JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Friday, June 28, 2013

selamat hari lahir kpd saye hehe

28 Jun,
HAHA , salam, ucapan syukur ALHAMDULILLAH, masih menikmati udara dan diberi masa untuk bertaubat. huhu.

ucapan terima kasih jugak kepada mak dan abah kerana telah menjaga saya semasa kecik2 dahulu, mesti cute giler aku masa kecik hahaha..

 gambor sikit masa kat UK mei 2012, x sompat nak ditatapkan ke keuarge tercinta. lupe, balik nanti yeah !

awek tunggu bas

try pakai tak beli


menahan nak terber**


park
rehat lepas shopping
















Saturday, June 22, 2013

||Ucapan Takziah Kepada Mangsa Kemalangan Pelajar Malaysia di Jordan||

"Sesungguhnya hanya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kebangkitan, dan yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada beroleh kebaikan atau malapetaka), dan tiada jiwa yang mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Meliputi Pengetahuan."

(Surah Luqman: 34)

Ucapan takziah kepada keluarga Al-Marhumah Sumayyah bt Romli atas pemergian beliau ke rahmatullah lewat petang semalam, 21 Jun 2013. Jenazah telah dihantar ke Hospital Prince Hamzah untuk tindakan susulan dan dijangka akan dihantar pulang ke Malaysia pada 23 Jun 2013. Masa dan tempat solat jenazah akan diumumkan selepas mendapat pengesahan daripada pihak hospital dan agensi pengurusan jenazah.

Pihak MPMMJ telah dimaklumkan bahawa :

1) Saudara Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin telah dipindahkan ke Hospital Amman Surgery, Amman, Jordan.

2) Saudara Shukri Bin Alias buat masa ini masih lagi ditempatkan didalam Wad ICU, Hospital Queen Alia, Petra dan mendapat kawalan rapi daripada pihak hospital.Beliau cedera ditempurung kepala dan tulang belakang.

3) Saudari Humairak Binti Ibrahim yang mengalami keguguran berada dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di Hospital Queen Alia, Petra.

4) Saudari Nur Ili Dayana Binti Mazlan, pelajar di London School Of Economy juga mengalami kecedaraan di bahagian bahu dan bahagian pinggang dan sekarang masih ditempatkan di Hospital Queen Alia, Petra.

Sehubungan dengan itu, pihak MPMMJ melancarkan tabung derma kilat diseluruh persatuan zon di Jordan bagi meringankan beban kos pembiayaan rawatan mangsa kemalangan. Mohon doa rakan-rakan semoga dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Arif Amin Bin Rushihi.
Presiden.
MPMMJ sesi 2013/2014.


http://educationmalaysia.co.uk/en/home-2/8-news/224-pelajar-ucl-terlibat-dalam-kemalangan-maut-di-jordan.html

Sunday, June 16, 2013

spot the differences game


Family Day gathering mEc (middle east commerce) April 2013
mEc01 programme, INTEC Shah Alam April-August 2010.

Wednesday, June 12, 2013

peringatan

 وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا ﴿٢٧ يَا وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا ﴿٢٨لَّقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي ۗ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنسَانِ خَذُولًا ﴿٢٩ وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا ﴿٣٠ وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا مِّنَ الْمُجْرِمِينَ ۗ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ هَادِيًا وَنَصِيرًا ﴿٣١

1) sesalan orang zalim/org berdosa
2) sahabat/temannya
3) al-Quran dlm kehidupan
4) cukuplah ALLAH pemberi petunjuk dan penolong.

27. Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya[1064], seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul."
[1064]. Menggigit tangan (jari) maksudnya menyesali perbuatannya.

28. Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan[1065] itu teman akrab(ku).
[1065]. Yang dimaksud dengan si Fulan, ialah syaitan atau orang yang telah menyesatkannya di dunia.

29. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Quran ketika Al Quran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia.

30. Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan."

31. Dan seperti itulah, telah Kami adakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa. Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong.