JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Saturday, April 16, 2016

Hukum memenuhi undangan

Assalamualaikum,

I dont know why sesetengah orang di tempat aku , ada yang tak nak datang setiap kali ada majlis atau undangan.

Jadi di sini, janganlah ego, sombong merasakan diri itu hebat, merendah diri lah, kau tak ke mana dengan sifat hati yang tak redha dengan aturan Tuhan..

Ada orang-orang yang baik aku jadikan ikutan, yang berperangai sombong , tak sedar diri, tak redha, tak bersyukur dgn manusia, tak bersyukur dengan ALLAH, memang tak la nak kawan dgn org cmtu.

Aku pun bukannya baik, tapi aku cuba lihat mereka-mereka yang baik, dan aku ikut. Maasya ALLAH

Hadiri jemputan; penuhi undangan
Tarikh: Dec 06, 2009
Riwayat: (at-Thabrani)
Kategori: Munakahat

Hadith:
Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan
makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa
hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa
untuk keberkatan yang menjemput.

Huraian Hadith:
Hukum memenuhi jemputan ke majlis atau jamuan adalah
wajib sekiranya tiada perkara-perkara maksiat di dalamnya
dan tiada keuzuran syar'ie kerana ia adalah satu daripada
hak-hak Muslim. Walau bagaimana pun kewajipan memenuhi
undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang
tertentu. Antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai
keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri
undangan tersebut dan dalam majlis tersebut tidak ada
perkara mungkar seperti disediakan minuman arak,
mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau
bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya. Jika didapati
majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar maka
gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.

rujukan link:

http://www.islam.gov.my/e-hadith/hadiri-jemputan-penuhi-undangan

No comments:

Post a Comment