JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Saturday, June 22, 2013

||Ucapan Takziah Kepada Mangsa Kemalangan Pelajar Malaysia di Jordan||

"Sesungguhnya hanya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kebangkitan, dan yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada beroleh kebaikan atau malapetaka), dan tiada jiwa yang mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Meliputi Pengetahuan."

(Surah Luqman: 34)

Ucapan takziah kepada keluarga Al-Marhumah Sumayyah bt Romli atas pemergian beliau ke rahmatullah lewat petang semalam, 21 Jun 2013. Jenazah telah dihantar ke Hospital Prince Hamzah untuk tindakan susulan dan dijangka akan dihantar pulang ke Malaysia pada 23 Jun 2013. Masa dan tempat solat jenazah akan diumumkan selepas mendapat pengesahan daripada pihak hospital dan agensi pengurusan jenazah.

Pihak MPMMJ telah dimaklumkan bahawa :

1) Saudara Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin telah dipindahkan ke Hospital Amman Surgery, Amman, Jordan.

2) Saudara Shukri Bin Alias buat masa ini masih lagi ditempatkan didalam Wad ICU, Hospital Queen Alia, Petra dan mendapat kawalan rapi daripada pihak hospital.Beliau cedera ditempurung kepala dan tulang belakang.

3) Saudari Humairak Binti Ibrahim yang mengalami keguguran berada dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di Hospital Queen Alia, Petra.

4) Saudari Nur Ili Dayana Binti Mazlan, pelajar di London School Of Economy juga mengalami kecedaraan di bahagian bahu dan bahagian pinggang dan sekarang masih ditempatkan di Hospital Queen Alia, Petra.

Sehubungan dengan itu, pihak MPMMJ melancarkan tabung derma kilat diseluruh persatuan zon di Jordan bagi meringankan beban kos pembiayaan rawatan mangsa kemalangan. Mohon doa rakan-rakan semoga dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Arif Amin Bin Rushihi.
Presiden.
MPMMJ sesi 2013/2014.


http://educationmalaysia.co.uk/en/home-2/8-news/224-pelajar-ucl-terlibat-dalam-kemalangan-maut-di-jordan.html

No comments:

Post a Comment