
ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ
Wallahu A’lam Bish Shawab
.
.
ﻭَﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜَﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪ

rujukan link shafiqolbu

Thursday, August 17, 2017

Cerita muriD Ujian Prestasi

Assalamualaikum,

nak ceriTa sikit je lah,
I bukan jenis cerita banyak.

Nak katanya kelas yang saya mengajar ni kelas yang paling hujung,
jadinya kebanyakan mereka adalah lemah membaca jawi.

Makanya bila ujian Prestasi ke Peperiksaan pertengahan ke, diaorang suka main tanDa √ je kertas periksa tanpa membaca, dapat je kertas terus √√√ jawapan ا ب ج د kuang asam betol dak dak nie.

Dah tu aku pun duk ugut la depa, aku kata lebih kurang cam gini, sazah nak u all baca sOklan duluu paHtu baru tanda jawapan, lau tak sazah roTan!!
okay.. sazah nak tengOk sapa yang dah mula jawab mukasurat 2, maksudnya dia tak baca soklan!!

*Semua cuak,, buat² baca soalan,
I pun pOei la cek sorang²,, jumpa la sorang dah masuk mukasurat 2,
Adam :
"sazah, saya mmg baca soalan",
pastu aku cek jawapan, okei anda terselamat.

15+- minit berlalu.

Aku pun pusing 1 kelas cek,
ada la sorang budak asli lelaki baru masuk sekolah Mei yg lepas,
dia dOk tenung jaa muka surat kertas tuh,
tau dia tenung apa??
mukasurat 1 dari 15 minit yg lalu, tak jawab apa-apa langsung.

Aisey man~~
" Ekhsan...
kes awak ni lain macam,
awak takpayah baca soalan pun takpa, awak hentam je lah,
takpayah baca soalan,
dari mukasurat 1 sampai habis pun, hentam je lah, ustzah tak marah kalau awak tak baca soalan,
nanti kita usahakan ye Adi, Ekhsan, Azwani n Shila supaya mampu
membaca jawi. "

LoL,, punya la lurus dia pegi tenung sampai dia boleh baca soalan macam aku suruh, padahal dia tak boleh mengeja jawi langsung, hai lah murid~…
mungkin aku perlu bacakan soalan tuk mereka??

ok.
Friday,
8:16 am.

Wednesday, August 16, 2017

Mengajar


"Sesungguhnya ALLAH, MalaikatNYA serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus, mereka akan mendoakan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia."

(HR. Tirmidzi: 2609)

KLik link rujukan .

Monday, August 14, 2017

Manusia sombong


Wahai ALLAH,
aku selalu rasa ada manusia tu sombong,
bila aku tahu atau terbaca tentang dia,
aku mohOn padaMU Ya ALLAH,
jauhi aku dari sifat sOmbong,
sampai bila-bila,
sampai aku maTi.

Dia mahu manusia menghargai dia,
padahal kalamMU wahai Tuhan,
menyatakan bahawasanya tidaklah mengharapkan berbuat sesuatu, penghargaan dari orang lain.

Al-Insaan (76:9)

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا

Innama nutAAimukum liwajhi Allahi la nureedu minkum jazaan wala shukooran

(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana ALLAH semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,

http://get.muslimpro.com

enTah yang sombong membaca, hati terbuka?
Lindung aku dari sifat sombong.
wahai Yang Maha Kasih.

ALHAMDULILLAH,
atas nikmat Islam, dan nikmat sedar.
ambil pengajaran ye Sakinah.

Saturday, August 5, 2017

Enjoy yOuth time as anak Dara

Haha,,

Bebas, nak wat apa ni?
traveL ka?
jOm~

Tambah iLmu seLalu. ~
Jadi waniTa yang cerdas walau suka melawak dan bergurau, tapi dalam hati ada ilmu~…

Biar orang tak tahu, tapi kiTa tahu,
tujuan dan matlamat hidup,
melawak, tetap melawak, tapi bila bab deep, aku deepkan kat matlamat-matlamat aku, biar orang nampak hasilnya, bukan nampak 'appearance' aku.

ALLAH telah menetapkan setiap orang berlainan, jalan cerita, jalan taQdir, dan jalan rezeki. Kerana itu adalah yang terbaik untuk kiTa, jika kita bandingkan jalan cerita, taqdir dan rezeki kiTa dengan orang lain,
semestinya cahaya kau tak jumpa dan tak nampak sangat.
Tapi kalau kau hanya fokus jalan yang ALLAH tulis untuk diri kau, kau akan tenang. BERHENTI MELIHAT DAN MEMBANDING DENGAN ORANG LAIN.

Dan BERHENTI AMBIL KISAH DEKAT ORANG YANG 
TAK KISAH PASAL KAU.
Kerana sesungguhnya manusia yang hidung tinggi, yang dia tinggikan itu akan pusing balik kepada dia menyebabkan dia jadi rendah.

Kita ni hidup walau tinggi, harus merendah diri, jadi orang biasa, tapi bila buat kerja biar berjasa, jangan jadi orang sombong, bila buat kerja takda rasa tanggungjawab, dan takda rasa ganjaran akhirat.

Takpe orang anggap kita ni biasa, takda apa, biar kita sedih, biar ALLAH tahu, biar kita dapat berjasa pada orang, biar ALLAH balas kebaikan dengan kebaikan tepat pada masa.


Biar kita bergaul dan buat baik pada orang, biar orang tak buat baik juga pada kiTa. Biar kita memberi, tapi orang tu tak pernah memberi pada kiTa. Kerana ada suatu keyakinan, bila kita buat baik, walau orang tu tak buat baik pada kita, kebaikan itu akan datang balik pada kita, tapi kita tak perasan..

Teruskan keyakinan, jadi manusia yang dapat beri manfaat pada manusia, dan kita pun menjaga diri dari dimanfaat manusia jahat, sebab kalau mereka jaha*  , benda tu akan pusing balik pada dorang, jangan isaw lau orang jaha* nieyh.

Keep cool.
Dan banyakkan doa, jauhkanlah aku Wahai Tuhan, dari orang yang mempersiakan aku, dan aku pun dengan izinMU, mempersiakan dia.
TQ ALLAH..

25 years old and lots more of achievements to be achieved. :)
for hereafter. 

Wednesday, July 26, 2017

Lalai dalam kenikmaTan

Tak dapat lari dari kenangan,
jangan kau biarkan aku lalai dalam kenikmaTan,
bukakanlah jalan dalam keredhaan,
yang halal lagi bertambah kemuliaan.
Bukan hina kerana dOsa.

ampunilah.

Sunday, July 23, 2017

Harapan seorang ibu

Harapan seorang ibu untuk anak-anak,
hehe.. walaupun takda anak lagi.

(( حُكْمَ صَبِيًّا ، رَبِّ رَضِيًّا ))

Source from the Holy Quran:

Maryam (19:12)

يَا يَحْيَىٰ خُذِ الْكِتَابَ بِقُوَّةٍ ۖ وَآتَيْنَاهُ الْحُكْمَ صَبِيًّا

"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak".

Maryam (19:6)

يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا

Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai".

http://get.muslimpro.com

------------
Ibu berharap agar anak² ibu,
seorang yang diberi hikmah sejak keciL,
dan seorang yang sentiasa diredhai ALLAH.

ﺭَﺏِّ ﻫَﺐْ ﻟِﻲ ﻣِﻦ ﻟَّﺪُﻧﻚَ ﺫُﺭِّﻳَّﺔً ﻃَﻴِّﺒَﺔً ۖ ﺇِﻧَّﻚَ ﺳَﻤِﻴﻊُ ﺍﻟﺪُّﻋَﺎﺀِ

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMU zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya ENGKAU sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
( Surah Ali’ Imran: 38 )

-----------------

Insha ALLAH, menjaga diri, menjaga kehormatan diri, menjaga agama, demi melahirkan dan membesarkan seseorang yang hebat yang dapat berjuang untuk ummat dan agama.

---------------

DOa:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ﻣﺎ ﻣﻦ ﻣﺴﻠﻢ ﻳﺪﻋﻮ ﺑﺪﻋﻮﺓ ﻟﻴﺲ ﻓﻴﻬﺎ ﺃﺛﻢ ﻭﻻ ﻗﻄﻴﻌﺔ ﺭﺣﻢ ﺍﻻ ﺃﻋﻄﺎﻩ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻬﺎ ﺇﺣﺪﻯ ﺛﻼﺙ ﺃﻣﺎ ﺃﻥ ﺗﻌﺠﻞ ﻟﻪ ﺩﻋﻮﺗﻪ ﻭﺍﻣﺎ ﺃﻥ ﻳﺪﺧﺮﻫﺎ ﻟﻪ ﻓﻲ ﺍﻵﺧﺮﺓ ﻭﺍﻣﺎ ﺃﻥ ﻳﺼﺮﻑ ﻋﻨﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﻮﺀ

“Tidaklah seorang muslim berdoa dengan doa yang tidak mengandung dosa dan tidak pula memutuskan silaturrahmi, kecuali Allah akan memberikan salah satu dari tiga hal. Mempercepat pengabulan doanya, atau menyimpannya agar dia mendapatkannya di akhirat atau memalingkan darinya keburukan.” (HR. Ahmad)

Saturday, July 22, 2017

Tidak Pasti


Yang Maha Pengasih,
Yang Maha Penyayang,

Wahai Tuhan,
lindungi diri dan hati kami,
dari perkara-perkara yang kami tidak pasti.

Hilangkanlah gelisah di jiwa,
hadirkanlah kedamaian dalam hati.

Tenangkanlah jiwa² yang sedang resah,

Thursday, July 20, 2017

MC Kursus IntegriTi

Bismillah Assalam,

siLa lihat gambar.

Siapa sangka seorang waniTa yang sedang berdiri
dihadapan puluhan orang, adalah seorang waniTa yang sedang menaHan sakiT ketetapan buLanan dari Ilahi.

?

DaLam hati yang sedang rapuh, perut yg sedang sakit,
pulang ke rumah, hati mengeluh, di manakah pembeLaan sebagai seorang waniTa, padahaL ada je lelaki dalam majLis itu, lebih baik jadi MC kut? Wanita muLia, harus disimpan dan dijaga, bukan diperaga, chOi~…… itu hati aku.. tapi apa pula kata Rasulullah? erm,

...

Aku cuma rasa, aku bukan untuk diperaga *diperlihat.
dan aku tak kisah pun dengan lelaki² dalam majLis tuh,
?
dan aku tak pernah reLa dorang melihat aku.

Pehal tah wey, pOst ni macam berkaiTan perasaan je? Perempuan penuh dengan perasaan sudah~…

...

Jaga Tuhan, Tuhan jaga kamu. :)

....

Kesian kat aku kan wey, huhu..
....

pembeLaan ada pada Tuhan,
ada yang tidak mengasihi,
tapi Tuhan penuh dengan kasih.

....

biar dia tak punya hati,
tapi Tuhan sangat mengerti,

biar hatiku tidak dipeduli.
kerna yakin pasTi,
ada yang sedang sayang dan kasih pada aku.

cuma aku tidak tahu,

. babai.

Sumbangan untuk masyarakat

Assalam,

aPa yang boleh aku sumbangkan untuk masyarakat?

choi choi chochoi chochoi.
haha!

erm,
1. Through sOSIAL media, hantaQ artikel kat pubLic pages yang famous? wah~
2. Tolong orang susah.
3. paling cikai, tulis benda-benda baik kat soSIAL media kan.
4. fahami orang yang behaviour disorder, cuba faham dan takpayah bantu, lol.
aku ni jenis tak faham orang yang behaviour disorder, mulut dan hati kemain mengata, tak suka itu, tak suka ini, bosan itu, bosan ini, taknak buat itu, taknak buat ini, tapi bila depan-depan?? omG SYAITANnya dia.. ish , ish, hah lantak~ *sumbangan masyarakat ke ni? lol

5. .. moga dapat ilham lagi, stay tuned erk?

______________________________________*****

Permasalahan:

Sekarang ini aku ada masalah, aku ada masalah benci dengan seseorang,
acaner tah aku nak hilangkan rasa benci tu, sebab aku memang benci orang tu,
sebab aku rasa sifat dia tak adil dengan semua orang.
mungkin aku kena berhadapan dengan dia dan baca serta tengok muka dan badan dia , posture, gaya dia yang hipokrit tu kot??

aku memang rasa dia hippo krik krik,
aku sebenaqnya teringin nak cakap dan nak tanya dia pasal hipokritnya diri dia tuh, tapi aku rasa, dia cuma akan semakin hippo krik krik, dan jugak membosankan,
Tuhan,, apalah doosa ku iniiii, membenci orang sebegitu sekali.
Mungkinlah iman paling lemah membenci kemungkaran , kan~

_____________________________________**

sumbangan kepada masyarakat seterusnya, entah bye, heheh.



Monday, July 17, 2017

10 amalan tingkatkan darjaT

10 Amalan yang boleh dilakukan untuk meninggikan dan meningkatkan darjat kita disisi Allah s.w.t

1. Bersedeqah dengan apa yang paling disayang.

2. Bangun Malam ketika orang lain sedang tidur (Solat Malam).

3. Baca Al Quran (1 hari 200 ayat).

4. Duduk bersama Orang Soleh/Ulama' (Kelas Agama).

5. Menghubungi Kaum Kerabat (Ziarah Menziarahi).

6. Rajin - rajinkan tengok Orang Sakit.
Kenang dia sakit dan boleh mengubati sakitnya,
Bagi memberi peringatan bahawa kita juga akan sakit suatu hari nanti.

7. Kurangkan bergaul dengan orang kaya yang gilakan dunia.

8. Banyakkan ingat Mati.
70 kali sehari

9. Kurangkan angan - angan.

10. Tawaddhuk (rendah diri).

Sumber: Kuliah Dato' Ismail Kamus
Masjid Jamek Ar-Rahmaniah, Kelang, Selangor.
Jumaat, 16 Disember 2011

sumber

Wednesday, July 12, 2017

Ustaz Mokhtar

Ustad Mokhtaruddin Ahmad,
Lamanya tak jumpa, ustad x rindu kami ke~~
haha..

Ustad ajar ngaji tahun 1999~2001 umur 7,8,9 tahun

Restoran musLim nie legenD woo huhu, masa kecik² makan kat sini dengan seTad *ustaD.

Ustad panggiL I, Sakinah.
Dulu ustaD tulis surat kat aku
- kenapa Sakinah dah berubah,
sakinah tak rinDu usTad ke?
dulu sakinah suka cium dan peluk usTad, tapi sekarang tak.

Lol.

aku bakaQ surat tu, usTad sendiri tau kenapa. 
Aku bakaQ semua hadiah yg ustad kasi, puzzle, kalendar Islam, buku juz amma.

pandai gak ye aku masa kecik² dulu membakau. haha! well~ 

mungkin la setad tu syg aku sebab ak cam cute clever girL kut, tapi aku takkan berubah kalau xbersebab, eh citer lama. cuma terkenang tak sangka usTad sayang aku entah kenapa haha. ke aku perasan? haha. Tulah rindu lak ustad panggil aku Sakinah, cakap baik² je, marah rasa cam xpernah lak, cuma kalau salah time mengaji usTad cubit kat paHa aku, huhu. 
Pastu cam jumpa lak nama sakinah dalam Quran masa mngaji ngan seTad, peh peh suka ja aku time tu nama sendiri. 
Lagi, seTad tuliskan doa tiduQ kat kertas tuk aku.
woi~ asal aku ingat semua? well~ clever girL. 

Da kawin da kat Cheras? dah beranak wey. haha. 
eh ustad dulu blajar tahfis saba kerling, pastu belajar dekat osea katner tah.

aku pun dah lupa caner aTTitude aku masa kecik² dulu dengan seTad tu, sebab biLa dah besar skolah menengah, aku xbercakap dengan lelaki, xda kawan lelaki. ade aku kisah? yang penting puas terbang jauh, belajar jauh, bertemu diri ditempat yang jauh,
otak aku memang terbukak, so aku kena keep berkawan dengan orang yang akhlak perangai ok kut.

Tapi hidup kena dakwah, acaner Rasulullah boleh ubah orang yang keras kepala, yang takda adaB, yang minum arak, yang menipu dalam jualan, yang bunuh anak, yang merendahkan poMpuan, menjadi umat yang paling bagus akhlak tamadun nye. huhu. 

Padahal aku sendiri sangat sangat susah, dan sangat membenci orang Islam sendiri, bukan orang kafir ye, org iSlam yang buruk dan huduh perangai, aku tak mampu jadi contoh dakwah baik macam Rasulullah buat, aku hanya mampu benci. Benci yang tahap gaban rasa cam apa jaminan perangai buruk masuk Jannah. huhu. Mungkin dengan kebaikan-kebaikan akan menghapuskan keburukan. k


Monday, July 10, 2017

Cukup

Cukup kau tidak mencintai aku,
dan aku pun tidak mencintai kau.

Ada yang lebih kasih aku, cinta aku.
:)

Perasaan dan kekuaTan.

128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

التوبة

Moga semulia akhlak Rasulullah.
aameen.

Thursday, July 6, 2017

Semudah itu

Juwairiyah.

............

“Ya Rasulullah, saya adalah Barrah binti Al Harris bin Dirar, anak kepada penghulu kaumku.Tujuan kedatangan saya ini, sebagaimana tuan ketahui iaitu saya menjadi bahagian Sabit bin Qais.
Tetapi saya telah diberinya kesempatan untuk menebus diri saya dengan bayaran sebanyak 9 uqiyyah (1 uqiyyah bersamaan 1 setengah tahil emas). Sekarang saya datang kepada tuan dan bermohon agar tuan membantu saya dalam hal ini agar dengan itu saya dapat melepaskan diri saya (dari perhambaan) ini,” katanya bersungguh-sungguh.

Rasulullah diam seketika.
Baginda mengamat-amati ucapan Barrah itu, sambil baginda berfikir.
Barrah, puteri pemimpin Bani Mustaliq itu juga diam bila lihat Rasulullah SAW menundukkan kepalanya. Apa yang difikir dan disedihkan oleh baginda.
Hati Barrah tertanya-tanya.
Sebentar kemudian Rasulullah mengangkat kepalanya dan memandang kepada Barrah yang sedang diam membatu di hadapan baginda.

Rasulullah dengan nada lembut berkata,

“Adakah mahu bagimu yang lebih baik daripada yang kamu minta itu?”
tanya Rasulullah SAW.

“Apalah lagi ya Rasulullah,”
Barrah lantas bertanya.

“Begini,” ujar Rasulullah,
“Biarlah aku bayarkan tebusan dirimu yang diwajibkan oleh Sabit bin Qais, kemudian aku mengahwini engkau,” Rasulullah berterus-terang.
Mengakhiri ucapan Rasulullah SAW itu spontan Barrah menjawab,
“Baiklah, ya Rasulullah. Saya setuju.”

Rasulullah menepati janjinya. Baginda membayar wang tebusan sebanyak yang dipinta oleh Sabit dan mengahwini Barrah. Kini, Barrah bukan lagi seorang hamba, tetapi darjatnya telah naik ke taraf Ummul Mukminin. Sejak itu namanya ditukar oleh Rasulullah kepada Juwairiyah.

KLik link rujukan.

Tuesday, June 27, 2017

Riang Ria Raya 2017

GambaQ cun rugi lau tak di abadikan woi, haha.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2017.
28 Jun 2017 - 25 Tahun.
Alia Sakinah binTi Ahmad Termizi.
Bismillah,
Assalamualaikum.

Begitu inDah yer untuk dicOretkan segala kenangan,
walaupun viewer/reader tak berapa nak banyak,
tapi paling penting adalah graTiTude aku untuk setiap perkara yang berlaku dalam hidup.
Dan ianya bukan selalu, setahun sekali je kut saya mengucapkan

seLamat Hari Raya Aidil Fitri.
عيد الفطري سعيد
Salam lebaran 2017.

Okeyh, lepas tu aku nak incLude kan semua gambar-gambar raya 30 hari. Tapi aku cam tak sabar hari ni baru hari ke-3 syawaL,

Nak cerita pasal sepupu,
yang belah mak kami 15±,
yang beLah ayah, 48± cousin ramai dah yang kawin + ber anak pula.

So, sepupu sebelah mak aku depa org KuLim, KL,
beLah ayah Raub, Pahang. Temerloh, ada yang Penang, dan mana² yang kawin ngan Melaka, Perlis, mana-mana entah hik..

So, nak dijadikan ceghitanyaa, aku dah lama berciTa-ciTa nak coMbine sume gambar-gambar cOusin aku belah bapak aku, yelah 48± dengan yg dah kawin dah ada anak, kena ar doKumen kan gambar² dOrang, nanti senang anak² aku nak recOgnize sedara-mara doRang. haha! betul wey.. hUhu..

Tapi !! tapi masa depa dOk datang beraya kat Rumah Raub uLu Gali tuh, aku lupa nak tangkap gambar masa dorang tengah mai tu la, aduiyai.. Erm.. *nangis kuat-kuat.

Eh sat, satu jar jangan aku lupa, Belah mak aku, almarhum atuk ade 2 bini, bini 1st cerai hidup. Belah abah aku, atuk aku kawin 3, bini 1st meninggal muDa.
Ada pertalian darah sume ya, walau dah cerai, sedara mara keraBat tuh. Yang lain-lain cerita aku tak tahu lak.

So, aku sekarang insha ALLAH ler, dalam kepala ni nak buat doKumentasi gambar sedara mara belah mak&ayah. Banyak wey, aku pun tak tahu tak kenal, Kuala Selangor lagi, keLantan, mana² lagi huhu. kalau nak diikutkan belom yg sebelah moyang² nenek nenek atuk, hawau. Tak habis der.. Moganya kiTa semua bertemu di syurga  aameen.


Kuala Kubu Road, sedara belah mak from KL.
Raub, sebelah abah coUsin dari KL.
Raya rumah Pak de.
Tiba-tiba ada sesi berjual-beli, Women desire.
Eh yang tak pakai tudung tu orang Turkmenistan,
 kawan angah coUsin aku. Nama dia Salby 20.
Pokok pisang jer la kiTer xda laki lagi nak bergambar haha.