JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Monday, August 21, 2017

Doa Selepas Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir) Sebelum Salam

ﺑِﺴۡـــــــــﻢِ ﭐﻟﻠَّﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣۡـﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
.
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad ﷺ amalkan untuk permohonan doa.
Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan disepakati oleh majoriti ulama. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana
Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.]
.
.
Doa Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahhud Akhir)
.
Di antara doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasulullah ﷺ adalah dengan membaca doa berikut :
.
.
ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ، ﻭَﻋَﻦْ ﻳَﺤْﻴَﻰ ﺑْﻦِ ﺃَﺑِﻲ ﻛَﺜِﻴﺮٍ ، ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﺳَﻠَﻤَﺔَ ، ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ، ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : “ ﺇِﺫَﺍ ﺗَﺸَﻬَّﺪَ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ، ﻓَﻠْﻴَﺴْﺘَﻌِﺬْ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﺃَﺭْﺑَﻊٍ ، ﻳَﻘُﻮﻝُ : ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏِ ﺟَﻬَﻨَّﻢَ ، ﻭَﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏِ ﺍﻟْﻘَﺒْﺮِ ، ﻭَﻣِﻦْ ﻓِﺘْﻨَﺔِ ﺍﻟْﻤَﺤْﻴَﺎ ﻭَﺍﻟْﻤَﻤَﺎﺕِ ، ﻭَﻣِﻦْ ﺷَﺮِّ ﻓِﺘْﻨَﺔِ ﺍﻟْﻤَﺴِﻴﺤِﺎﻟﺪَّﺟَّﺎﻝِ ”
Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu , beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
[Hadis Riwayat Bukhari: 2/102 dan Muslim: 1/412.]
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu , Rasulullah ﷺ bersabda:
ﺇِﺫَﺍ ﻓَﺮَﻍَ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺘَّﺸَﻬُّﺪِ ﺍﻵﺧِﺮِ ﻓَﻠْﻴَﺘَﻌَﻮَّﺫْ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﺃَﺭْﺑَﻊٍ ﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏِ ﺟَﻬَﻨَّﻢَ ﻭَﻣِﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏِ ﺍﻟْﻘَﺒْﺮِ ﻭَﻣِﻦْ ﻓِﺘْﻨَﺔِ ﺍﻟْﻤَﺤْﻴَﺎ ﻭَﺍﻟْﻤَﻤَﺎﺕِ ﻭَﻣِﻦْ ﺷَﺮِّ ﺍﻟْﻤَﺴِﻴﺢِ ﺍﻟﺪَّﺟَّﺎﻝِ
“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara: (1) azab neraka jahannam, (2) azab kubur, (3) penyimpangan ketika hidup dan mati, (4) keburukan Al masih Ad Dajjal.” [ Hadis Riwayat Muslim no. 588].
.
.
Kaedah Membaca Doa Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir)
.
Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir
(Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.
.
Doa di atas dibaca semasa duduk tahiyat akhir selepas kita lafaz syahadah (angkat jari) dan dihabiskan semua lafaz selawat dalam Tahiyyat Akhir
dahulu serta diikuti doa-doa yang disarankan, sebelum diakhiri dengan salam.
Perlu diingat cara dan apa saja doa yang dibacakan itu masih lagi di dalam perlakuan solat. Habiskan bacaan Tahiyyat Akhir dan berdoalah sebelum memberi salam.
.
.
Solat Berjemaah
.
Ketika di dalam solat berjemaah, walaupun pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai MAKMUM, kita wajib mengikut imam. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca doa tersebut tetapi TIDAK BOLEH BACA ATAU MENERUSKAN BACAAN DOA DI SITU APABILA IMAM SUDAH BERPINDAH DARIPADA MEMBACA SELAWAT SELEPAS TASYAHHUD KEPADA MEMBERI SALAM YANG PERTAMA. Antum wajib berhenti dan terus mengikut imam memberi salam.
Dalilnya:
Rasulullah ﷺ bersabda:
ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺟُﻌِﻞَ ﺍﻟْﺈِﻣَﺎﻡُ ﻟِﻴُﺆْﺗَﻢَّ ﺑِﻪِ ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻛَﺒَّﺮَ ﻓَﻜَﺒِّﺮُﻭﺍ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺭَﻛَﻊَ ﻓَﺎﺭْﻛَﻌُﻮﺍ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺳَﺠَﺪَ ﻓَﺎﺳْﺠُﺪُﻭﺍ ﻭَﺇِﻥْ ﺻَﻠَّﻰ ﻗَﺎﺋِﻤًﺎ ﻓَﺼَﻠُّﻮﺍ ﻗِﻴَﺎﻣًﺎ ﻭَﻧَﺰَﻝَ ﻟِﺘِﺴْﻊٍ ﻭَﻋِﺸْﺮِﻳﻦَ ﻓَﻘَﺎﻟُﻮﺍ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺇِﻧَّﻚَ ﺁﻟَﻴْﺖَ ﺷَﻬْﺮًﺍ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺸَّﻬْﺮَ ﺗِﺴْﻊٌ ﻭَﻋِﺸْﺮُﻭﻥَ
“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Jika dia rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah kamu dengan berdiri.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
.
.
ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ
Wallahu A’lam Bish Shawab
.
.
ﻭَﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜَﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪ

rujukan link shafiqolbu

No comments:

Post a Comment