JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Thursday, May 13, 2021

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2021

 .

.

Assalammualaikum,


Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2021,

Ku abadikan gambar-gambar raya 2021 aku di sini.


Dan yang sebenarnya, ketika menjelang HARI RAYA, aku dan kawan-kawan tempat kerja perlu kuarantin selama 10 hari, kerana terdapat 1 orang pekerja dijangkiti Covid-19.


KUARANTIN 10 HARI
07 MEI - 16 MEI 2021

Aku dapat GELANG PINK nie di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu, pada tarikh 11 MEI 2021 setelah 5 hari kuarantin di rumah Kampung Kuala Kubu Road, Kuala Kubu Bharu, Selangor.


Setelah 5 hari kuarantin, baru Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) suruh datang ke Dewan KKB untuk buat swab test dan pakai gelang pink.


Serta ini adalah pertama kali aku menjalani SWAB TEST setelah 1 tahun lebih Covid-19 melanda dunia. Rasa swab di hidung tu macam hidung kau termasuk AIR, macam pedih air terMASUK HIDUNG. Tak pedih tapi macam sengal haha.


Seterusnya hari ini ialah HARI RAYA Aidil Fitri bersamaan hari KHAMIS, 13 MEI 2021.


Aku TAK boleh PERGI SURAU nak Solat Sunat Aidil Fitri disebabkan perlu kuarantin. Apakan daya, semua kehendak DIA. 

Rendang, Lemang, Nasi himpit dan Kuah Kacang.

Aneka kuih raya.


Bersama adikku Ain Amira

Setiap tahun, pokok pisang dan aku berpisah tiada.

2021, 29 Tahun, single.

Birthday aku 28 Jun 2021 nie, umur 29 tahun, berat 43 Kg, tinggi 156 cm. LOL

** Updated: Result swab test: Negatif. alhmdulillah.

Walaupun negatif, SOP tetap kena jaga sampai Covid-19 takda dalam dunia.

Teruskan jaga dan semoga Allah lindungi kita dari terkena wabak ini. ameen