JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Friday, September 8, 2017

Contoh Kertas Kerja Pertandingan Menghias Kelas Merdeka

KERTAS KERJA  PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

OBJEKTIF

Tujuan Pertandingan menghias kelas sepanjang bulan kemerdekaan ini adalah untuk:

1. Memupuk semangat cintakan negara,
Menghayati perjuangan para pejuang tanah air yang telah bertungkus – lumus membebaskan negara dari penjajahan kuasa asing.
2. Selain itu pertandingan menghias kelas merdeka ini diharap dapat menaikkan semangat para pelajar tentang peri pentingnya menjaga tanah air.
3. Mensyukuri nikmat kebebasan.
4. Bersemangat untuk belajar seterusnya berjaya dan menyumbang sesuatu untuk negara melalui pertandingan ini.

SASARAN
Semua guru dan para pelajar SRA Kuala Kubu Bharu.

PELAKSANAAN
1. Hebahan tentang Pertandingan Menghias Kelas Bulan Kemerdekaan melalui brochure yang diedarkan untuk setiap kelas.
2. Para guru dan pelajar mula menghias kelas mengikut tempoh yang ditetapkan bersamaan 7 Ogos – 25 Ogos 2017.
3. Mengikut kretiviti dan keunikan tersendiri.
4. Para panel hakim akan menilai markah pada minggu akhir bulan kemerdekaan berdasarkan borang pemarkahan yang telah disediakan.
5. Hadiah akan diberikan pemenang mengikut setiap darjah 1 pemenang pada perhimpunan minggu berikutnya setelah penilaian dilaksanakan.

ANGGARAN PERBELANJAAN
....----....

JAWATANKUASA INDUK
KERTAS KERJA  PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

Pengerusi: Ustazah Normah Bt Md Saih  (Guru Besar)
Tim. Pengerusi: Rosliza Binti Ahmad Hassan
Setiausaha: Alia Sakinah Binti Ahmad Termizi

PENUTUP

Adalah diharapkan agar Pertandingan Menghias Kelas Bulan Kemerdekaan 2017, SRA Kuala Kubu Bharu ini dapat memupuk semangat cintakan negara terhadap para pelajar khususnya, disamping dapat menggalakkan para pelajar untuk bersama-sama sentiasa mejaga dan peka dengan kebersihan dan keceriaan sekolah. Selain itu, diharap juga impak dari pertandingan menghias kelas ini akan kekal dan berterusan sehingga hujung tahun, dan di mana saja para pelajar berada.

Disediakan oleh,
______________________________
( ALIA SAKINAH BINTI AHMAD TERMIZI)
SETIAUSAHA         
PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

Disemak Oleh,
________________________________
( ROSLIZA BINTI AHMAD HASSAN)
PENASIHAT
PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

Disahkan oleh,
____________________
( NORMAH BT MD SAIH)
PENGERUSI
PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS
BULAN KEMERDEKAAN 2017
SRA KUALA KUBU BHARU

LAMPIRAN 1


LAMPIRAN 2


No comments:

Post a Comment