JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Monday, August 21, 2017

Doa Selepas Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir) Sebelum Salam

ﺑِﺴۡـــــــــﻢِ ﭐﻟﻠَّﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣۡـﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
.
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad ﷺ amalkan untuk permohonan doa.
Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan disepakati oleh majoriti ulama. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana
Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.]
.
.
Doa Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahhud Akhir)
.
Di antara doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasulullah ﷺ adalah dengan membaca doa berikut :
.
.
ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ، ﻭَﻋَﻦْ ﻳَﺤْﻴَﻰ ﺑْﻦِ ﺃَﺑِﻲ ﻛَﺜِﻴﺮٍ ، ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﺳَﻠَﻤَﺔَ ، ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ، ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : “ ﺇِﺫَﺍ ﺗَﺸَﻬَّﺪَ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ، ﻓَﻠْﻴَﺴْﺘَﻌِﺬْ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﺃَﺭْﺑَﻊٍ ، ﻳَﻘُﻮﻝُ : ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏِ ﺟَﻬَﻨَّﻢَ ، ﻭَﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏِ ﺍﻟْﻘَﺒْﺮِ ، ﻭَﻣِﻦْ ﻓِﺘْﻨَﺔِ ﺍﻟْﻤَﺤْﻴَﺎ ﻭَﺍﻟْﻤَﻤَﺎﺕِ ، ﻭَﻣِﻦْ ﺷَﺮِّ ﻓِﺘْﻨَﺔِ ﺍﻟْﻤَﺴِﻴﺤِﺎﻟﺪَّﺟَّﺎﻝِ ”
Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu , beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
[Hadis Riwayat Bukhari: 2/102 dan Muslim: 1/412.]
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu , Rasulullah ﷺ bersabda:
ﺇِﺫَﺍ ﻓَﺮَﻍَ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺘَّﺸَﻬُّﺪِ ﺍﻵﺧِﺮِ ﻓَﻠْﻴَﺘَﻌَﻮَّﺫْ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﺃَﺭْﺑَﻊٍ ﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏِ ﺟَﻬَﻨَّﻢَ ﻭَﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏِ ﺍﻟْﻘَﺒْﺮِ ﻭَﻣِﻦْ ﻓِﺘْﻨَﺔِ ﺍﻟْﻤَﺤْﻴَﺎ ﻭَﺍﻟْﻤَﻤَﺎﺕِ ﻭَﻣِﻦْ ﺷَﺮِّ ﺍﻟْﻤَﺴِﻴﺢِ ﺍﻟﺪَّﺟَّﺎﻝِ
“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara: (1) azab neraka jahannam, (2) azab kubur, (3) penyimpangan ketika hidup dan mati, (4) keburukan Al masih Ad Dajjal.” [ Hadis Riwayat Muslim no. 588].
.
.
Kaedah Membaca Doa Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir)
.
Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir
(Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.
.
Doa di atas dibaca semasa duduk tahiyat akhir selepas kita lafaz syahadah (angkat jari) dan dihabiskan semua lafaz selawat dalam Tahiyyat Akhir
dahulu serta diikuti doa-doa yang disarankan, sebelum diakhiri dengan salam.
Perlu diingat cara dan apa saja doa yang dibacakan itu masih lagi di dalam perlakuan solat. Habiskan bacaan Tahiyyat Akhir dan berdoalah sebelum memberi salam.
.
.
Solat Berjemaah
.
Ketika di dalam solat berjemaah, walaupun pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai MAKMUM, kita wajib mengikut imam. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca doa tersebut tetapi TIDAK BOLEH BACA ATAU MENERUSKAN BACAAN DOA DI SITU APABILA IMAM SUDAH BERPINDAH DARIPADA MEMBACA SELAWAT SELEPAS TASYAHHUD KEPADA MEMBERI SALAM YANG PERTAMA. Antum wajib berhenti dan terus mengikut imam memberi salam.
Dalilnya:
Rasulullah ﷺ bersabda:
ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺟُﻌِﻞَ ﺍﻟْﺈِﻣَﺎﻡُ ﻟِﻴُﺆْﺗَﻢَّ ﺑِﻪِ ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻛَﺒَّﺮَ ﻓَﻜَﺒِّﺮُﻭﺍ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺭَﻛَﻊَ ﻓَﺎﺭْﻛَﻌُﻮﺍ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺳَﺠَﺪَ ﻓَﺎﺳْﺠُﺪُﻭﺍ ﻭَﺇِﻥْ ﺻَﻠَّﻰ ﻗَﺎﺋِﻤًﺎ ﻓَﺼَﻠُّﻮﺍ ﻗِﻴَﺎﻣًﺎ ﻭَﻧَﺰَﻝَ ﻟِﺘِﺴْﻊٍ ﻭَﻋِﺸْﺮِﻳﻦَ ﻓَﻘَﺎﻟُﻮﺍ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺇِﻧَّﻚَ ﺁﻟَﻴْﺖَ ﺷَﻬْﺮًﺍ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺸَّﻬْﺮَ ﺗِﺴْﻊٌ ﻭَﻋِﺸْﺮُﻭﻥَ
“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Jika dia rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah kamu dengan berdiri.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
.
.
ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ
Wallahu A’lam Bish Shawab
.
.
ﻭَﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜَﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪ

rujukan link shafiqolbu

Thursday, August 17, 2017

Cerita muriD Ujian Prestasi

Assalamualaikum,

nak ceriTa sikit je lah,
I bukan jenis cerita banyak.

Nak katanya kelas yang saya mengajar ni kelas yang paling hujung,
jadinya kebanyakan mereka adalah lemah membaca jawi.

Makanya bila ujian Prestasi ke Peperiksaan pertengahan ke, diaorang suka main tanDa √ je kertas periksa tanpa membaca, dapat je kertas terus √√√ jawapan ا ب ج د kuang asam betol dak dak nie.

Dah tu aku pun duk ugut la depa, aku kata lebih kurang cam gini, sazah nak u all baca sOklan duluu paHtu baru tanda jawapan, lau tak sazah roTan!!
okay.. sazah nak tengOk sapa yang dah mula jawab mukasurat 2, maksudnya dia tak baca soklan!!

*Semua cuak,, buat² baca soalan,
I pun pOei la cek sorang²,, jumpa la sorang dah masuk mukasurat 2,
Adam :
"sazah, saya mmg baca soalan",
pastu aku cek jawapan, okei anda terselamat.

15+- minit berlalu.

Aku pun pusing 1 kelas cek,
ada la sorang budak asli lelaki baru masuk sekolah Mei yg lepas,
dia dOk tenung jaa muka surat kertas tuh,
tau dia tenung apa??
mukasurat 1 dari 15 minit yg lalu, tak jawab apa-apa langsung.

Aisey man~~
" Ekhsan...
kes awak ni lain macam,
awak takpayah baca soalan pun takpa, awak hentam je lah,
takpayah baca soalan,
dari mukasurat 1 sampai habis pun, hentam je lah, ustzah tak marah kalau awak tak baca soalan,
nanti kita usahakan ye Adi, Ekhsan, Azwani n Shila supaya mampu
membaca jawi. "

LoL,, punya la lurus dia pegi tenung sampai dia boleh baca soalan macam aku suruh, padahal dia tak boleh mengeja jawi langsung, hai lah murid~…
mungkin aku perlu bacakan soalan tuk mereka??

ok.
Friday,
8:16 am.

Wednesday, August 16, 2017

Mengajar


"Sesungguhnya ALLAH, MalaikatNYA serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus, mereka akan mendoakan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia."

(HR. Tirmidzi: 2609)

KLik link rujukan .

Monday, August 14, 2017

Manusia sombong


Wahai ALLAH,
aku selalu rasa ada manusia tu sombong,
bila aku tahu atau terbaca tentang dia,
aku mohOn padaMU Ya ALLAH,
jauhi aku dari sifat sOmbong,
sampai bila-bila,
sampai aku maTi.

Dia mahu manusia menghargai dia,
padahal kalamMU wahai Tuhan,
menyatakan bahawasanya tidaklah mengharapkan berbuat sesuatu, penghargaan dari orang lain.

Al-Insaan (76:9)

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا

Innama nutAAimukum liwajhi Allahi la nureedu minkum jazaan wala shukooran

(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana ALLAH semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,

http://get.muslimpro.com

enTah yang sombong membaca, hati terbuka?
Lindung aku dari sifat sombong.
wahai Yang Maha Kasih.

ALHAMDULILLAH,
atas nikmat Islam, dan nikmat sedar.
ambil pengajaran ye Sakinah.

Saturday, August 5, 2017

Enjoy yOuth time as anak Dara

Haha,,

Bebas, nak wat apa ni?
traveL ka?
jOm~

Tambah iLmu seLalu. ~
Jadi waniTa yang cerdas walau suka melawak dan bergurau, tapi dalam hati ada ilmu~…

Biar orang tak tahu, tapi kiTa tahu,
tujuan dan matlamat hidup,
melawak, tetap melawak, tapi bila bab deep, aku deepkan kat matlamat-matlamat aku, biar orang nampak hasilnya, bukan nampak 'appearance' aku.

ALLAH telah menetapkan setiap orang berlainan, jalan cerita, jalan taQdir, dan jalan rezeki. Kerana itu adalah yang terbaik untuk kiTa, jika kita bandingkan jalan cerita, taqdir dan rezeki kiTa dengan orang lain,
semestinya cahaya kau tak jumpa dan tak nampak sangat.
Tapi kalau kau hanya fokus jalan yang ALLAH tulis untuk diri kau, kau akan tenang. BERHENTI MELIHAT DAN MEMBANDING DENGAN ORANG LAIN.

Dan BERHENTI AMBIL KISAH DEKAT ORANG YANG 
TAK KISAH PASAL KAU.
Kerana sesungguhnya manusia yang hidung tinggi, yang dia tinggikan itu akan pusing balik kepada dia menyebabkan dia jadi rendah.

Kita ni hidup walau tinggi, harus merendah diri, jadi orang biasa, tapi bila buat kerja biar berjasa, jangan jadi orang sombong, bila buat kerja takda rasa tanggungjawab, dan takda rasa ganjaran akhirat.

Takpe orang anggap kita ni biasa, takda apa, biar kita sedih, biar ALLAH tahu, biar kita dapat berjasa pada orang, biar ALLAH balas kebaikan dengan kebaikan tepat pada masa.


Biar kita bergaul dan buat baik pada orang, biar orang tak buat baik juga pada kiTa. Biar kita memberi, tapi orang tu tak pernah memberi pada kiTa. Kerana ada suatu keyakinan, bila kita buat baik, walau orang tu tak buat baik pada kita, kebaikan itu akan datang balik pada kita, tapi kita tak perasan..

Teruskan keyakinan, jadi manusia yang dapat beri manfaat pada manusia, dan kita pun menjaga diri dari dimanfaat manusia jahat, sebab kalau mereka jaha*  , benda tu akan pusing balik pada dorang, jangan isaw lau orang jaha* nieyh.

Keep cool.
Dan banyakkan doa, jauhkanlah aku Wahai Tuhan, dari orang yang mempersiakan aku, dan aku pun dengan izinMU, mempersiakan dia.
TQ ALLAH..

25 years old and lots more of achievements to be achieved. :)
for hereafter.