السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
.
.
Hari ni 8 September baru ada kesempatan update cucuk ke-2 , maksudnya dah lengkap vaksin (dah lebih 14 hari dari tarikh cucuk)
Tarikh Vaksin Dos Kedua pada 13 OGOS 2021
KESAN SAMPINGAN
Hari tu daku tiada apa-apa kesan sangat untuk dos ke-2, alhamdulillah, cuma ada pening sikit sahaja, itu pun sekejap sahaja.
Yang ada kesan sampingan nya , badan makin berisi, pula dah, rasa macam makan banyak, begitulah.
Lain-lain kesan sampingan tiada. 🤲
COVID 19 HILANG DI MUKA BUMI
Covid 19 ini tak tahu lah sampai bila akan hilang, tiba aku rasa macam sepanjang kehidupan ini, tak hilang Covid-19,
tiber, tapi boleh ja negara lain bebas Covid 19, ini bermakna sekiranya penduduk bumi bersatu, melaksanakan cara yang sama dengan negara yang dah bebas Covid-19, pasti Covid ini akan hilang,
tapi apakan daya, penduduk bumi tak kan pernah bersatu, bersatu hati melaksanakan cara yang sama seperti negara yang telah bebas Covid-19.
SEKOLAH DAN RUMAH
Daku sebagai manusia biasa, pastilah rasa bosan, tak dapat jumpa murid-murid, mengajar, memberi, mengerahkan tenaga di SEKOLAH,
Disebabkan tak dapat pegi sekolah,
terpaksalah daku mewujudkan suasana di RUMAH yang menggembirakan haha,
dah habis indah dah bilik aku, aku kerjakan agar menjadi tempat terindah untuk didiami haha. Selepas sekolah tempat untuk berkarya tak dapat diduduki..
Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, Selangor |
Starlight Lamp |
Yellow lamps. (decoration lamp) |