JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Monday, October 2, 2017

Tarbiyah hati

Tarbiyahkan hati,
tak semua orang sayang kita,
dan tak semua orang benci kiTa.

SubhaanALLAH, a very nice tarbiyah.
------------------------------------
Perkongsian dari Islamic group whatsapp:

🔴 Ummi tarbiyyahkan adik pasal org benci .org tak suka kita

✅Adikku sayang. Ingatkan hati tidak semua manusia suka aku. Dan tidak semua manusia membenci aku. Kadang-kadang kita rasa kita tak susahkan orang lain, tak mengumpat tentang orang lain, tak mengganggu hidup orang lain tetapi ada juga yang menabur fitnah dan membenci. Itu kebiasaan dik terutama apabila adik menyebarkan kebaikan. Kita semua tidak sempurna. Maafkan dan dirimu akan lebih tenang.

Seandainya kita sememangnya tidak melakukan kesilapan, kenapa mahu bersedih? ALLAH sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Jika mereka membenci kita dan menyakitkan hati kita, itu dosa mereka. Kita tak rugi apa-apa, yang perlu kita sedih bukan sebab mereka membenci kita tetapi jika kita membenci orang dan cuba menyakitkan hati mereka. Kerana perbuatan itu akan membuatkan kita hampir dengan dosa. Berdim diri saja. Biarkan mereka mengalirkan pahala untuk kita. Api akan makin marak bila disimbah dengan api. Laungkan azan(buat kebaikan) agar api itu menunduk. ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Rasulullah sendiri ditentang walaupun Baginda adalah insan yang terbaik. Muhasabah diri, baiki kelemahan diri dan mantapkan hati.

Pengalaman ummi sendiri pun banyak kena fitnah, bila balas lambat bersangka buruk, sebar aib untuk jatuhkan kita, mengumpat sana sini, tapi bila kita bersabar, ALLAH tunjukkan kebenaran, mereka yang datang meminta maaf. Ummi lebih suka berdiam diri, ambik mana yang perlu untuk baiki diri. Itu sahaja. Jika difikirkan hati kamu yang akan tersakiti.

Andai ada yang membenci, masih ada yang menyayangi. Teruslah sebarkan kebahagiaan, jangan undur diri. Letakkan ALLAH di hati, dekatkan diri dengan-NYA, kekuatan akan mengalir tanpa henti.

~^O^~ ❤

-siput pink-

No comments:

Post a Comment