JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG

Thursday, July 6, 2017

Semudah itu

Juwairiyah.

............

“Ya Rasulullah, saya adalah Barrah binti Al Harris bin Dirar, anak kepada penghulu kaumku.Tujuan kedatangan saya ini, sebagaimana tuan ketahui iaitu saya menjadi bahagian Sabit bin Qais.
Tetapi saya telah diberinya kesempatan untuk menebus diri saya dengan bayaran sebanyak 9 uqiyyah (1 uqiyyah bersamaan 1 setengah tahil emas). Sekarang saya datang kepada tuan dan bermohon agar tuan membantu saya dalam hal ini agar dengan itu saya dapat melepaskan diri saya (dari perhambaan) ini,” katanya bersungguh-sungguh.

Rasulullah diam seketika.
Baginda mengamat-amati ucapan Barrah itu, sambil baginda berfikir.
Barrah, puteri pemimpin Bani Mustaliq itu juga diam bila lihat Rasulullah SAW menundukkan kepalanya. Apa yang difikir dan disedihkan oleh baginda.
Hati Barrah tertanya-tanya.
Sebentar kemudian Rasulullah mengangkat kepalanya dan memandang kepada Barrah yang sedang diam membatu di hadapan baginda.

Rasulullah dengan nada lembut berkata,

“Adakah mahu bagimu yang lebih baik daripada yang kamu minta itu?”
tanya Rasulullah SAW.

“Apalah lagi ya Rasulullah,”
Barrah lantas bertanya.

“Begini,” ujar Rasulullah,
“Biarlah aku bayarkan tebusan dirimu yang diwajibkan oleh Sabit bin Qais, kemudian aku mengahwini engkau,” Rasulullah berterus-terang.
Mengakhiri ucapan Rasulullah SAW itu spontan Barrah menjawab,
“Baiklah, ya Rasulullah. Saya setuju.”

Rasulullah menepati janjinya. Baginda membayar wang tebusan sebanyak yang dipinta oleh Sabit dan mengahwini Barrah. Kini, Barrah bukan lagi seorang hamba, tetapi darjatnya telah naik ke taraf Ummul Mukminin. Sejak itu namanya ditukar oleh Rasulullah kepada Juwairiyah.

KLik link rujukan.

No comments:

Post a Comment