JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Thursday, March 15, 2012

Al-quran Al-karim

Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
" Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar".
Aku bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?"
Baginda menjawab:

" (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah,
ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu,
dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu,
serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; 
(kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah;
al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh,
dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, 
dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus).
Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong;
dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk;
dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya;
(demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata:
"Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya."
(Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala;
dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya;
dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."



Ali r.a

No comments:

Post a Comment