JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Wednesday, September 27, 2017

Ipoh dan Penang

Fuh, fuh,, rase cam berhabuQ, haha...
ayat skema dah lama tak tulis bLog padahal takda lah lama sangat,,

Al-kisahnya hari tu cuti, pi menziarahi saudara, alang-alang tu jalan-jalan la sikit.
Best tau jenjalan ni, pastu aku macam realize ada banyak persamaan gambar-gambar yang aku tangkap, dengan gamba-gambar lama aku gi Mesir 2011, dengan UK 2012.. Pastu aku cam nak buat video lah kut, perbandingan di antara 2011/2012 dengan 2017.. Dalam proses pelaksanaan.

So, sekarang ni aku share video Ipoh, & video Penang dulu lah..

Lepas tu hari ni aku dok bOrak dengan Kak S**,, dia citer pasal adik laki dia, dia tegur dik laki dia, pastu adik laki dia sentap,,
Pastu, sampai sekarang Kak S** , bila bab nak tegur dik laki dia, Kak S** diam ja, biarkan ja,  malas nak tegur... Kan~~

Kan, camtu lah aku rasa dekat orang yang bodoh sentap, haha.. hati dah tawar.
Lepas tu, akak tu kata dengan adik beradik lain, tegur, tegur gak, tapi tak berasa hati, tak sentap, malah terima, tegur dalam nada yg indah, dah tu pulak, orang-orang yang okay camtu lah,, Tuhan amek dulu.. inna lillahhi wa inna ilaihi roo'jiun..

Video Penang.
Video Ipoh.

Saturday, September 16, 2017

Teman Lama

Assalam 'alaikum,

Saja nak cOret, sebab rasa macam lama sesangat tak jumpa Nila Suria, my old friend,, perkenalan yg sangat singkat,
3 tahun jer,, 2005-2007..

Lepas PMR, Nila pun pindah ke SAMBEST kan? So, tahun 2017 cam jumpa dekat Karnival Sambutan Hari Malaysia, dekat Padang Awam Bukit Sentosa,,

tapi my memOry first time kenal dengan beliau ialah,,, semasa di tingkaTan 1,,

ada kegiatan kO-kurikulum pada sebelah petang persekolahan, masa tu macam I baru first or secOnd time ambil wudhu' di surau asrama perempuan, I budak luar, bukan budak asrama, I tumpang solat ja,,

nak dikatakan masa tengah ambil wudhu' tuh, I letak tudung kat tebing dinding tuh, tiba² tudung tu jatuh ke belah belakang dinding tu plak, blah belakang tebing dinding tuh asrama lelaki, takkan la den yg pakai serkup tuh nak gi amek kang aurat haha! So,, pada ketika itulah, Nila yg belum dikenali menghulurkan bantuan, meng ambikkan tudung haQuw yg terjatuh habis kotor kena tanah ckit.. Sekian,, itu detik perkenalan pertama,, caner tah aku boleh ingat, mungkin sebab cuak dalam hati, woi tudung ak jatuuuh, toloong,, haha..

Sekian,, :) ..


Friday, September 8, 2017

Contoh Kertas Kerja Pertandingan Menghias Kelas Merdeka

KERTAS KERJA  PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

OBJEKTIF

Tujuan Pertandingan menghias kelas sepanjang bulan kemerdekaan ini adalah untuk:

1. Memupuk semangat cintakan negara,
Menghayati perjuangan para pejuang tanah air yang telah bertungkus – lumus membebaskan negara dari penjajahan kuasa asing.
2. Selain itu pertandingan menghias kelas merdeka ini diharap dapat menaikkan semangat para pelajar tentang peri pentingnya menjaga tanah air.
3. Mensyukuri nikmat kebebasan.
4. Bersemangat untuk belajar seterusnya berjaya dan menyumbang sesuatu untuk negara melalui pertandingan ini.

SASARAN
Semua guru dan para pelajar SRA Kuala Kubu Bharu.

PELAKSANAAN
1. Hebahan tentang Pertandingan Menghias Kelas Bulan Kemerdekaan melalui brochure yang diedarkan untuk setiap kelas.
2. Para guru dan pelajar mula menghias kelas mengikut tempoh yang ditetapkan bersamaan 7 Ogos – 25 Ogos 2017.
3. Mengikut kretiviti dan keunikan tersendiri.
4. Para panel hakim akan menilai markah pada minggu akhir bulan kemerdekaan berdasarkan borang pemarkahan yang telah disediakan.
5. Hadiah akan diberikan pemenang mengikut setiap darjah 1 pemenang pada perhimpunan minggu berikutnya setelah penilaian dilaksanakan.

ANGGARAN PERBELANJAAN
....----....

JAWATANKUASA INDUK
KERTAS KERJA  PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

Pengerusi: Ustazah Normah Bt Md Saih  (Guru Besar)
Tim. Pengerusi: Rosliza Binti Ahmad Hassan
Setiausaha: Alia Sakinah Binti Ahmad Termizi

PENUTUP

Adalah diharapkan agar Pertandingan Menghias Kelas Bulan Kemerdekaan 2017, SRA Kuala Kubu Bharu ini dapat memupuk semangat cintakan negara terhadap para pelajar khususnya, disamping dapat menggalakkan para pelajar untuk bersama-sama sentiasa mejaga dan peka dengan kebersihan dan keceriaan sekolah. Selain itu, diharap juga impak dari pertandingan menghias kelas ini akan kekal dan berterusan sehingga hujung tahun, dan di mana saja para pelajar berada.

Disediakan oleh,
______________________________
( ALIA SAKINAH BINTI AHMAD TERMIZI)
SETIAUSAHA         
PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

Disemak Oleh,
________________________________
( ROSLIZA BINTI AHMAD HASSAN)
PENASIHAT
PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

Disahkan oleh,
____________________
( NORMAH BT MD SAIH)
PENGERUSI
PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

LAMPIRAN 1


LAMPIRAN 2


Tuesday, September 5, 2017

Benci dan kemaafan

Suatu hari, Rasulullah SAW sedang duduk di masjid dikelilingi para sahabat. Beginda sedang mengajarkan ayat-ayat al-Quran. Tiba-tiba Rasulullah SAW. berhenti sejenak dan berkata,”Akan hadir diantara kalian seorang calon penghuni syurga”. Para sahabat pun bertanya-tanya dalam hati, siapakah orang istimewa yang dimaksud Rasulullah ini?. Dengan rasa berdebar-debar mereka menunggu kedatangan orang tersebut. Semua mata memandang ke arah pintu.

Tidak berapa lama kemudian, seorang lelaki melenggang masuk masjid. Para sahabat hairan, inikah orang yang dimaksud Rasulullah? Dia tak lebih dari seorang lelaki dari kaum ansar (orang kebanyakan). Dia tidak termasuk di antara sahabat utama. Dia juga bukan dari golongan tokoh Quraisy. Bahkan, tidak banyak yang mengenalnya. Pun, sejauh ini tak terdengar keistimewaan dia.

Ternyata, kejadian ini berulang sampai tiga kali pada hari-hari selanjutnya. Tiap kali Rasulullah berkata akan hadir di antara kalian seorang calon penghuni syurga, lelaki tersebutlah yang kemudian muncul.

Maka para sahabat pun menjadi yakin, bahawa memang lelaki itulah yang dimaksud Rasulullah. Mereka juga menjadi semakin kehairanan, amalan istimewa apakah yang dimiliki lelaki ini hingga Rasulullah menjelaskan bahawa dia adalah sebagai calon penghuni syurga?

Akhirnya, para sahabat pun sepakat mengutus salah seorang di antara mereka untuk mengamati kehidupan harian lelaki ini. Maka pada suatu hari, sahabat yang diutus ini menyatakan keinginannya untuk bermalam di rumah lelaki tersebut. Lelaki tersebut iaitu calon penghuni syurga mempersilakannya.

Selama tinggal di rumah lelaki tersebut, sahabat terus-menerus mengikuti kegiatan lelaki calon penghuni syurga. Saat lelaki tersebut makan, sahabat ikut makan. Saat lelaki tersebut mengerjakan pekerjaan rumah, sahabat menunggui.

Tapi ternyata seluruh kegiatannya biasa saja. “Oh, mungkin ibadah malam harinya sangat khusyuk” fikirnya. Tapi ketika malam tiba, lelaki tersebut bersikap biasa saja. Dia mengerjakan ibadah wajib sebagaimana biasa. Dia membaca al-Quran dan mengerjakan ibadah sunnah, namun tidak banyak. Ketika tiba waktunya tidur, dia pun tidur dan baru bangun ketika azan subuh berkumandang.

Sungguh, sahabat hairan, sebab ia tidak jua menemukan sesuatu yang istimewa dari lelaki ini. Tiga malam sahabat bersama calon penghuni syurga, tetapi semua tetap seperti biasa sahaja.

Akhirnya, sahabat itu pun pun berterus terang akan maksudnya bermalam. Dia bercerita tentang pernyataan Rasulullah SAW. Kemudian dia bertanya,“Wahai sahabatku, sesungguhnya amalan istimewa apakah yang kau lakukan sehingga kau disebut salah satu calon penghuni syurga oleh Rasulullah? Tolong beritahu aku agar aku dapat mencontohimu”.

Lelaki itu menjawab,” Wahai sahabat, seperti yang kau lihat dalam kehidupan sehari-hariku. Aku adalah seorang muslim biasa dengan amalan biasa pula. Namun ada satu kebiasaanku yang boleh kuberitahukan padamu. Setiap menjelang tidur, aku berusaha membersihkan hatiku. Kumaafkan orang-orang yang menyakitiku dan buang semua iri, dengki, dendam dan perasaaan buruk kepada semua saudaraku sesama muslim. Hingga aku tidur dengan tenang dan hati bersih serta ikhlas. Barangkali itulah yang menyebabkan Rasulullah SAW. menyatakan demikian.”

Mendengar penjelasan itu, wajah sahabat menjadi berseri-seri. “Terima kasih sahabatku atas hikmah yang kau berikan. Aku akan memberitahu para sahabat mengenai hal ini”. Sahabat pun meminta izin untuk pulang dengan membawa pelajaran yang sangat berharga.

Tiada hasaD dan tiada perasaan benci, serta memaafkan,

Aku betul benci dengan orang yang sombong angkuh, gaya dan mukanya sangat angkuh tidak memandangku, jadi aku nak belajar tiada benci, dan aku maafkan keangkuhan dia bila terdekat aku,
aku cakap kat mak aku, mak aku kata tak baik la dia buat macam tu, tu lah, demi ALLAH tak pernah aku ingin ter lihat orang tu, tapi ALLAH nak uji aku, ter tengok gak, pergh, menyombong angkuhnya mendongak kepala, astaghfirullah.

Benar, mungkin ini lah kemuliaannya, agar aku membersihkan hati. Memaafkan orang-orang yang menyakitiku dan buang semua iri, dengki, dendam dan perasaaan buruk kepada semua org sesama muslim. aameen..

*sifat berbaik sangka itu, calon ahli syurga, aameen, aku nak sentiasa berbaik sangka pada yg ego.

rujukan link