JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Saturday, March 23, 2013

ALLAH..

moga sentiasa hati ini disentuh oleh-NYA... hati kita semua,, ya'ni moga kita sedar dan pilih jalan/cara yg benar.



petikan dari : http://786masterkopi.blogspot.com/2013/03/tersenyum-menerima-kesusahan-dan.html

Katalah ada orang menyusahkan kita. Mungkin suami kita, isteri kita, ibu ayah, anak atau orang lain. Waktu itu kita perlu rasakan di hati, "Rupanya ALLAH nak berikan pahala kepada aku, jadi buat apa aku susah-susah hati. Bukan aku yang bersalah, dia yang bersalah."

Jadi kalau kita tak redha dan tidak sabar, sebenarnya itu satu kepelikan kerana orang lain yang lakukan kesalahan, kita yang susah hati. Patutnya perkara yang membolehkan kita masuk Syurga menjadikan kita redha dan sabar. 

Apabila orang curi duit kita umpamanya, orang itu yang patut susah hati sebab dia yang bersalah dia akan masuk Neraka sedangkan kita akan dibalas dengan Syurga. Tapi kita pula yang nak marah dengan orang yang nak masuk Neraka. Kerana kita tak tahu kerja ALLAH!

Bila kawan silap sikit dengan kita, kita pun marah-marah. Patutnya kawan itu yang marahkan kita,

"Tengok, aku dah termarahkan engkau, kalau tak kena gaya, boleh masuk Neraka..."

Tapi kita pula yang marahkan dia. Sedangkan kita patut susah hati,
'Jangan sampai aku yang tersalah dengan orang. Bila bersalah atau silap dengan orang, aku boleh masuk Neraka. Kalau aku menjaga daripada membuat kesalahan, aku boleh masuk Syurga.'

Patutnya kita sedar tentang hal ini.




No comments:

Post a Comment